Monday, April 25, 2011

The Good Old Days #1



Kalau zaman remaja korang ade kumpulan Hujan & Justin Bieber,
zaman remaja aku ade KRU.

Tau tak betapa besarnya pengaruh KRU kepada zaman remaja aku.
Rambut mesti nak belah tengah. Rambut GQ ke ape tah kononnya masa tu.
Baju oversized, spek mata bulat pastu kadang-kadang ikat 'key' kat kepala.

Sanggup simpan duit nak beli kaset KRU.

Zaman-zaman tu pakai kaset lagi.
CD ade dah tapi tak semua orang ada CD player.
Radio pun ade tempat masukkan kaset je.

Tapi kitaorang semua enjoy layan lagu KRU. 
Siap cuba-cuba nak buat rap macam KRU.

Kalau ada persembahan kat sekolah, mesti semua nak dance lagu KRU.
Haha. Rindunya zaman tu.


KRU mengubah senario muzik malaysia pada zaman tu.
Maklumlah masa tu semua ngan mood rock kapak lagi,
tetiba muncul KRU bawak lagu rap. 
Memang kecoh la Malaysia kejap.
Hehehe.

Pada aku KRU memang lejen.
(boleh join cujen the lejen pasni) 
^^

Korang semua camne? Ade tak lagu-lagu yang bagi kesan pada zaman remaja korang?


5 comments:

  1. I suke westlife and spice girl :)))
    Omg! Hari hari dreaming nak jadi spice ok :)
    Menyanyi lalalalaa tak ingat dunia.
    And westlife pulak lagi touching je semua unbreakable la :)) ohhh bila u cakap macamni Serius I teringat! Hehee

    ReplyDelete
  2. You tak reply lagi msg i tadi, sape pelakon indon yg u ckp tu :) I nak tgk same ke tak.

    ReplyDelete
  3. ko patut letak gambar ko dlu2 yg pakai kemeja kuning dengan topi tu la..hahaha....

    ReplyDelete
  4. hahaha samelar kita. suka dowh kru. dulu dance rap lagu awas ms hari guru. Paling tak bleh blah nak kawen dgn yusry kru padahal br darjah 6 tu hahahahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..