Monday, April 11, 2011

Mamak, Roti Pisang Satu!!

Yuhuuu. Sudah tiga (3) hari tidak mengupdate blog. Ni sume gara-gara dok busy main game choclairs tu and sibuk campaign giveaway 3rd birthday says.my tu. Sape-sape yang belum join tu, boleh la join yer. Senang je, register guna akaun FB. CLICK SINI. Kalau tak berminat nak join pun takpelah, just tolong klik kat campaign aku ni. BEST EVER GIVEAWAY. Dah? Ok, TQ! Sayang korang semua. ^_^

Hari ni nak cerita apa ek? Takde cerita menarik pun cuti hujung minggu ni. Aku dok rumah je. Kemas-kemas rumah, main dengan kucing, makan, tido, main game, tengok TV. Tu je. Bosan betul cerita aku ni. Huh!

Eh, aku punya giveaway tu penyertaan semakin memberangsangkan la. Aku ingat nak tutup je giveaway tu 15 April ni. Ramai-ramai sangat nanti aku pulak pening. Sekarang ni pun dok pening. Mana nak update pasal giveaway aku ni, nak main game choclairs lagi, nak campaign iklan lagi, nak uruskan hal rumahtangga lagi, keje lagi. Isk, busynya saya. Mengalahkan perdana menteri kartongga pulak. Tiba-tiba rasa nak amek orang gaji lak. Ada sape-sape sudi nak jadi bibik saya? Ganjarannya macam biasalah, kasih sayang saya yang tidak terhingga. ^_^

(sape-sape yang baru baca blog aku ni, sila jangan keliru dengan penggunaan kata ganti diri yang sekejap AKU sekejap SAYA. Harap malum yang penulis memang mengalami masalah kekeliruan identiti yang kronik).

Alamak, tiba-tiba kehilangan idea untuk menaip. Sejak akhir-akhir aku selalu mengalami masalah kekeringan idea secara tiba-tiba. Adakah ini syndrome menjadi tua? Tidakkkkkkk! Blog semakin hari semakin membosankan. Pulangkan duit kami!!!! Eh, silap. Pulangkan Cujen yang Lejen itu!! 

Ok la korang, hari dah nak pagi. Saya mau tido dulu. Esok keje woooo. Selamat malam semua!

Oh ya, macam biasa tajuk takde kena mengena dengan isi cerita. Saja nak bagitau aku suka makan roti pisang. Nak pishanggg, nak pishangggg. Hehhehehe.

Nah aku belanja roti pisang untuk sume pembaca-pembaca setia Cujen The Lejen. (Lejen la sangattt).


9 comments:

  1. nakkkkk nak jadi bibik ana takde keje nie heheh thanks for the roti canai pisang yummy ;)

    ReplyDelete
  2. sedap tak roti tu..nak try tapi takot xsedap..

    ReplyDelete
  3. @anaiha yusof betul ke nak jadik bibik ni, meh dtg interview kat rumah..heheheh

    @Siti Nur Fatimah Mohamad Ali sedap gile roti pisang tu. try la.

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan roti pisang tu ...

    first time singgah sini ..terus melekat .... eyna follow sini ....

    ReplyDelete
  5. kantoi otak dah berkarat. kena banyak makan pisang dah ko ni. haha.

    ReplyDelete
  6. follower pon makin meningkat nmpaknye..aritu 95 je tak silap aku..huhuhu...

    ReplyDelete
  7. ko saje je kan buat aku terus nk start enjin drive pegi mamak skang ni?!

    ReplyDelete
  8. @eyna azmi kena try makan roti pisang ni at least sekali dalam seumur hidup. ;p
    thanks sebab follow me!

    @Sogeking Kun sila beri 5 kaitan otak berkarat dengan pisang ;p

    @nur hidayah isa blog best mesti la ramai nak follow..hahahahha

    @kullestFAFA apa lagi, sila dengan lajunya pergi ke mamak yang berdekatan.

    ReplyDelete
  9. pernah tengok cite the brain, yang takuya kiruma berlakon tu? dia suka makan pisang sebab dia kata boleh buat otak dia jadi cergas. haha.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..