Thursday, April 28, 2011

Sepuluh Perkara : 10 Things About Me.

Aku nak start dah main game ni. Biasalah orang takde kerja. ^_^

So, here the list.

10 THINGS ABOUT ME

I am 27 years old.
Ala, baru 27 tahun. 
Umur je 27 tahun tapi kalau tengok muka macam 17 tahun tau. Tak caye?

 Sape berani cakap umur aku 27?


Baru 6 bulan bergelar bini orang.
Macam tak caya aku dah jadi bini orang sebab aku pernah rasa yang aku takkan kawen sampai tua.
Tapi tu la jodoh. Kita tak tau what happened next kan?
Tapi aku sampai sekarang lom amek sijil kawen aku. Pakai sijil sementara tu je.
Pastu kan, kalau gi mana-mana aku perasan macam orang pandang slack je kat aku
bila aku salam laki aku n laki aku kiss aku.
Mungkin diorang ingat kitaorang ni belum kawen,
pastu gedik-gedik nak cium bagai.
Takpun yang dah tau aku dah kawen, kadang-kadang sound
'kalau nak cium pe sume gi balik rumah la'
Ala aku cium laki aku, dah halal. Bukan cium laki ko kan??

Susah kalau umur tua tapi muka nampak muda. ^_^


Bekerja sebagai setiausaha di Pejabat Kerajaan.
Dah masuk tahun ketujuh. Masih ditempat sama dan rutin yang sama.
Ah, aku malas nak cakap pasal ni sebab dah banyak kali
dok cakap benda yang sama.
Nak tukar tak berani sebab aku jenis orang yang sangat susah nak sesuaikan diri
dengan keadaan dan suasana baru. Takut nanti 'office sick' pulak. Hehehe.

Opis aku 4 tahun yang lalu.

Opis aku 4 minit yang lalu.


Aku pakai jam kat tangan kanan.
Walaupun aku bukan kidal. 
Biasanya orang kidal yang pakai jam tangan kanan kan? 
Aku pun tak tau sejak bila aku pakai jam belah kanan. 
Kadang-kadang menyusahkan aku bila nak menulis. 
Tapi nak tukar belah pakai belah kiri sangat ganjil.



Aku banyak pindah rumah.
Sepanjang aku hidup ni aku rasa ada lebih 15 kali aku pindah rumah.
Bapak aku memang hobi dia pindah-pindah rumah ni. Aku ingat lagi masa kecik-kecik
aku pernah dok Selayang, Gombak, KL, Shah Alam pastu pindah Johor,
pernah dok Felda Taib Andak, Muar, Melaka. Bayangkan kat muar je 3 kali pindah rumah.
Memang boleh gila dibuatnya. Lepas tu penyakit berpindah randah ni berjangkit pulak bila aku dah kerja.
Sepanjang 7 tahun aku kerja ni rasanya 5 kali aku pindah.
Mula-mula dok kat presint 9 putrajaya, pastu pindah dok presint 11,
pastu pindah dok Seri Kembangan. Kat Seri Kembangan je
dua kali pindah rumah sebab owner rumah nak duduk rumah tu,
then pindah balik ke Presint 11 sampailah sekarang.
Ni pun de plan nak pindah lagi. Gila cam orang nomad.


Pindah sekolah pun banyak jugak.
Masa tadika aku tadika kat Gombak. Sekolah rendah aku Sekolah Rendah Gombak Setia,
pastu aku pindah ke Sekolah Rendah Bukit Kangkar, Muar. Pindah lagi ke Sekolah Rendah apa tah kat
Kuchai Lama KL, pastu pindah ke Sekolah Rendah Seksyen 17 Shah Alam.
Sekolah menengah pulak aku start sekolah kat Sekolah Rendah Seksyen 24 Shah Alam,
pastu pindah ke Sekolah Menengah Pei Hwa, Muar.
Pastu pindah ke sekolah Menengah Dato' Dol Said, Alor Gajah then
balik semula ke Sekolah Menengah Pei Hwa.
Gila kan??


Aku agak old skool sket
Aku suka layan lagu-lagu lama, cerita-cerita lama tahun 60an atau 80an.
Lagu pop yeh yeh memang aku layan. Rock kapak tu sume memang makanan aku la tu.
Baju ala-ala vintage memang feveret aku.
Tapi sekarang main vintage makin mahal le pulok.
Tapi siyes la aku rasa gaya rock tahun 80an sangat cool!

Salah satu band feveret.



Hot Tempered; Yes I Am
Aku cepat naik darah. Terlalu cepat. Kadang-kadang tak masuk akal.
Ada sekali tu tiba-tiba periuk jatuh kat tangan aku, sakit la.
Otomatik aku amek periuk tu, aku hempuk kat lantai.
Gila saiko kan? Hahaha.
Kalau aku dah marah toksah la cuba-cuba nak bercakap ngan aku, wat sakit hati je.
Aku pun kadang-kadang kepala angin.

Muka cam gampang bila marah.


Aku tak ramai kawan.
Walaupun aku jenis yang banyak berpindah randah dan banyak sekolah,
tapi aku jenis tak ramai kawan. Tak tau la kenapa maybe
sebab aku jenis tak ramah kot. Lagipun perangai hot tempered aku
tu buat ramai tak suka kawan ngan aku. Aku pun tak suka sangat
ada banyak sangat BFF. Pada aku kuantiti kawan tak penting,
yang penting kualiti.

Antara kawan-kawan yang rapat ngan aku.



Adik beradik aku ramai.
Yang satu mak, satu bapak ade 7 orang. Yang satu bapak lain mak ada sorang.
Bapak aku kawen dua. Tapi aku tak pernah jumpa adik aku yang lain mak tu.
Sebab bini bapak aku yang satu lagi tu sombong nak mampus
tak nak kenalkan anak dia kat kitaorang. Padahal kitaorang ni kira adik beradik.
Sok-sok kalau susah ke apa boleh la mintak tolong.
So adik beradik aku kira 8 orang la. 2 lelaki 6 perempuan. Aku yang no. 2
No. 1 abang aku. Pastu bawah aku semua perempuan.
Yang anak lain mak tu lelaki.




Ok dah cukup 10. ^_^
Tu je kot yang aku tau pasal aku. Takde yang spesial pun.
Biasa-biasa aje.

p/s : kalau ada yang perasan aku tukar senarai 10 things about me ni sebab aku tak perasan pulak ade list tuk 10 things i love. Tadi nak buat entry tetiba takde idea, sekali tengok banyak aku dah masukkan kat 10 things about me. Hehehe. Aci tak camnie?


12 comments:

  1. banyak kesamaan sis cujen dengan diriku .. lalala~ nak buat ini entry x meredikan diri lagik .. hoho ^^

    ReplyDelete
  2. hahaha prt kemas rumah same la.kalau mengemas haa sape buat sepah memang nak kena lah silap besar lah tu XD

    ReplyDelete
  3. First time masa bukak your blog, tak sangka u nie dah kawen( SEBAB NAMPAK MCM BUDAK FORM 1-HEHEHE)....ok, semoga Berbahagia selalu..;-P

    ReplyDelete
  4. weeee...sukalah baca entry nie. ;)

    ReplyDelete
  5. muka macam form 1? muda sangat lah kalau kawen form 1. haha... :p

    ReplyDelete
  6. salam
    melepas melepas gua..dah kahwin

    ReplyDelete
  7. lagi satu

    si suzan ni
    walaupun nampak ramah di blog

    tp sangat pemalu dan pendiam
    bila berjumpa

    ngeh ngeh ngeh

    lagi satu

    halusssss jek suzan ni
    aku nk salam nk peluk pn aku takot

    takot badan aku yg giant nie
    terpatahkan tulang temulang dia :p

    ReplyDelete
  8. kakak sebaya kakak sue...tehehehe...hi kakak..

    ReplyDelete
  9. terharu gmbaq aku ada....huhu

    ReplyDelete
  10. kim salam kat member duk tetengah tu ngn sebelah cujen tu ehh..dia penah ngajar poco2 ngn akak dulu..

    ReplyDelete
  11. kat muar pindah 6x la...bukan 3x...giler btol...

    -eda-

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..