Monday, June 13, 2011

Van Mini Milo Yang Sungguh Memikat Hati.


Sekarang ni gigih setiap hari minum milo sebab nak kumpul point untuk redeem Van Mini Milo yang tersangattttttttt la comel nie!



Cooooooomelllllll kan??? Aku ni dah la gila benda-benda macam ni. Start tengok iklan kat tv lagi aku dah meroyan nak kan benda nie. Tapi biasalah benda-benda macam ni mesti la ada syarat kalau nak dapat. Ala syarat biasa-biasa je. Kena sertakan bukti pembelian. Setiap pek milo tu ada mata-mata yang diberi. So kena kumpul point la pastu baru redeem Van Milo ni.

Van milo ada 6 semuanya. Setiap bulan boleh redeem dua je. Pastu ada dua size pulak. Aku mestilah nak kan size yang besar tu khannnn. Barulah comel nak susun atas rak kat rumah aku tu. ^_^

So sekarang gigih la beli Milo. Lepas tu pergi rumah sedara mara tanya ada milo ke tak. Kalau ade nak kan pek milo tu. Hihihi. Keji sungguh perangai aku. 

Korang-korang yang tak nak redeem Van Milo ni tapi ada beli milo kat rumah, sedekah la kat aku pek milo tu. Tak payah la susah-susah aku nak kena beli milo banyak-banyak. Kang penuh pulak rumah aku tu dengan milo. Orang datang pun aku hidang milo je. Silap-silap dengan kucing2 aku pun aku paksa minum milo. Hehehe.

Kalau nak tau cemana nak redeem Van Milo chomel ini, sila la layari MILO.COM.MY


1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..