Monday, June 20, 2011

Goodbye, Gold Coast.

Tengok tajuk pun dah tau aku gagal kan? Hehehe.

Tapi takpe, aku nak cerita juga apa yang aku buat kat sana semalam.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Pecah rekod weh hujung minggu camni bangun awal. Selalu matahari dah atas kepala baru nak bangun. Tapi demi impian nak ke Gold Coast, aku gagahkan juga.

Sampai pavilion awal gila. Kul 10 aku dah sampai. Parking pun banyak lagi kosong. Pertama kali dapat parking betul-betul depan esclator nak masuk pavilion tu. Gila ah.

Sampai-sampai je aku terus menuju ke tempat pertandingan. Hehehe. Tak sabo nak tengok apa rupa game yang aku nak kena main ni.


Tu diaaaa. (macam susah je)


Orang pertama yang mendaftar. Hehehe.


Lepas daftar tu dia akan kasi masa bila aku punya game akan start. Mula-mula aku kena start kul 12.30. Maknanya aku orang pertama la yang akan main game ni. Tapi nasib baik la dia tukar aku nye turn ke 2.30 petang. So boleh la tengok orang lain buat dulu cemana. (padahal aku dah berdebo tak tentu hala). Cam bodoh je aku nak berdebo benda-benda camni. Hihihi.

Sementara nak menunggu turn kitaorang sampai, aku dok lepak-lepak la kat booth choclairs tu. Ngah lepak-lepak ternampak seseorang yang ni yang "macam ku kenal, tapi di mana ya??". 

Ha, kenal tak? Kenal tak?

Cik Epal in da house!! Ala, Cik Epal blogger yang famous amos tu.Takkan la tak kenal kan? Ingatkan dia salah seorang peserta tapi rupanya dia datang buat liputan di situ. Nanti dia story la kot dalam blog dia. Hebat ok, datang buat liputan. Cik Epal cakap aku dengan laki aku macam bukan laki bini. Nampak macam kapel-kapel je. ^_^. Biasalah Cik Epal, hati lejen tapi muka cute! Hahaha

Lepas tu aku laki bini dah kebosanan. Ada masa 4 jam weh. So kitaorang beronggeng dulu kat Pavilion tu. Terpaksa beli spender dan bra baru sebab terlupa nak bawak. Masa orang tu call hari tu dia dah pesan soh bawak baju spare sebab game ni ade kena masuk dalam air. Tapi yang aku bawak baju dan seluar je. Yang dalam-dalam semua terlupa. Kata nervous!! Bukan bra n spender je lupa. Henpon dengan jam pun tertinggal kat rumah.

Kitaorang sempat gi makan. Sambil tunggu dua orang member yang nak datang bagi sokongan padu kat kitaorang nanti. Hehehe.

Short it cut la eh. Lepas makan beronggeng pe sume, tibalah masa yang ditunggu. Kul 2 aku dah standby kat situ. Sempat la tengok 2-3 orang yang jalan dulu. Lepas tu baru turn kitaorang. Aku ingatkan kitaorang berdua akan buat serentak, tapi rupanya aku akan lawan partner orang lain. Lepas tu partner aku akan lawan peserta lain pulak. Ceh, camtu rupanya. Tapi aku kasi laki aku jalan dulu. Lepas tu baru turn aku.

Tu dia lawan aku. Mana aci kena lawan lelaki. Patutnya pompuan kena lawan pompuan la kan.
Ini tidak adilll!!


Tapi takpe, aku akan fight dengan sepenuh hati.
Lagipun markah dikira bukan sape yang sampai dulu.
Markah ikut point yang kita kumpul dalam masa 2 minit yang dia bagi.
So apa ade hal?? Cujen boleh!


Round 1, kena amek beg choclairs ni dulu.
Yeslah, aku berjaya dapat dulu. Padan muka you lambat.
I jalan dulu yerrrr.


2nd round - kena panjat menatang ni tanpa menggunakan tangan.
Nampak senang kan??? Tapi susah weh.
Nampak tak lawan aku tu dah potong aku. Cis! Cis! Cis!


Ok, aku lambat. ):


Berjaya jugak sampai atas. Dah sampai tu kena hazab lagi.
Gelungsur sambil peluk beg choclairs tu!


Huahahahahaha.
Nasib baik muka aku blur, kalau tak aku tak dapat bayangkan cemana rupa aku masa ni.


Sampai bawah kena kutip bola-bola api ni sampai sepuluh masuk lam tong tu.
Kena amek bola-bola yang ada point, sebab point tu yang akan dikira untuk markah.


Round ketiga - kena pecahkan belon-belon tu dengan menggunakan BONTOT!

Kalau nak tau,  part sini la yang menyebabkan aku kalah. Ko bayangkan la belon-belon yang aku dudukkan tu tak mau pecah!! Cilanat punya belon. Dua tiga kali henjut-henjut dia takmo pecah. Nampak sangat aku ringan kan? Hehehe. Kalau aku tau la nak pecahkan pecah belon pakai bontot, aku pakai seluar yang tajam-tajam.

Dekat sini je amek masa hampir seminit. Tengok la partner sebelah aku tu dah berjaya pecahkan semua belon menggunakan bontot. Hebat betul bontot dia. Hahaha.

Belon ni memang menyusahkan hidup aku tau. Agaknya aku dengan belon memang tak boleh ngam. Sila rujuk entry ini untuk baca sejarah aku dengan belon. ----> (AKU BENCI BELON)

Tapi berjaya jugak aku pecahkan semua belon-belon tu. Kira hebat jugak bontot aku. ^_^

Lepas tu terus ke part yang terakhir. Part ni memang hazab sikit la sebab kena memanjat lepas tu masa panjat tu turun air dari atas. Bukan air biasa tau. Air campuran coklat. Memang melekit-lekit la.

Sampai sini aku ada masa 40 saat je lagi. Memang pancit dah masa kat sini. 
Tengok ah tu aku macam dah tak larat.



Kena panjat sampai atas tu lepas tu terjun ke bawah. Tinggi jugak weh. 


Ini la rupa aku di dalam sana. 

Kat sini aku gagal mendapat satu pun bola-bola api. Bermakna aku gagal la kumpul point. Ni sume sebab belon yang buat aku lambat. Kat dalam tu dengan air pe sume susah jugak la nak cari bola-bola tu. Licin nak mampus.

Sempat lagi posing walaupun gagal mendapatkan point.


Habis basah lencun dengan air coklat.
Steady ok main game camni pakai jeans. ^_^


Memang best! Haha.


Ni pulak aksi laki aku.


Laki aku berjaya la dapatkan point-point tu semua.Tapi aku rasa dia tak kira sebab dia cuma partnet kepada peserta je. Yang dia kira markah peserta-peserta je. Partner tu just untuk suka-suka je la kot.
Konpom la tak menang kan.

Tapi tak menang pun takpe, sebab still dapat consolation prize. Henpon Sony Ericsson. Ingatkan dua-dua peserta dengan partner dapat henpon tu. Rupanya untuk peserta je. So tak dapat la laki aku henpon tu. Ciss. frust jugak la.

Tapi, kat situ ade lagi game-game lain untuk orang ramai yang ade kat situ. Hadiah nya henpon jugak. So laki aku pun mencuba nasib la.


Bersungguh-sungguh nak menang.


 Naim dengan Hery pun nak cuba jugak.

Game simple je. Budak-budak pun booleh main. Siapa dapat markah paling tinggi, dia la menang. Pemenang akan dipilih setiap sejam. So lepas sejam kalau nak try lagi boleh la. Dua tiga kali jugak la laki aku try main game ni. Akhirnya dapat jugak the highest socre. Tapi dia berkongsi mata dengan sorang lagi peserta yang dapat markah sama. Ingatkan dua-dua la dapat kan. Tapi dia cakap sorang je yang boleh dapat. So terpaksalah fight sekali lagi. Nasib baik berjaya dapat markah lebih. Kesian kat mamat yang sorg lagi tu. Muka frust gile. Nak buat cemana, dah rezeki kami. ^_^


Yay, dapat dua henpon. Jadi la kan. Sape nak bagi?

Thank you Choclairs!

Walapun tak dapat pergi Gold Coast tu tapi enjoy jugak la. Thanks to Naim & Hery yang datang teman kami berdua dan memberi sokongan padu. Termasuk menjadi penjaga beg dan photographer untuk hari tu. (Naim cakap dok situ dari pagi sampai petang dah macam kat sukan sekolah). 

Tapi ok what, pecah rekod dok kat pavilion tu lama-lama. 
Hehehehhe.


6 comments:

  1. aku pun semput tgk...takpe2...janji dpt henpon~ whoot2~!
    tahniah~

    ReplyDelete
  2. giler best! tak gi gold coast pun takpe, game ni pun dah cukup best! :D

    ReplyDelete
  3. ouh...kakak tak ajak pun..T_T

    ReplyDelete
  4. lor..u same my friend gf..takut belon gak..aiap maki2 bile orang tiup besar2..kawan sy sekolah dulu takut bellon gak..petir pun dia takut..siap nyorok blakan pintu...tapi sekarng tidak lagi

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..