Monday, May 16, 2011

It's A Thin Line Between Love And Friendship.


Rachel (Ginnifer Goodwin) is a talented attorney at a top New York law firm, a generous and loyal friend and, unhappily, still single...as her engaged best friend Darcy (Kate Hudson) is constantly reminding her. But after one drink too many at her 30th birthday party, perpetual good girl Rachel unexpectedly ends up in bed with the guy she's had a crush on since law school, Dex (Colin Egglesfield), who just happens to be Darcy's fiance. When Rachel and Darcy's lifelong friendship collides with true love, it leads to unexpected complications and potentially explosive romantic revelations. Meanwhile, Ethan (John Krasinski), who has been Rachel's constant confidante and sometimes conscience, has been harboring a secret of his own.

Cerita yang sangat menarik mengisahkan tentang persahabatan dan cinta. Banyak pengajaran yang aku dapat bila menonton filem ni. Antaranya;


  • Bila kita suka kat seseorang tu, cepat-cepat la bagitau. Jangan simpan perasaan tu dalam hati. Manalah tau orang yang kita suka tu suka kat kita jugak kan?
  • Jangan sesekali kenalkan kawan kita yang lagi hot daripada kita kat seseorang yang kita suka. 
  • Never ever had a scandal with ur bestfriend fiance even lelaki itu adalah lelaki yang kita suka sangat satu ketika dulu.
  • Friendship rules, never make a relationship with ur bestfriend ex.
  • Hubungan persahabatan yang terjalin selama bertahun-tahun lamanya boleh musnah hanya kerana cinta.

Cerita pasal cinta dan persahabatan ni aku ada story masa zaman muda-muda dulu. Kisah cinta dirampas teman baik sendiri. Sakit woo bila dapat tau bestfriend ko selama ni ada affair dengan boyfriend ko sendiri. Actually masa tu salah aku jugak la sebab bawak kawan aku yang agak cun  (pada pandangan mata boyfriend aku la) jumpa boyfriend aku. Masa tu boyfriend aku ajak datang rumah dia. Masa raya ke hape. Biasalah masa tu tak berapa konfiden nak pergi sorang-sorang. So ajak la member baik aku ni teman. Sekali boleh pulak boyfriend aku ni tangkap cintan ngan kawan aku. Sialan sungguh. Lepas dua bulan baru aku dapat tau. Itupun kantoi sebab nampak perubahan kat kawan and boyfriend aku tu. Biasalah instinct orang pompuan ni kuat sikit. Lagipun masa tu aku selalu lepak kat rumah kawan aku tu. Ada la beberapa kali boyfriend aku tu call kawan aku masa aku lepak umah dia. Nampak masa tu dia cam takut-takut nak cakap depan aku. Biasanya kalau sape telefon pun dia boleh je cakap depan aku. Kata bestfriend kan. Tiada rahsia antara kami. 

Lepas dah kantoi tu member aku hantar surat mintak maaf. Dulu-dulu takde henpon ni sume. Nak jumpa aku takut, so dia hantar la surat. Hihihi. Cam kelakar la pulak. Tapi lepas tu mmg aku terus putus ngan boyfriend aku tu. Ngan kawan aku pulak, mula-mula memang tak bertegur tapi lama-lama berbaik semula. Last-last dia pun putus jugak ngan mamat hampeh dot com tu. Yang kelakarnya, lepas 10 tahun aku terjumpa balik ex aku tu masa aku pergi beraya kat rumah ex tunang aku. Anak dah 5 kau. Terkejut gak aku. Rupanya rumah dia depan rumah family ex tunang aku tu. Cet!

Tu cerita boyfriend aku kena rampas, ni aku nak citer aku rampas boyfriend orang pulak. Hihihi. Actually tak rampas pun tapi lebih kurang macam tu. Camni ceritanya, aku ngan kawan baik aku berkenalan ngan dua org mamat ni masa pergi kelas tuisyen. Masa tu aku memang suka kat mamat A ni. Aku nampak pun macam dia suka aku. (tak tau la kalau aku perasan). Tapi mamat B pulak approach aku lebih2. Memandangkan mamat B ni lebih tua dari mamat A, so dia pun mengalah la kat mamat B tu. Pastu terus kawan ngan member aku ni sampailah kapel. Aku pulak memang tak kemana ngan mamat B tu. 

Segala cerita cinta kawan aku ni dengan mamat A ni aku tau la. Member aku cerita semua kat aku. Lama jugak la diorang kapel, dekat 3 tahun camtu. Yang aku tau kawan baik aku ni memang suka flirt sana sini. So dia cerita la dia flirt ngan mamat tu, mamat ni. Then aku tanya la apa cerita ko ngan mamat A tu? Dia cakap dia dah bosan, nak putus. Dia soh aku take over pulak mamat A tu. Kebetulan masa tu aku baru je putus ngan boyfriend aku. Dan aku pulak memang pernah suka kat mamat A ni. Terus la aku call kan. Lama-lama bercinta pulak. Tapi tanpa pengetahuan aku, kawan baik aku tak berapa suka la sebenarnya aku ade hubungan dengan ex dia. Dan sebenarnya diorg belum putus pun lagi sebab mamat A ni tak nak tinggalkan kawan aku tu. Dalam masa yang sama dia pun dah tangkap cintan sama aku. Boleh tak masa raya kitaorg (aku ngan kawan baik aku) pergi beraya rumah mamat A tu sama-sama. 

Yang lagi sakit hati tu, kad raya yang dia bagi kat aku ngan kawan aku tu sama je isi kandungannya. Actually masa tu mamat A ni macam dah permainkan kitaorg. Dia cakap kat kawan baik aku tu dia takde pape ngan aku. Pastu cakap ngan aku dia dah putus ngan kawan baik aku tu. Last-last ngan dua-dua tak kemana. Yang lagi sakit hati tu kan masa dia nak kawen boleh lagi call aku ngan kawan baik aku nie. Gila saiko.

Eh panjang pulak cerita pasal ni. Hihihi. Tapi tu sume zaman cinta-cinta monyet. Masa muda-muda. Now sume dah kawen pun.

Kesimpulannya jangan la sesekali ada hubungan dengan boyfriend, tunang, even ex kepada bestfriend sendiri. Lain lah kalau kau memang tak kisah dengan friendship antara kau dengan kawan baik kau sendiri. Tapi life is about to choose kan? Ada masa memang kita kena buat pilihan.

Apapun biarlah pilihan yang kita buat tu berbaloi. Kalau rasa berbaloi untuk pilih cinta dari persahabatan, then pilih la cinta. Tapi kebanyakannya memang akan pilih cinta. Hebatnya kuasa cinta ni kan? Jangan kata persahabatan boleh hancur. Even hubungan dengan family pun boleh jadi huru hara sebab cinta. 

Berapa ramai yang hilang persabatan kerana cinta? Bila dah ada boyfriend, lupa kawan-kawan. Tapi bila ada problem dengan boyfriend, kawan-kawan jugak yang dicari kan? Betul la, it's a thin line between LOVE and FRIENDSHIP.

Cheers ^_^

p/s: aku ingat nak umumkan pemenang giveaway aku tu esok la. ramai dah tanya. sorry la sume. aku agak busy kebelakangan ni tapi minggu ni agak ok sikit sebab cuti kan esok. so kepada yang dah join giveaway aku tu, stay tuned!!

4 comments:

  1. giler lar gi raya sama2 hehe klakar beb, tp itu lar macam2 benda kena lalui sebelum jumpa si suami hehe
    well, life is full of suprises :)

    ReplyDelete
  2. betul tu. life is full of suprise.

    ReplyDelete
  3. wow.. aku lame dah tak tgk cinta cinta ni.. hehehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..