Wednesday, April 13, 2011

Untuk Korang Yang Masih Single.

Aku ada lagu best untuk korang. Sila dengar lagu ini ketika keadaan sekeliling anda sunyi. Kalau boleh di tengah keheningan malam. Ketika anda berseorangan di dalam bilik. Tiada teman, tiada kawan-kawan, tiada keluarga mahupun kucing yang menemani. Dan jangan lupa pakai headphone/earphone dan buka volume semaksimum yang mungkin.

Ok, dah ready semua? Jom kita layannnnnnn.




Dah habis? Amacam? Rasa sedih dan pilu tak? Ada rasa cam nak menangis ? Rasa cam loser tak? Rasa cam kejamnya dunia ni. Rasa tak? Rasa tak? Tak rasa pape? Ok kalau tak rasa pape sila main jauh-jauh. Entry ni bukan untuk korang. Ini untuk korang-korang yang rasa semua perasaan di atas. 

Dulu aku pernah jugak rasa yang macam korang rasa. Aku pulak jenis kalau dengar lagu tu, aku dengar liriknya dulu. First time dengar lagu ni terus rasa cam nak menitik air liur, eh air mata. First part je dah bikin aku sedih. 

Malam ini ku sendiri...tak ada yang menemani..seperti malam-malam yang sudah-sudah...hati ini selalu sepi..tak ada yang menghiasi..seperti cinta ini..yang selalu pupus... mawar ini semakin layu...tak ada yang memiliki..seperti aku ini yang selalu pupus...

Damm you Ahmad Dhani!! Kenapa loh mesti lagunya puitis gini?? Ngapa an sih? Ngapa an sih?!! Sedih bangat deh lagunya. Makin gwe triak nyanyiannya, makin kenceng air mata gwe'.

Setiap malam lagu ni la yang teman aku. Caller ringtone, ringtone aku pun nak letak lagu ni. Punyalah dasyat effect lagu ni dalam hidup aku. Tapi itu dulu lah. Wans sapon a taim (once upon a time). Masa tengah berlaku krisis cinta yang maha hebat. Masa tu rasa cam gelap je dunia ni. Rasa cam aku akan single sampai bila-bila. Kononnya la. Tapi tak lama pun, tak sampai setahun. ;p Mungkin sebab hari-hari nyanyi lagu tu, dah jadi macam doa kot. Tang part korus tu;

Tuhan kirimkan lah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya....

So korang yang masih single tu boleh la buat yang macam aku buat ni. Selain dari berdoa la. (kang ada yang kata aku ni jahil pulak. doa tak nak, soh layan lagu pulak). Hehehe.

Tapi kan pada aku la, tak payah nak meroyan sangat kalau korang masih single. Enjoy your single life! Sebab nanti bila korang dah berdua, korang akan rindu masa single dulu. Eh macam luahan perasaan je. Bukan. Bukan. Masa lalu memang menyeronokkan tapi hidup berdua lebih bermakna dan bahagia. ^_^ Kalau bertiga, berempat mestilah beronok-ronok. Hehehehe. Eh, tapi bukan bertiga berempat dengan madu, maksudnya bertiga berempat dengan anak-anak.

Ok la i dah lapar. Nak pergi mencekik. Selamat melayan perasaan dan have a nice life kawan-kawan.

Muah!


8 comments:

  1. do enjoy ur single life! oyeah! XD

    ReplyDelete
  2. lagu my favourite juga.letak dalam hp dengar hari2 sampai naik muak.hehehe.lagu ni memang bestttt!

    p/s:ni lagu kegemaran bf sebenarnya.beliau suka yang part..

    Tuhan kirimkan lah aku
    Kekasih yang baik hati
    Yang mencintai aku
    Apa adanya....

    sama la cam cujen ;D

    ReplyDelete
  3. sedih? pilu? loser? none. yang aku rasa? bingit! volume maksimum sampai telinga aku rasa macam nak pecah! tak sempat nak feel sedih apa semua tu. hahaa.

    ReplyDelete
  4. @ayu :3 yes, enjoy jangan tak enjoy!

    @zimie part tu memang berhantu.

    @Sogeking Kun cisss, ko memang takde perasaan.

    ReplyDelete
  5. datang cni melawat balik cik cujen the lejen..

    ReplyDelete
  6. terjah kat sini....258 lapor diri kat sini...zasss

    ReplyDelete
  7. encik 13 may!!! lamanya hilang..... pegi bertapa ke? hehehehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..