Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak.


Selesai sudah Maharaja Lawak minggu pertama semalam. 

Pendapat aku?

Best. Menghiburkan.

Paling best lawak hantu makcik karipap dari kumpulan BALAS. Paling tak best macam biasalah si AMIR tu. Aku tak paham kenapa dia mesti masuk Maharaja Lawak. Tak lawak langsung, rasa nak marah tengok dia. JOZAN? Biasa-biasa aje. Expectation aku terlalu tinggi untuk diorang, jadi bila diorang buat lawak yang biasa-biasa je, aku rasa sedikit kecewa. Aku rasa kalau diorang buat solo lagi best kot. JIHAN pulak aku rasa cam hmm minah ni cam nak control-control pulak. Aku lagi suka JIHAN yang dulu. Sempoi dan selamba. Yang lain-lain aku rasa biasa je la. 

Oh, ya NABIL pun best! Sejak kontroversi dia hari tu, aku mcm dah menyampah sket nak tengok dia. Tapi, harus diakui juga NABIL memang superb kalau wat lawak spontan dan aku rasa aura Nabil still kuat lagi.

Ini raking Maharaja Lawak mengikut pilihan hatiku. Korang tak perlu setuju dengan aku.

BALAS
NABIL
SEPAH
JOZAN
R2
MAN
JIHAN
JAMBU
XN3
ALEX
XN3
AMIR

Tapi satu je la yang aku tak berapa gemar (sebut gemo) tentang Maharaja Lawak ni. Actually benda ni dah selalu sangat dah jadi. Tak kira la maharaja lawak ke, raja lawak ke, citer-citer komedi lain semua nak wat lawak lucah/double meaning. Lawak macam tu adakalanya kelakar, adakalanya mengundang menyampah. Aku rasa cukup-cukup la buat lawak macam tu. Tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Ok tu je nak cakap tuk Maharaja Lawak minggu ni. Jom layan video kumpulan BALAS malam tadi;



Ini kali pertama aku betul-betul layan Raja Lawak. Sebelum ni memang aku tak pernah tengok pun cerita macam ni. Yang betul-betul aku layan masa Nabil dulu dan Raja Lawak 5 hari tu. Ni semua pengaruh laki aku la ni. Gila betul kuasa perkahwinan ni kan. Oh, ini juga salah satu realiti perkahwinan. 

p/s : tolong aku VOTE gambar ini;


KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..