Thursday, April 7, 2011

Sape Suka Makan Coklat?? Angkat Keyboard!!

Hehehehehehhe.

Aku sekarang ngah gila main game. Terutama game-game di application Facebook yang boleh memberi keuntungan kepada diriku ini. Yang boleh menang hadiah besar punya!!!! Tapi main sorang-sorang tak best la. So aku nak ajak korang main sekali. Nak tengok korang boleh celen aku ke tak. Huhuhuhu.

Takmo banyak cakap, moh kita teruskan.

Sekarang ni aku ngah gila main game CHOCLAIRS POP IT OR DROP IT. 


Game nye senang je. Korang kena lindungi choclairs korang dari kena curi, lepas tu kutip sebanyak mana choclairs yang jatuh dari langit tu. Dia akan naik level kalau korang lepas setiap level. Tak silap aku paling tinggi sampai level 10. (aku paling tinggi pun sampai level 7 je)

Nak main game ni yang penting korang kena ada Facebook. Wajib. Kalau takde sila pergi buat sekarang. Sebab hadiah yang ditawarkan pun menarik ni. Hadiah utama percutian ke Gold Coast 4 hari 3 malam untuk 4 orang. Huhuhuhu. Best woo! Itu hadiah utama. Hadiah mingguan pulak ada notebook HP, Sony PSP, henpon HTC dengan  Sony Bloggie Touch Camera. So setiap minggu akan ada 4 pemenang.


Peraduan ni ada dua kategori. Kategori pertama untuk hadiah mingguan. Untuk hadiah mingguan markah akan dikira dari  hari jumaat sampailah khamis berikutnya. Maknanya siapa yang mengumpul markah tertinggi untuk minggu tu boleh la menang hadiah-hadiah mingguan tu. Peraduan ni baru je start 1 April hari tu. Hari ni dah 7 April. Maknanya hari ni last untuk minggu pertama. Korang masih ada peluang lagi. Kalau tak dapat minggu ni boleh try lagi minggu depan. Pemenang akan dipilih berdasarkan markah paling tinggi. Tapi jangan risau ini bukan markah terkumpul. Kalau korang join lambat pun, tapi markah korang paling tinggi still ada peluang untuk menang.


Ce tengok markah aku tu? Agak-agak korang boleh celen tak? Hehehhe. Tapi yang tak bestnya korang cuma boleh tengok markah kawan-kawan yang ade dalam friend list facebook korang je. Susah sikit la nak tau sape yang paling tinggi. (aku baca kat wall choclairs ni, setakat ni paling tinggi dapat markah dalam 6500++). Boleh celen lagi tu. Setakat ni markah aku paling tinggi di antara kawan-kawan aku. Hihihi. Yang main pun anak beranak je, orang lain semua tak berminat kot. (baguslah, tinggi peluang aku nak menang pergi Gold Coast). 

So korang, takkan tak teruja kot??? Game dah la senang. Hadiah best pulak tu. Dari korang melanguk dok stalk FB orang tu, baik la main game ni. Ada jugak faedahnya. Kalau berani nak celen aku, jom main. Klik kat sini; CHOCLAIRS POP IT OR DROP IT CONTEST.


8 comments:

  1. banyak gak point tue..
    cute mum baru berapa jer..
    :(

    ReplyDelete
  2. hello... hai dan segale macam.. dah balas kunjungan... hehhe... btw, header cantik... thanks!

    ReplyDelete
  3. OK, DAH ANGKAT KEYBOARD. HAHA...

    BTW, CIK TIKAH FOLLOW SINI :D

    ReplyDelete
  4. mekasih pengomen-pengomen semua.... ;p

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..