Monday, June 13, 2011

KL Gangster.

Akhirnya!!

Dapat jugak pergi tengok wayang. Dua minggu sebelum ni asyik full je. Naik hangin satu badan dibuatnya. Ala, sebenarnya ada je seat kosong lagi kalau nak pergi tengok tapi jenis aku pulak, kalau seat 5 dari belakang tu dah full memang aku tak hingin pergi tengok wayang. Wat sakit mata dan sakit hati je dok seat depan. Bayar sama je, so mestilah aku nak tempat yang selesa kan.

Eh banyak pulak membebel pasal seat. Ok meh aku citer sikit pandangan aku mengenai cerita KL Gangster yang sedang hangat diperkatakan ni.

Asalnya memang aku tak berminat nak tengok KL Gangster ni memandagkan aku dah 2 kali frust tengok cerita Shamsul Yusof ni. Cerita KL Drfit memang aku tak boleh blah langsung. Dengan lakonan poyo ngan ayat-ayat skema dalam filem tu. Khurafat pulak aku memang tak boleh blah dengan lakonan kayu Shamsul. So aku expect cerita KL Gangster ni pun lebih kurang la kot. So memang tak terniat pun nak tengok. Lagipun aku tak minat Aaron Aziz.

Tapi lepas baca review dari orang lain yang rata-rata kata citer ni best, so aku pun terasa la nak tengok jugak.   

Overall aku rasa citer ni ok. Aku boleh bagi 3.8/5 star. Kiranya aku keluar panggung tu takde la rasa macam frust ke apa. Enjoy jugak la. Lakonan Shamsul pun nampak ok. Takdelah poyo sangat macam dalam citer KL Drift tu. Pelakon-pelakon lain toksah cakap la, semua memang pelakon hebat-hebat especially Ady Putra. Ok, bias di situ sebab aku memang minat dia pun. Hahaha. Tapi siyes la, Ady Putra memang superb. *jatuh cinta kali ke 60 kali kat dia* Dia jadi gengster memang kena la. Watak-watak lain macam Abang Long Dil ngan kawan Malik (ape tah nama dia tu, aku lupa) tu memang banyak menghidupkan movie ni. Mungkin kalau diorang takde cerita ni nampak suram kot. 

Badan dia *mabeles!!!*


Jalan cerita ok tapi ending dia agak longgar la. Senang-senang je habis macam tu kan. Tak dramatik langsung.   Patutnya boleh tambah sikit adegan-adegan dramatik kat babak-babak akhir tu. Tapi takde pun. Biasa-biasa aje. Taiko besar pun bley mati senang-senang la?? Agak kureng la di situ. Lagi satu, watak adik Malik si Zati tu macam tak berapa perlu je. Kalau watak dia takde pun tak mendatangkan apa-apa effect pun. Ni pada pandangan aku la. Tapi citer-citer gangster macam ni kalau takde watak cikaro memang tak best la kan. 

Aaron Aziz memang tak yah citer la. Dia memang pelakon hebat. Walaupun aku tak minat dia sebelum ni, tapi lepas tengok KL Gangster ni tetiba aku rasa dia hensem. Hahaha, boleh tak camtu? 

Apapun aku ucapkan tahniah kat Shamsul Yusof sebab pencapaian dia yang semakin baik. Kualiti filem pun semakin ok. Secara keseluruhannya aku rasa agak berjaya jugak la filem ni. Boleh la kan untuk filem melayu kita. Asik-asik tengok filem omputih je sekali sekala support filem melayu pun ok. Citer hollywood tu pun bukan semua best. Kadang-kadang cam hampeh jugak.

So kepada sesiapa yang belum tengok filem KL Gangster ni, boleh la ke pawagam-pawagam berhampiran. 

Selamat menonton ^_^


1 comment:

  1. betul2 setuju2 100%...fadil n ajib mmg menghidupkan pun kl gengster ni...aaron n adi mmg superb la...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..