Friday, June 17, 2011

Gold Coast, Here I Come.


Ececeh, berangan je lebih aku nie. Tah dapat ke tidak pergi Gold Coast tu. 

Ingat tak lagi aku pernah post entry pasal Game Cadbury Choclairs yang aku dok main macam nak gila dulu? Ala, yang hadiah utama melancong pergi Gold Coast tu. Bukan Gold Coast kat sepang tu. Tapi Gold Coast kat Australia hokey!! Boleh tunggang kangaroo kat sana. Hehehe.

Dipendekkan cerita aku memang addict main game tu tapi bukan sebab nak menang sangat hadiah pergi Gold Coast tu. Nak rebutkan hadiah mingguan je sebenarnya. (Sungguh tak bercita-cita tinggi langsung aku nie).

Siang malam pagi petang aku main game tu sampai nak tercabut la keyboard laptop aku tu. Tapi main punya main sampai minggu ketiga, still tak menang hadiah mingguan tu sampai aku pun naik fed up. Lepas tu terus stop main dan lupakan segala hasrat nak menang laptop dan percutian ke Gold Coast tu.

Dipendekkan cerita lagi, Isnin lepas aku tetiba dapat call dari Cadbury Choclairs kata aku terpilih dalam top 30 untuk rebut hadiah utama percutian ke Gold Coast tu!! Whatttttt!!! Mestilah aku tak percaya kan. Aku syak ada sindiket nak kenakan aku ni. Tapi bila fikir-fikir balik sape pulak yang nak memainkan aku kan? 

So aku pun pegi la check kat wall FB Choclairs Cadbury ni. Sekali tengok dia dah senaraikan nama-nama top 30 kat wall dia. So, confirm la ni. ^_^


Nampak tak nama aku disitu. Hehehhe.

Tapi ni baru top 30. Top 30 ni nanti kena pegi Pavilion hari ahad ni tuk last challenge tuk rebut hadiah utama tu. Tapi yang tak bestnya dia tak bagitau apa game yang kitaorang kena main tu. Ceh. Saje je kan buat aku berdebar-debar. Aku ni bukan boleh main game2 camni. Buat kat Pavilion lak tu. Mesti ramai yang tengok. Aku ni dah le nervous melampau. Kang langsung keras kat situ. Langsung tak menang. :-(  Tengok senarai nama pun cam hebat-hebat je. Huwaaaaaa...ada peluang ke aku??

Tapi masa org tu call dia kata kalau datang tapi tak menang hadiah utama tu still dapat hadiah saguhati. Tak silap aku hadiahnya henpon kot. Berbaloi la kalau aku pegi pun. Tapi still rasa berdebar-debar la. First time aku dapat peluang macam ni. Doakan aku berjaya ok. Kalau dapat pegi Gold Coast tu nanti, aku bawak balik kanggaroo tuk korang sorang satu. Hihi.


4 comments:

  1. Wow!! Best of luck!! Nnt gi Pavi pakai spek itam.. biar tak mengganggu konsentrasi diusya orang ramai.. hehehe..

    PS : Kalau gi GC nnt I nak souvenir mak kangaroo boleh?

    ReplyDelete
  2. sILA BErkoBAr-kOBarkAN diRI aNDA...:) n selAmAt BErjAye...:)

    iTS ME_sHIKIn

    ReplyDelete
  3. Bolehla Mek skodeng ko kat Pavilion. Tak pun Mek jadik pom pom girl. Boleh?? Muaahahaha.

    ReplyDelete
  4. wah! tahniah!! dpt enpon...weh ajar aku camne nk copy page cam ko wat tu..pelisss

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..