Sunday, May 29, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011.

Aku berkesempatan pergi ke Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya tadi. Pergi pun dah lambat, kul 5 baru gerak sebab dah serik masa pergi Hot Ballon 2 tahun lepas waktu tengahari. Panas gila vavi. So tadi petang agak-agak cuaca dah redup sikit baru pergi.

Pergi berempat dengan laki aku & dua orang adik aku. 

Me & Hubby

My 4th & 5th Sis. Eda & Ain

Nasib baik tak susah dapat parking sebab aku parking kat opis aku je. Hehehe. Kata opis kat ngan tempat Himpunan Sejuta Belia tu. Kalau tak mau mengamuk jugak kot nak cari parking. Tapi jalan tadi takde lah jammed. Semua berjalan lancar.

Dari opis tu menapak la jalan kaki beramai-ramai. Sepanjang jalan dari presint 2 ke presint 4 tu penuh dengan booth-booth je. Memang besar la event kali ni. Moh la kita tengok apa yang ada kat Himpunan Sejuta Belia ni.

Mula-mula aku jumpa pameran dari pihak polis, bomba dan tentera. Lepas tu ada karnival kerjaya pe sume.

Jakun menyaksikan pertunjukan anjing polis.

Anjing polis.

Sempit gila rupanya heli ni. 

Cara pegang M16 pun dah tau tak layak jadi polis.
Pakcik polis belakang tu bosan je tengok aku. Hihihi


Saya mau heroin  sekilo!


Inspektor CUJEN. Banduan kat belakang tak yah nak senyum-senyum.


Polis nak amek saya bekerja tak?


Ok, sudah puas bermain-main di booth polis, moh kita ke booth bomba pulak.

Satu je gambar kat booth bomba. Cet!
Besar gila motor ni. Mesti lagi berat dari Batu Caves ni.


Ok, jom ke booth askar pulak. Banyak keta kebal woo.

The crowd


Walaupun aku kakak paling tua, tapi aku la yang paling comel.
^_^


Semua berebut-rebut nak naik kereta kebal. Boleh bawak gaduh woo.
(Baru aku tau dalam kereta kebal tu sempit gila babi, nak naik atas tu pun bukan main payah. 
Orang kurus je leh masuk)


Kenapa mesti aku yang kena bawak semua beg? Apakah peranan suami disitu?


Waa...bercanda atas kereta kebal macam bercanda di beranda rumah.


Tank ni bukan bawak minyak tau tapi bawak air.


Wow, hebatnya! U 're my hero.


Dr. CUJEN. (Penyamaran yang paling gagal sekali)
Ok aku tau muka aku tembam.


Ok cukup. Mari meneruskan perjalanan yang panjang ini.

Indah juga pemandangan kami dari belakang. ;p


Tapi dari depan lagi cute!


Eh ada ular la. 


Geli weh pegang ular tu. Badan dia lembik-lembik.


Jalan punya jalan hari pun dah malam.

Senja di Putrajaya.


Rehat kejap di Dataran Putra.


Ada pameran kereta antik kat situ.


Dah lepas penat, kitaorang pun terus berjalan. Jalan-jalan punya jalan sampai la ke pentas konsert. Ada konsert dari artis korea, Super Junior M. Kitaorang yang jakun-jakun ni pun sibuk jugak la menyelit-nelit kat celah orang ramai tu. Persembahan pembukaan dari artis Malaysia. Ada Nadia AF, Azlan & The Typewriter, Farah Asyikin ngan sape-sape tah lagi aku tak kenal. Ada la dalam 45 minit persembahan diorang sume. Lepas tu baru la turn Super Junior.

Punya la ramai umat manusia kat sini. Haish.


Tunggu punya tunggu dekat sejam la Super Junior tak muncul-muncul. Last-last kitaorg naik fedup terus blah dari situ. Tah hape la yang best Super Junior tu pun aku tak tau. Aku dok tunggu pasal nak tengok la kehebatan diorang sampai orang sume gila. Tapi tak dapek jugak. Kul 9 lebih gerak balik.

Sedar tak sedar rupanya jauh gila kitaorang berjalan. Ko bayangkan dari bangunan Kastam tu sampai ke Wisma Tani. Bayangkan!! Jauh weh. Kalau siapa biasa jalan kat sini tau la cemana. Kalau hari-hari biasa memang tak tergamak aku nak jalan kaki. Nak pergi bangunan MOF yang sebelah Kastam tu pun aku dah rasa jauh gila. Nasib baik pakai sandal je.

So tu je la laporan dari Cujen The Lejen untuk Perhimpunan Sejuta Belia 2011 ni. Ni baru sikit dari aktiviti yang ada kat PSB tu. Banyak lagi sebenarnya. Macam-macam ada. Futsal, Jom Heboh semua ada. Aku je tak larat dan tak sempat nak jengah semua. Kepada sesiapa yang dok berdekatan yang masih belum pergi, boleh la pergi. Rugi kalau tak pergi. Bukan selalu ada.

Happy Sunday uols!!

5 comments:

  1. aku suke kete antiq.

    lg satu nk ckp, rambut kau menawan, okay. mak suke, nokkss.

    ReplyDelete
  2. chantek warna rambut baru!!

    btw, suka gambar ular tueeee~ weeee~ :D

    ReplyDelete
  3. helo doktor cujen :D
    wah ko lar belia diantara sejuta belia yang hadir hehehe

    ReplyDelete
  4. pergi ingat nak cuci mata tengok makwe2.
    sekali kaki yang kena cuci. terpaksa berjalan seluruh kilometer untuk tak rasa rugi ke himpunan belia sebegitu.

    ReplyDelete
  5. Waa..bestnye dapat lepak dekat sane...kawan ade ajak pergi, tapi busy je memanjang! Tension!!;-P

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..