Thursday, May 12, 2011

Sepuluh Perkara : 10 Thing You Want To Say To Want Person.

One person yang terpilih tu mestilah laki aku kan. Pilih orang lain kang kontrobersi pulak. So nak tak nak terpaksa lah pilih laki sendiri. Huhuhu. (macam tak rela jek) ^_^

Ok la, kepada Encik Masran bin Mansor, ini yang saya nak katakan kepada awak. (walaupun belum tentu awak membaca entry saya ini)



1. Mekasih sebab sudi kawen dengan saya. Kalau awak tak kawen dengan saya, mungkin saya akan jadi anak dara tua sampai bila-bila.

2. Mekasih sebab banyak sabar dengan perangai bini awak yang hot tempered ni. Saya tau awak boleh sabar, sebab tu saya kawen dengan awak. Hehehe.

3. Mekasih sebab rajin buat kerja rumah. Basuh baju, basuh pinggan, tolong masak, mandikan kucing, mop lantai, cat rumah, angkat sofa, buang habuk kat karpet .. ah macam-macam lagi lah. Beruntung saya dapat laki rajin wat kerja rumah. Tak payah nak suruh-suruh pun. ^_^

4. Mekasih sebab selalu jadi driver saya. Sejak kawen dengan awak saya dah kurang stressed di jalan raya. 

5. Mekasih sebab selalu sokong je apa yang saya nak buat. (mungkin awak tau kalau awak bantah, nanti saya mengamok). Hihihi.

6. Mekasih sebab bayarkan duit kredit kad saya. (ada lagi balance dua kad yang belum setel, nanti tolong bayar kan yer)

7. Mekasih sebab jadi 'punch bag' saya. (saya suka tumbuk perut awak yang boroi tu)

8. Oh ya, awak dah gemok. Sila kuruskan badan sebab setiap kali bersama dengan awak yang dah gemok ni, saya rasa macam saya dengan orang lain.

9. Keluar bilik air, tolong lap kaki bersih-bersih sampai kering. Saya tak suka ada bekas tapak kaki kat lantai yang saya baru mop!

10. Lastly, saya sayang awak sampai hujung nyawa. You are my hero. Muah! 

kenapa setiap kali bergambar bersama, pose kita sama je macam ni??



p/s : kursus aku dihabiskan awal. patutnya 3 hari tapi jadi 2 hari. Yang best dalam sijil nanti diorang letak 3 hari. Yuhuuu. Esok boleh la rehat-rehat. Tak sabar nak join MALAYSIA NEXT TOP BLOGGER by SANDRA AZWAN

4 comments:

  1. Hello babe..i will be waitin'..hehe

    ReplyDelete
  2. bile nak umum pemenang giveway? ke dah umum ?

    ReplyDelete
  3. hari selasa ni nak umumkan..tggu yer ^_^

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..