Monday, May 23, 2011

Akhirnya.


Sofa yang kusimpan didalam bilik sudah boleh dibawa keluar. Sebelum ni simpan dalam bilik sebab takmo bulu-bulu kucing berterbangan di atas sofa ku itu. Bayangkan la setiap hari balik kerja agenda pertama ialah menbersihkan tempat berak Doddy anak beranak dan membuang segala bulu-bulu dalam rumah. Tu pasal la aku busy. Maklumlah sangkar diorang kecik je. Muat-muat untuk Doddy & Bella. Pas ada anak dah tak boleh kurung dalam sangkar. Tak muat. So lepaskan je la diorang dalam rumah. Bila kitaorang pergi kerja atau keluar ke mana-mana, segala pintu dan tingkap akan ditutup rapat. Bayangkan lah macam mana keadaan rumah tu bila kitaorang balik.

Tapi masalah dah selesai bila kami membeli sangkar baru untuk Doddy anak beranak.

Apartment baru diorang. Beli kat mudah dengan harga RM 299.
Kat pet store lain RM 350 memang tak lari.

So now kalau pergi mana-mana kurung je diorang dalam ni. Bila balik baru la keluarkan. Itupun laki aku tak bagi diorang masuk rumah dah. So main le kat balkoni rumah tu. Kesian pulak aku tengok. Tapi nak buat mcm mana, demi kebersihan rumah terpaksalah buat macam ni. Tunggu lah kalau dapat kuarters teres. Masih dalam permohonan ni. Harap-harap dapat lah.

Setakat ni je la ruang untuk diorang. Kesian semua macam boring je. Tak boleh nek berlari-lari.
Doddy menagih simpati. (dah tak dapat dok dalam bilik air lagi..cian dia)


Yang bagusnya Doddy diam je. Tek mengiau-ngiau pun. Tak macam Bella. Bising macam kena dera. Tadi tengahari nak kurung dia boleh pulak dia hulur tangan dia kat cage tu. Amek ko tersepit tangan. Pastu terus senyap. Hihihi. Kesian..

Anak-anak Doddy yang ikut perangai Doddy, Fabby sorang je. Fabby jenis cool. Diam je. Tak banyak songeh. Suka wat hal sendiri pulak tu. Time makan pun kalau semua dok berebut-rebut dia sekor je wat tak reti. Orang dah habis baru lah dia pergi makan. Suka menyendiri Fabby ni. Senang esok Aril nak bela.

Fabby blues!!


Paling nakal sekali si Zorro ni. Hobi dia panjat sana panjat sini. Grill kat rumah tu boleh dia panjat sampai atas. Lepas tu takut nak turun. Suka berlari dan pantang tengok benda berbulu. Kalau menyapu lantai tu mmg dia dok bergayut la penyapu tu. Geram betul aku dibuatnya. Kawan si Zorro ni, Merong.

Tengok la tu muka nakal si Zorro ni.

Partner in crime Zorro, si Merong yg comot.

Ada je agenda budak dua ekor ni. Elok sangat la tu, sbb dua ekor ni akan dijaga oleh Mummy Linda lepas ni.


Last but not least paling demok dan paling gebus sekali. Chibby in the house!


Aku panggil Chibby mok mok sebab dia paling demok. Jalan terkedek-kedek dengan bontot melenggang-lenggang. Rasa nak pukul je montot dia. Dia ni macam abang besar kat rumah ni sebab kalau gaduh ngan yang lain-lain dia yang akan menang. Jarang ar dia kalah. Dah besar nnt mesti mcm Doddy. Hihi.

Yang ni memang tak bagi orang sebab laki aku sayang gila dia ni.

Lepas ni sunyi la rumah aku sebab tak lama lagi mummy daddy angkat budak-budak ni nak amek dah diorang. Rasa sedih pulak nak bagi orang tapi nak bela pun macam tak boleh sebab banyak sangat. Takpelah, harap-harap mummy daddy angkat diorang boleh jaga diorang sebaik mungkin.


10 comments:

  1. aku suke yg bulu seme itam tu. klu duduk kt sofa itam ko tu, surely nampak mata je.hehe.

    ReplyDelete
  2. haha memang pun...nak amek gambo dia pun susah..kamera tak dapat detect sebab hitam sangat

    ReplyDelete
  3. oloh oloh comelnya. bak sini nak gomol-gomol.

    ReplyDelete
  4. comel-comel semua! rasa nk peluk smpai pengsan..haha

    ReplyDelete
  5. Alahai...comelyeee sumeee kuceng u...besh nye ade kuceng...:P

    i folo u ni sebab u ade kuceng...

    ReplyDelete
  6. Eee.. geram!! Sian dorg dok kat balkoni hehehe..

    ps : cage tue boleh ke si demok tu nnt makin lama makin besau, bella pun besau, doddy pon besau.. kang patah lak tangga cage :P

    ReplyDelete
  7. adoi comey2 kucing kamo...kondo mereka sgt comeyl...itu ke hasilnye mr.husband bertukang?

    ReplyDelete
  8. comelnya kuchingggg...anak kak zu suka sgt dgn kuching

    ReplyDelete
  9. nnti bila i n aril dh ambik fabby, bila hujung2 bulan n mggu leh bwk fabby jmpe adik bradik lain...msti dia suka kan...hehe

    ReplyDelete
  10. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. comelnya kucing awak!!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..