Sunday, May 22, 2011

Sunday.


Happy Sunday uolss. ^_^

Jadah apa dah kul 11 malam baru nak ucap happy sunday. Hehehe. Nak buat macam mana hujung minggu aku sekarang tak sama macam orang lain. Takde istilah berehat-rehat di hujung minggu lagi dah. Sekarang ni hujung minggu adalah masa untuk mengemas rumah, membasuh baju, uruskan anak-anak bulusku itu, mop lantai, kemas bilik, basuh bilik air. Pendek kata hujung minggu je la ada masa nak buat semua tu. Nak buat macam mana, kena lah berkorban sikit untuk menunutut ilmu. 

Sabtu lepas hari last aku punya kursus ilustrator tu. Alhamdulilah dari tak tau apa-apa langsung nak guna adobe ilustrator tu, sekarang setakat nak buat header blog yang simple-simple, banner atau kad jemputan tu dah boleh la kot. Actually mende-mende ni sume boleh belajar online je. Banyak tutorial tapi kalau dah langsung tak tau apa-apa kenalah juga belajar basic. Ok la belajar kat Kolej Komuniti tu, yuran pun murah je. Next kursus hujung minggu aku ialah kursus buat kek. Kursus ni sama jugak 3 hari. Setiap hari sabtu jam 9 sampai 5 petang. Tapi start bulan Jun nanti. Kepada siapa-siapa yang duduk beredekatan dengan Kolej Komuniti Selayang tu, kalau rajin nak pergi kursus-kursus macam ni boleh la tengok kat SINI. Jadual kursus untuk bulan Jun dah keluar. Kena daftar cepat-cepat sebab takut penuh. Yang tanya aku pasal kelas bahasa inggeris tu boleh usha-usha website KK Selayang ni. Aku punya kelas habis pertengahan bulan Jun. Lepas tu sambung kelas baru lak.

Ceh banyak pulak membebel pasal ni. Takpe sharing is caring.

Sekarang ni nak cerita mende lain. (sekali dapat update terus update banyak-banyak.hihihi).

Petang tadi aku pergi saloon. Tukar kaler rambut and trim sikit rambut aku yang dah serabai tu. Kebetulan ada promotion pulak saloon yang aku selalu pergi tu. Beli pakej treatment rambut 2, dapat free rebonding/color/digital perm. Murah gak la. Treatment rambut tu satu RM88. So kalau beli 2, RM176 la. Pastu boleh pilih nak rebonding/color/digital perm. Haruslah aku grab kan. Pas color terus wat treatment sekali. Pastu yang satu lagi treatment boleh guna next time. Berbaloi-baloi okey. Saloon ni kat Seri Kembangan je, kat Taman Equine. Nak tau lebih lanjut boleh tanya di ruangan komen. 

Tak berapa nampak pulak colornya. Tetiba rasa nak beli DSLR sekarang ni. -__-

Ok la dah malam sangat ni. Nak mandi dan tidur dan rehat dengan secukupnya. Takmo ada mata panda esok hari. Gud nite everyone!


5 comments:

  1. Apa nama saloon?

    Nak pegi ! Nak pegi !

    Sebab dok tangguh-tangguh nak wat hair treatment & relaxing..

    Rambut dah mcm penyapu rami nie =(

    ReplyDelete
  2. wah cantik rambut :D
    bestnye, kalau kolej komuniti tu dekat..

    ReplyDelete
  3. a'a la cujen, ruby selalu gak pi saloon kt equine park tu, tapi asek selalu tukaq saloon je, sebab tak ingt hahaha

    ReplyDelete
  4. @Juliet Nama kedai tu D trend Hair & Makeup Studio. Kat roundbout Jusco Equine tu amek kul 3. Pastu simpang pertama masuk kiri. Terus je nnt nampak kedai tu warna hijau. Belah kiri. Ni no phone kedai 03-89438243

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..