Thursday, May 5, 2011

Sepuluh Perkara : 10 Things I Hate.


Day three : 10 things u hate.

1. Traffic jammed. Sumpah aku benci gila babi. Aku memang cepat naik angin bila drive. Kadang-kadang kalau dok sebelah pun aku boleh naik angin jugak. Padahal bukan aku yang bawak kereta pun. Aku tak tau la macam mana orang lain boleh tabah hadap jammed setiap hari. Kalau aku la, mau mati cepat sebab darah asik naik je. Sebab tu aku tak suka sangat masuk KL. Tau je la KL jammed macam mana. Nasib baik dok Putrajaya. Tu pun kadang-kadang aku naik hangin jugak sebab asik kena berenti kat traffic light. Putrajaya ni banyak traffic light. Kalau boleh setiap kilometer nak buat traffic light. Tak paham sungguh aku.

2. Orang yang meludah merata-rata. Siyes menyampah gile. Laki aku kadang-kadang pun suka meludah merata-rata. Memang banyak kali dah kena sound ngan aku. Tapi kalau nak meludah jugak, tolong jangan depan aku. Geli dowh.

3. Orang yang hisap rokok lepas tu asap suka hembus-hembus tak tentu hala. Orang macam ni aku cop bodoh nak mampus. Ko dah la merokok depan orang lain, pastu asap ko tak reti nak jaga la. Men hembus je. Kadang-kadang ngah cakap ngan aku pun boleh la hembus asap-asap tu. Nak merokok, merokok je la. Tak payah la nak hembus asap tu kat muka orang. Kalau tak hembus pun dia pegang rokok tu menghala ke muka aku. Memang pantang betul aku orang buat macam tu. Takde adab langsung. Merokok pun kena ada adab la weh. Baru la gentleman. Ni nampak macam budak bodok bangang nak mampus hisap rokok pastu asap rokok bersepah-sepah. Dah la tu merokok kat tempat awam macam kat tempat makan or hospital. Orang macam ni memang aku tak boleh tolerate. Dulu-dulu sebelum kawen selalu gaduh ngan aku pasal ni. Nasib baik dia dah berenti merokok. Kalau tak, mau hari-hari gaduh.

3. Tempat yang sesak. Ni pun boleh buat darah aku cepat naik dan hilang mood. Sebab tu aku malas pergi tempat yang ramai orang. Nanti boleh bergaduh ngan orang lain sebab terlanggar bahu je.

4. Mak bapak yang pergi shopping bawak anak kecik. Tak boleh ke tinggal anak tu kat rumah? Aku maksudkan anak kecik yang belum pandai jalan dan masih duduk dalam stroller tu. Dah la stroller tu buat semak dalam shopping kompleks tu, pastu anak kau pulak nangis macam kena sawan. Mak bapak sibuk shopping. Nak shopping la weh, bukan pergi jalan-jalan. Tinggal je la anak tu. Kalau takde sape nak jaga, tak payah pergi shopping atau sorang je pergi. Ok fine. Aku takde anak lagi jadi mungkin aku tak paham situasi ini. Tapi aku memang tak suka.

5. Mak bapak yang ada anak yang degil, nakal dan aktif yang tak reti nak tegur atau marah anak sendiri. Ni satu lagi jenis mak bapak yang aku tak paham. Anak ko dah la degil dan nakal. Datang rumah orang terus bukak peti ais, lompat-lompat atas sofa, main laptop, pastu baling-baling barang, nampak teddy bear comel nak mintak bawak balik rumah, melompat-lompat atas badan tuan rumah, main pukul-pukul orang tapi MAK BAPAK DIA BOLEH DIAM JE BUAT TAK TAU LANGSUNG TAK NAK MARAH ATAU TEGUR ANAK DIA. Pastu kalau orang tegur terus buat musuh dengan orang yang tegur tu. Siyes weh aku penah jumpa manusia spesis ni. Memang hilang sabar dibuatnya. Ikut hati aku memang teruk aku kerjakan anak dia tu. Ok, fine aku belum ada anak jadi aku tak paham situasi ni. Tapi satu hari nanti kalau aku ada anak dan anak aku buat perangai macam kat atas tu, memang kat situ jugak aku tibai dia. Ini janji aku!

6. Aku benci bila aku serabut. Sebab aku mudah hilang fokus bila serabut. Serabut tercipta bila banyak benda nak kena buat dalam satu masa atau masa tak cukup nak buat satu benda tu. Bila aku serabut, aku akan hilang fokus. Bila aku hilang fokus aku anak stress. Bila aku stress aku asik nak marah orang. Jadi jangan buat aku serabut.

7. Suasana sunyi. Aku memang tak boleh blah hidup sunyi-sunyi ni. Yes aku suka menyendiri tapi aku tak suka sunyi. Contoh kalau aku dok menyendiri dalam bilik, aku tetap nak suasana bising kat luar. Sebab kalau suasana sunyi mula lah aku nak fikir bukan-bukan. Sunyi pun boleh buat aku stress. (tapi kadang-kadang dok berdua je ngan laki aku kat rumah terasa sunyi. nasib baik la ada anak kucing buat penghibur).

8. Benci gila babi orang asik dok komen aku kurus. Yang komen-komen tu pulak jenis orang yang badan gemok boroi buruk muka banyak jerawat. Siap cakap lelaki tak suka pompuan kurus sangat. Kurus sangat ni tak cantik. Macam papan, takde tetek, bontot flat, susah nak beranak la. Ah macam-macam lagi lah. Yang aku tak tahan tu siap cakap laki dia yang cakap perempuan kurus cam aku ni tak cantik. Konon-konon nak bagitau la pandangan lelaki terhadap perempuan kurus macam aku. Weh korang korang yang asik mengata aku kurus sangat ni, aku tak tanya sket. Pernah tak tengok supermodel-supermodel antarabangsa? Kalau sebut supermodel mestilah kita akan fikir satu benda iaitu CANTIK. Ko pernah tengok supermodel gemok?? Pernah???? Tak de kan? Jadi sape cakap kurus sangat tu tak cantik?? Lagipun dah memang keturunan aku sume kering-kering. Nak buat macam mana. Aku selesa je dengan badan aku sekarang. Ringan je. Korang yang gemok tu, korang rasa korang selesa ke dengan badan korang sendiri? Yakin ke suami korang suka badan korang gemok macam tu? Sorry la kalau ade orang berbadan gemok terasa hati. TAPI INI UNTUK ORANG GEMOK TAK SEDAR DIRI YANG ASIK NAK KONDEM ORANG KURUS MACAM AKU.  Ko dah gemok, gemok je la. Tak payah nak hina orang kurus cam aku ni. Aku takde pun nak hina-hina atau pertikaikan kenapa korang gemok. 

9. Jawab phone masa tengah drive. Maksudnya orang tu dah tau aku tengah drive tapi still nak call. Ni laki aku la selalu buat. Asik nak call je tanya kat mana. Contoh macam aku dari Putrajaya nak balik Selayang. Dia dah ade kat Selayang. Pastu asik call tanya kat mana dah. Patutnya dah boleh estimate la time aku sampai. Agak-agak lambat sangat baru la call. Ni tak, dah la aku ngah stress ngan jalam jammed. Pastu tepon lak bunyi. Memang mengundag makian la jawabnya sape yang call tu.

10. Orang yang jalan atau keluar ngan aku tapi sibuk dengan telefon dia. Ngah cakap ngan boyfriend la, sms la. Abis tu aku ni apa? Tunggul ke? Kalau agak-agak nak bergayut ngan boyfriend, jangan kuar atau jalan ngan aku. Menyampah tau tak. Bukan jeles tapi aku tak suka. Hormatlah sket kat kawan kan. Ko dah la kuar ngan aku pastu sibuk lak nak gayut ngan orang lain. Baik aku jalan sorang-sorang je macam tu. hati pun tak sakit. 

Ok la dah cukup 10.
Penulisan aku agak emo di situ, maklumlah kata 10 things i HATE.
Kena la emo sket kan?

Ok la, nak pergi lunch McD kat Alamanda.
Nak kumpul gelas coca-cola.
Bye!

12 comments:

  1. hoho aku dah ade lengkap gelas coca cola tu. nik beli mase kt france. 5tahun yg lepas. lembab punye malaysia. dah le mahal coke value meal tu.

    ReplyDelete
  2. YES!

    Nombor 4 tu mmg buat I hangin satu badan wei!

    I TAK PAHAM kenapa parents sebok nak shopping tapi bawak baby yg masih kecil?

    Tak kesian ke nak berasak-asak bawak masuk shopping complex. Budak tu bukan paham ape. Mak bapak yang nak shopping, tinggal je la anak kat rumah suruh orang jaga kan?

    Kalau takde org jaga, tunggu anak tu besar sikit dlm 6 bulan je dah tak meragam ke baru bawak. Nie mak bapak sebok nak shopping macam baju tak de lgsg :P

    Haih. Tak paham!

    Then sgt setuju with number 8! Gosh.. kesimpulannya, perempuan/lelaki gemok sgt jealous dgn si kurus. Gemok = badan berbau, badan ketul2 dan lemak sana sini (^_^) Pakai baju pun nampak muffin top!

    So dia hina la kita yg kurus2 nie konon lelaki tak suka... oh peliss! (bluerk!) Hehehe~

    ReplyDelete
  3. 9 thn bersama...cukup kenai dengan hang...huhu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. no 5..mmg geram btol ngan org cmni xreti nk ajar anak hormat org dan harta org..

    yg no 8 tu..sape yg kate kurus xcntek da dia yg gemuk xleh kurus sibuk nk komen org kurus..terima je la kurus ke gemuk ke..sume kejadian tuhan xyah nk kondem²..msing² ade kelebihan..tp jd org kurus ni best senang grk,ringan xcpt penat,xde mslh kesempitan ruang, bju snang cri, mkn pun xyah tahan² xyah risau nk diet² bagai..byk lg la bestnye..yg pnting supermodel sume kurus² oke..haha..

    yg no 10 lak..btol la bek jln sorg²..jln same² pun cam jln sorg bek xyah..semak gak ngan org cmni.

    ReplyDelete
  6. salam

    cujen dah umumkan pemenang cujen giveaway ke belum?

    takut saya x sedar je...

    maklum la baru saya baru balik bercuti..

    ReplyDelete
  7. hi,

    aku paling pantang yg no5 tuh. ada parent yg bangga pulak tu anak dia cam tu. konon anak dia aktif padahal nampak tak pandai didik anak ada lar.

    dan aku pon paling tak suka no 8. ada yang cakap lelaki nak badan jenis beyonce bukan ala-ala kate moss. aku anggap je yg dorang nih mulut longkang yang jelous kita ni kurus. and kita dah laku (kawen) pon kan kan ? ;)

    ReplyDelete
  8. yg no 5 tu mmg aku setuju...geram betul budak2 nakal ni..

    ReplyDelete
  9. Penat baca entry nie.....hehehe, kalau 20 pun, GERENTI u terbuat punye kan? hehe;-P

    ReplyDelete
  10. Oh! Yang akhir sekali tu ganasss. Hehehe

    ReplyDelete
  11. CUJEN..HAP DET LAH LAGIK....SETIAP ARIE MUSTI BUKAK U NYER BLOG...HUP DET OK...I WAITING.. X0X0

    ReplyDelete
  12. I stuju dengan no5 tu. Dah lah nakal, bila org tegur nk jeling2 plak. Rase nk cungkil je bijik mata tu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..