Monday, April 11, 2011

Selamat Tinggal, Sayang.

Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walalupun hati kadang-kadang tak merelakan perpisahan tersebut, tapi demi kebaikan kita terpaksa akur jugak dengan ketentuannya.

Hampir dua tahun kita bersama. Suka dan duka dilalui bersama. Kemana saja saya pergi awak setia menemani saya. Dan saya happy bersama dengan awak. Setiap kenangan bersama awak tetap segar dalam ingatan saya.

Di kesempatan ini izinkan saya mengabadikan kenangan saya sepanjang awak setia bersama dengan saya.


Ini masa kita jalan-jalan kat Sunway Pyramid
(Nov 2008)


Ni pulak masa kita jalan-jalan kat Alamanda dengan Kak Linda sekali
(Dec 2008)


Ingat lagi kita pergi Pangkor?
(Dec 2008)


New Year sama-sama kat Alamanda tengok movie
(Jan 2009)


Kenangan masa sama-sama tengok pemandangan KL
(Mac 2009)


Saya keluar dengan kawan-kawan saya pun awak ada.
Floria Fest di Putrajaya.
(Ogos 2009)

Ni masa kita keluar tengok movie dengan adik-adik saya.
(Oct 2009)


Saya shopping barang dapur pun awak ikut.
(Nov 2009)


New Year sama-sama kat BB
(Jan 2010)


Ini pulak masa kita sama-sama bercuti di PD dengan keluarga tersayang
(Feb 2010)


Ingat lagi masa awak ikut saya celebrate birthday kawan saya di Semenyih?
(Mac 2010)


Kenangan kita di A Famosa mesti awak tak lupa kan?
(April 2010)


Ini masa kita sama-sama pergi Zoo. Tapi tak dapat masuk sebab zoo tutup.
(Mei 2010)



Ah! terlalu banyak kenangan yang kita tempuhi bersama. Manakan mungkin saya mampu melupakan awak. Awak terlalu baik dan rapat dengan saya. Tak jemu-jemu menemani saya. Tapi apakan daya. Takdir menentukan kita akan berpisah untuk selamanya. Awak yang pernah saya sayangi satu ketika dulu kini sudah tidak memberi makna kepada saya. Saya terpaksa membuang awak dari hidup saya untuk selamanya. :-(







Selamat tinggal, awak!

(awak dah koyak rabak, saya malu nak bawa awak bersama saya)


Ok la awak sampai sini je la yang dapat saya coretkan buat awak yang pernah menjadi teman saya satu ketika dulu. Saya tak mampu nak menahan kesedihan saya kerana terpaksa berpisah dengan awak. :-(


Tapiiiiiiiiii.......


Awak jangan risau, kesedihan saya ni tak lama sebab saya dah jumpa pengganti awak yang lebih KACAK daripada awak. 









Say hello to my new AWAK. ^_^

Kan saya dah kata dia lebih KACAK dan MACHO dari awak.


Dia la yang bakal mengganti tempat awak dan menemani hidup saya. Sila jangan kecil hati. Bak kata pepatah patah tumbuh hilang berganti. Ini yang dinamakan kitaran hidup. Terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka. Dah, saya nak pegi romen-romen dengan awak saya yang baru. ^_^


20 comments:

  1. @Fantastic Ajane Menarik? Thanks.

    @Misz Jenny Saja-saja nak bagi orang suspen. Hehehe.

    @Bidadari Kayangan Yang atas meja tu teman pergi kerja. Nama dia Charles & Keith. Hehehe

    ReplyDelete
  2. terkejut saya...sape la 'awak' yg cujen mksudkan tu...so suspen je...hehhee...

    ReplyDelete
  3. @agas_bubu Hehehehe. Saspen kan. Kalau tak baca sampai habis, memang boleh salah paham dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. arwah baik orangnya....(testing) ^_^

    ReplyDelete
  5. @affa is that u affa?? hehehe. welcome to blogger club. ^_^ er, arwah memang sangat berjasa kepada saya..hehehe

    ReplyDelete
  6. what the???? cian die..huhuhu....msti lepas nie die merjuk bwk diri kat mne2..huhuhu

    ReplyDelete
  7. @Kimi Yun Dia dah pun saya simpan di dalam kotak. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. ahha lawak la :D hingat apa tadi . kot ye pun ingat broke up ngan teman . hehe . Entrii yang menarik :D

    ReplyDelete
  9. wah....awak yg baru lg lawa la...hehe...
    p/s::cik cujen...t nk join GA jugak...jgn tutup dulu...nnt esok nk wat entry..hekhek..

    ReplyDelete
  10. hi3...ingat ape ler tadi..tp memang menjadi.. =)..

    ReplyDelete
  11. aku la ni...huhu....
    tu la...pas nie kita kuar ramai2 dengan 'awak' yg baru ar?? huhu
    gudbye 'awak' yg lama~

    ReplyDelete
  12. walaupun dia jauh lagi kacak dan macho daripada saya, tapi saya tetap yang paling cool. sampai hati awak. haahaha

    ReplyDelete
  13. puas scroll bwh ingt ade gmbr bf ker per..last handbeg rupenyer...wakenabebbbbb

    ReplyDelete
  14. hahahaha...bikin suspen..fikiran aku dh melayang2 kt tmpat lain.Post yg menarik. Kredit to u la cujen:)Takpe teman yg skng pun mmg kacak n macho.i like!

    ReplyDelete
  15. 2 kali tau tengok gambar-gambar tu . hehee ..

    ReplyDelete
  16. hahaha awak yg baru memang ensem.tp doddy tu lg ensem.hitam menawan:)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..