Tuesday, May 3, 2011

Sepuluh Perkara : 10 Things I Love.

1. Buku. Tak kira lah buku apa. Kalau pergi shopping complex aku lagi suka pergi MPH. Bolah dok berjam-jam dalam tu. Selalu jugak aku beli buku. Tapi jarang-jarang buku yang aku beli tu aku baca sampai habis. Biasanya sekerat jalan je. Pastu beli buku lain pulak. Tapi yang pastinya aku memang suka buku. Kalau nak bagi hadiah kat aku, tak payah pening-pening. Bagi je buku. Mesti aku suka gila.


2. Benda-benda cute, unik & vintage. Sanggup berhabis duit untuk benda-benda macam ni. Kat rumah aku penuh dengan benda-benda macam ni yang kadang-kadang aku tak tau pe motif aku beli semua tu.

Salah satu benda unik yang aku sayang.

3. Kucing. Ni tak payah citer banyak la sebab blog aku pun penuh dengan cerita kucing-kucing aku. Bela kucing ni boleh menimbulkan satu perasaan positif dalam diri. Kalau aku marah macam mana sekalipun, bila tengok kucing hati aku cepat sejuk. Tapi kadang-kadang aku naik hangin jugak dengan kucing aku yang tak paham bahasa. Hehehe.


4. Polaroid. Kan dah kata aku suka benda yang vintage-vintage ni. So salah satunya kamera. Walaupun orang sekarang sibuk dengan DSLR, aku tetap suka kamera polaroid atau kamera-lamera  lomo. Sekarang nak kumpul duit nak beli kamera-kamera polaroid ni. Sape-sapa yang punya minat sama ngan aku, boleh usha-usha SINI untuk beli kamera polaroid.


5. Converse. Suka gila! Dan aku rasa orang yang pakai converse sangan cool. Ingat lagi masa mula-mula dapat duit PTPTN masa belajar dulu, benda pertama yang aku beli ialah kasut converse. Ada lagi kasut tu sampai sekarang. Dah seasoned. Tapi lagi seasoned lagi cool aku rasa. Dulu-dulu nak cari pakwe mesti tengok kasut pe dia pakai dulu. Kalau pakai converse, ok ngam. Tapi malangnya laki aku tak minat converse. Dia gilakan Onitsuka Tiger. Cet!


6. Karaoke. Dulu-dulu boleh dikatakan setiap hari aku pergi karaoke. Masa lunch yang sejam tu pun sempat lagi pergi karaoke. Dapat pulak member yang sama gila karoks. Tapi sejak kawen dah kurang dah aktiviti menyumbangkan suara ni sebab laki aku tak suka karoks!


7. Filem romantik & komedi. Serius menonton filem macam ni boleh menimbulkan satu perasaan yang gembira. And yes aku memang orang yang mudah terbawa-bawa dengan mood filem. Filem romantik feveret aku ; The Notebook & My Best Friend Wedding. 


8. Bau duit. Hahaha, aku memang gila duit. Siapa yang tak gila duit kan? Kalau dapat duit yang baru-baru mesti aku nak amek bau dulu. Amek berkat kononnya supaya duit aku bertambah-bertambah. Bau duit ni pun boleh menimbulkan perasaan gembira dalam diri. Tapi akan jadi stress bila sedar duit tu bukan duit aku. Hahaha. Nak cari perfume yang bau duit, boleh?


9. Bau hujan. Ada sesetngah hujan yang menimbulkan bau yang saaangattt hmm...tak tau nak huraikan macam mana. Tapi sangat best la. Bau hujan bercampur ngan bau rumput, peh!! Sangat-sangat best! (dah lama tak main hujan, teringin nak main hujan macam masa kecik-kecik dulu)


10. Makanan pedas. Orang jawa memang suka makan pedas-pedas. ^_^. Kalau tak pedas tu memang boleh potong selera la. Kalau boleh nak pedas-pedas sampai kuar air mata. Nasib baik laki aku makan pedas, kalau tak payah jugak nak masak. Boleh bawak gaduh woo. 


Korang lak macam mana? Apa yang korang suka?
Jom la join sepuluh perkara ni.



7 comments:

  1. hahaha. sudah tukar la.. ^_^

    ReplyDelete
  2. suke jalan jalan takk.. ahaks

    ReplyDelete
  3. jalan-jalan kalau takde duit boleh mengundang stress..haha

    ReplyDelete
  4. aku jatuh cinta kat laki aku sebab dia pakai converse!muahahaaaaaa :D

    ReplyDelete
  5. mari kita kumpui duit p travel....tp tungu pas aku kawen...kumpui duit dr skrg...huhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..