Thursday, April 21, 2011

Wednesday Is A Movie Day.

Sebabnya harga tiket murah ^_^

Movie pilihan minggu ini ialah RIO.



Filem RIO ni mengisahkan tentang BLU, burung kakak tua yang terselamat ketika penyeludupan burung-burung dari Brazil. Rio dijumpai oleh LINDA di Minnesota yang kemudiannya menjaga BLU dari kecik sampai la besar. 15 tahun kemudian, Linda didatangi oleh JULIO seorang saintis dari Brazil yang mahukan Blu untuk disenyawakan dengan JEWEL, burung kakak tua betina milik Julio di Brazil memandangkan mereka berdua merupakan spesis terakhir yang tinggal. Linda dan Blu akhirnya bersetuju untuk ke Brazil melalukan persenyawaan tersebut.Malangnya ketika proses persenyawaan itu hendak dilakukan, Blu dan Jewel telah ditangkap oleh penyeludup-penyeludup burung. Ketika nak menyelamatkan diri dari penyeludup-penyeludup ini lah berlaku beberapa perkara yang lucu dan adventure.

Tiket 3D mahal. Huhuhu. (tak guna tgk hari rabu, cis!!)


Sebelum movie start, haruslah pergi mencekik dulu. Makan kat RASA je.

Ini dinner aku. Banana Spilt.

Dinner laki aku. Nasi goreng ayam kunyit & kailan goreng belacan.
Yummy!!!

Tambah lagi honey dew & jambu.

Laki aku beli banyak gile macam nak buat kenduri. Padan muka dia kena habiskan. Akibatnya 10 minit sebelum movie start, terpaksa pergi berak dulu. Hihi.

Tersandar kekenyangan.


Justin Bieber Wannabe!
Justin Bebel boleh la kot.

Laki aku selamba kuar pakai selipar jamban. Bini bergaya-gaya dengan heels tumit tinggi 4 inci. Lepas tu membebel-bebel sakit kaki sebab dok berdiri lama sementara tunggu movie start. Yang tak bestnya kat GSC Alamanda ni, takde disediakan kerusi langsung tuk menunggu. Letak la satu dua bench pun jadi la. Sakit kaki i berdiri tau. Well, beauty is pain. ^_^

Mau juga. ^_^. Aku dah pegang bahu Justin Bieber. Kau ada?
(ada ke laki aku ajak tengok citer ni. hish, idok le teman)


Masuk panggung tepat jam 10.15.


Ok, ini review peribadi aku tentang cerita RIO.

Movie ni SANGAT SANGAT SANGAT BEST!! Kelakar dari mula sampai habis cerita. Aku ketawa sampai kuar-kuar air mata lah. Memang unexpected. Tengok iklan macam tak best je. Sekali pergi tengok memang tak menyesal la. Segar je biji mata aku. 

Siapa-siapa yang belum menonton filem ini, cepat-cepat le pergi tengok yer. Tengok 3D lagi best! Kalau korang kata Ice Age tu kelakar, yang ni lagi lawak. Hihihi. Aku rasa macam nak pergi tengok lagi la.

Ada sesape nak belanja tak? ^_^

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi di next entry!
Have a nice day korang semua.

Muah!

Who said too skinny not beautiful? ^_^


13 comments:

  1. Yes! They are wrong! Skinny people can fit any clothes! Absolutely :)

    ReplyDelete
  2. @~ miss femme fabulosity ~ yes u a right baby!!!! gimme five. bosan dengar org asyik ckp i kurus.

    ReplyDelete
  3. amboi2 enjoy nye dia,. sambil tinggal jejak utk dijejaki

    ReplyDelete
  4. uiyoh kuwusnye.u mcm gi alamnda je ni yang.eh ha ah alamanda hehe dulu mase duk ukm study slalu gi ukm niow dah balik sg buloh da jarang da

    ReplyDelete
  5. @mcm ni lah sekejap lagi sy tinggalkan jejak di sana pula yer!

    sherah ni mesti tengok gambo tak baca entry. Hihihi. alamanda boring la, tapi sebab dekat layanz je la.

    ReplyDelete
  6. lana wt knjgn singgh n folo cujen! if dun mind,folo my page ea? :) tq

    ~u duk ptrjya ke cujen?~

    ReplyDelete
  7. wehh, klu tnye aku, mmg pmpuan skinny adelah hot pd mata aku. okay, aku tak lesbo tawww.

    ReplyDelete
  8. hi cujen...kita sejabatan rupanya...perasan tak akak masa majlis anugerah kpsm hari tue??? akak dok meja sebelah awak :D

    skinny pun ttp cun tau :)

    ReplyDelete
  9. best eh cita ni? maun nengok gk ah dgn encek husben..

    p/s: nice dress!

    ReplyDelete
  10. cujen, akak yg comel2 (padahal bulat) pakai baju kebaya hitam...akak ganti farah kat bhg. akaun :)

    tue adik...hahaha!!! tue anak akak yg nakal :)

    ReplyDelete
  11. ooo..ganti farain... ok2...hari tu masa baru masuk cuti bersalin kan? ok dah ingat.. :-)

    ReplyDelete
  12. 1st time masuk blog you...wow nice entri suker banner awak tu....

    ReplyDelete
  13. yummy banana split....urm,btw..wnna ask...bile mau umumkan winner giveaway....excited!!hehehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..