Wednesday, May 4, 2011

For The Sake Of Learning.


Aku sekarang mengalami kebusyan hidup yang agak melampau. Setiap hari Selasa dan Rabu petang lepas abes kerja aku kena rushing ke Selayang. Dengan meredah jammed yang macam haram jadah. Memang boleh stress dibuatnya. Pastu malam Selasa tido umah MIL aku kat Selayang jugak. Pagi rabu kul 6.15 pagi dah kena gerak pegi kerja. Keluar awal pun dia punya jammed boleh bikin api keluar dari segala rongga badan. Pastu tengahari dah takde masa nak berpoya-poya sebab kena balik rumah tengok kucing. Bagi makan, buang tahi pe sume. Rabu petang rushing balik ke Selayang sebab aku ade amek kelas bahasa inggeris kat Kolej Komuniti Selayang. Maklumlah english aku agak macam haram jugak la. Susah nak maju kalau tak fasih bahasa inggeris. Hari sabtu pulak aku ade kelas dari pagi sampai petang. Tapi bukan kelas bahasa inggeris la, aku amek kursus grafik & multimedia (ilustrator). Murah weh, bayo RM 20 je. Kelas 3 kali. Setiap hari sabtu dari kul 9 sampai 5 petang. Ok la kan? Kelas bahasa inggeris aku lak RM 10 hengget je tuk 32 jam. Sehari kelas 2 jam setengah. Seminggu dua kali je kelas. Selasa ngan Rabu. Ok la kan? Cuba tengok kat tempat lain berapa bayaran untuk kelas-kelas macam ni? Tak dapat der harga macam ni. 

Cuma gak penat sket la sebab kena berulang dari Putrajaya ke Selayang. Tapi boleh bertahan lagi sebab mak mertua aku dok Selayang. Cuma aku agak stress kena meredah jammed setiap pagi dan petang. Boleh gila weh! Pastu nak uruskan kucing-kucing aku yang ade 6 ekor tu. Tertekan jugak la dibuatnya. Seminggu ni serabut sket sebab banyak nak uruskan. Nak update blog pun takde masa apatah lagi nak baca blog-blog orang. 

Haih.

Nak menuntut ilmu kena lah berkorban sket kan. Korang yang takde buat apa hujung-hujung minggu tu yang  rasa-rasa nak menambahkan ilmu tu boleh la usha-usha website kolej komuniti. Actually kolej komuniti ni ada menawarkan banyak kursus-kursus jangka pendek yang dinamakan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Macam-macam kursus ada. Kursus buat kek, kursus memasak, kursus menjahit, kursus bahasa, kursus belajar main gitar, kursus jenazah, kursus buat blog...ah macam-macam lagi la. Rugi weh kalau tak amek. Bayaran murah gila. Kalau sesape yang berdekatan ngan Selayang tu boleh la usha website kolej komuniti selayang ni. Yang bukan kat selayang pun boleh jugak sebab kolej komuniti ni banyak. Seluruh Malaysia ada. Nak ngan tak nak je. 

Ok la, dah nak kul 5 ni. Nak siap-siap salin baju. Pastu tepat kul 5 aku akan ca alip bot. Huhuhu.

Bai.

3 comments:

  1. Patutla tadi nampak vogue. Nak gi kelas rupanya..hehehe. All the best!!

    ReplyDelete
  2. wah bestnye!leh la usha kolej tu nnt..

    ReplyDelete
  3. wah murah...tp jauh....nasib ade MIL...^_^ kipidup gurl...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..