Friday, June 24, 2011

Maharaja Lawak : Aku Pilih SEPAH Sebagai Juara.

Kenapa aku pilih SEPAH? Sebab pada aku Sepah yang paling konsisten sepanjang berlangsungnya Maharaja Lawak ni. Aku memang tak pernah miss Maharaja Lawak walaupun suatu ketika dulu aku pernah la mengutuk rancangan Raja Lawak ni. Aku start tengok Raja Lawak ni masa musim kedua. Tu pun sebab Nabil dan aku tengok lepas Nabil dah jadi juara (tengok youtube je). Lepas tu memang tak layan dah sampai musim kelima. Tu pun layankan laki aku sebab dia memang suka tengok Raja Lawak ni.

To be honest, sebelum Maharaja Lawak aku tak pernah kenal pun kumpulan Sepah ni. Serius! Masa laki aku dok gosip-gosip (laki aku mmg suka gosip), Shuib kawen ngan Siti Sarah pun aku wat bodoh je. Memang tak amek port. Rancangan Bujang Sepah pun aku tak suka tengok.

Tapi start Maharaja Lawak ni, serius aku terus sukaaaaa gileee kat Sepah ni. Minggu pertama je dah buat aku gelak gila-gila. Tapi yang paling best masa minggu musikal.


Minggu musical ni memang gila ah. Kelakar gila sepah masa ni. Banyak dialog-dialog diorang yang aku takleh lupa.

"haa..ngam-ngam yang..tak payah la nak potong tangan wat sample"

"ni kalau tengok ni bukan batu biasa ni.. batu caves ni"


"gajah tu bertahun-tahun tak makan nasi gemok jugak"

Hahaha, memang lawak! Dengan lagu latar lagu Hotel California dan lagu Pada Syurga Di Wajahmu memang best la. 

"bersabar abang...bersabar abang"


"ko diam peah" :D

Satu lagi aku suka masa minggu keenam


Ni pun best jugak. 

"yang buat aku teruja tu, budak-budak kat sana umo 7-8 tahun dah pandai cakap inggeris"

"setakat bapak william tu aku panggil POKTEH je" hahahahhahahah. ni memang lawak."

"aku nak bagi ko barang ni...barang yang lepas jangan dikenang"

Ikutkan aku, Sepah tiap-tiap minggu best tapi dua ni memang favourite aku. Harap sangat Sepah boleh jadi juara. Jozan? Boleh la tapi aku rasa diorang ni menang populariti je. Maklumlah diorang kan dah jadi pengacara Raja Lawak tah berapa lama. Nabil pun agak menurun prestasi dia. Dah kering idea kot. Lagipun dia sorang kan. Peserta solo memang susah sikit nak survive

Kalau Sepah juara, Jozan naib juara, Nabil no tiga pun okey jugak. Kalau dibahagi-bahagi duit kemenangan tu, sorang dapat 100 ribu. Kan? Kan? Hehehe.

Apapun aku sokong Sepah walaupun aku tak mengundi. ^_^

Ala, dah langgan Astro Warna tu pun kira mengundi gak kan. 

Ok, selamat menonoton Mahaja Lawak dan selamat bergelak ketawa.

Cheers.

1 comment:

  1. azlie dr dulu suke sepah~ mmg kelakar ayat derang spontan jew....

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..