Friday, May 27, 2011

Cemburu.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang lelaki.

Diorang ni simple. Nak keluar mana-mana pun simple je. Tak perlu nak mekap-mekap. Tak perlu nak memikirkan nak pakai baju apa. Ye la orang lelaki punya fesyen baju dengan seluar je. Perempuan ada macam-macam jenis. Kejap nak pakai skirt, kejap nak pakai seluar, kejap nak pakai dress. Kalau yang bertudung pulak nak fikir lagi nak pakai tudung biasa-biasa je, shawl ke, turban ke. Tu belum masuk nak lilit-lilit bagai. Lepas tu nak kena mekap sikit-sikit. Kalau tak kang, pucat pulak muka macam mayat. At least kena jugak tepek fondation, bedak & lips balm sikit. Tu dah mengambil masa paling cepat pun 15 minit.

Belum kira lagi dok termenung depan almari tak tau nak pakai baju apa. Padahal baju penuh sampai nak pecah almari tu. Kadang-kadang dok tukar baju sampai 2-3 kali baru puas hati.

Lelaki senang je, takde langsung nak tepek apa kat muka. Pakai deodorant, pakai baju, pakai seluar, spray minyak wangi sket, sarung selipar/sandal terus keluar.

Perempuan pulak, bab kasut je boleh makan masa setengah jam. Dok pilih-pilih nak pakai kasut apa. Nak kena sesuaikan dengan baju. Lepas tu takmo pakai kasut yang sama berulang kali. Try jalan depan cermin berulang kali. Dah betul-betul puas hati baru boleh melangkah keluar. Tu pun kalau ada cermin dekat pintu keluar, sempat lagi mengadap cermin.

Satu hal lagi yang aku cemburu dengan orang lelaki ni, diorang keluar tak payah bawak apa-apa pun. Tak perlu nak beg segala. Wallet dengan henpon leh masuk dalam poket seluar. Perempuan nak buat macam tu?? Hish, tak sesuai la. Kalau pakai seluar skinni ketat-ketat tu celah mana nak letak henpon ngan wallet. Lepas tu mekap segala tu nak letak mana?

Aku dah pernah cuba untuk meminimakan barang yang ada dalam handbag aku tapi tak boleh la. Wallet aku je dah gemok macam apa. Segala macam kad, resit semua ada dalam tu.


Tengok la tu wallet aku yang gemok. Sampai tak boleh nak button. Tu pun letak kad-kad yang penting je. Kad-kad diskaun macam Jcard, Bonuslink, Watson sume aku letak dalam card wallet yang sebelah tu. Dah tu takkan nak keluar bawak wallet gemok tu je. Buatnya aku ada singgah watson ke, jusco ke dah rugi tak dapat pakai diskaun/point card. Nak tak nak terpaksalah bawak jugak.

Bila dah bawak menatang ni semua, kena lah bawak beg kan. Beg pulak tak nak kecik-kecik. Memang sedabak besarnya. Alasan, boleh masukkan segala macam benda dalam tu.


Tapi bila balik rumah bising sebab sakit bahu. 

Tu la pompuan. Complicated.

Aku dah cuba untuk jadi pompuan yang sesimple mungkin tapi still tak boleh. Lelaki jugak yang best. Simple je.


5 comments:

  1. kak zu pun sama....lagi besar beg, lagi banyak barang yg nak diangkut bersama. itu belum lagi cik abang nak tumpang wallet dia sekali hehehhehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..pmpuan terlalu tipikal la..cth cam nak beli brg,opkos ade kad diskaun..kalu laki,pedulik ape..janji aku dpt..heehhe

    ReplyDelete
  3. purse ko yg kaler merah tu lawa weh!

    ReplyDelete
  4. Perempuan macam tu la yang menarik perhatian lelaki. Hehe.

    ReplyDelete
  5. sekarang semua nk pakai card..nk emletup kot purse -.-'

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..