Tuesday, July 26, 2011

Trip To Universal Studio Singapore.

Ok kali ni Puan Cujen nak cerita trip ke Universal Studio Singapore pulak.  Amboi kemain lagi berjalan je Puan Cujen ni. Setengah tahun ni dah dua kali wat trip. Banyak sangat duit ke? Hihi. Mestilah kalau aku pergi bercuti aku akan cari kos yang paling murah dan paling jimat sekali. Lagipun sebelum ada anak ni boleh la pergi berjalan-jalan kan. Dah ade nanti terbatas pulak. Ehehehe, perlu ke nak cakap mende tu semua? Straight to the title please!

Trip ke USS ni macam biasalah tak dirancang pun. Tapi memang dah lama teringin nak ke sana. Borak punya borak aku dengan laki aku decide nak pergi before puasa. Lepas tu macam biasa la mesti la nak hangkut kawan-kawan sekali pergi sama. Biar sama-sama habis duit. Hihihi. Mula-mula yang confirm 4 orang, pastu tambah lagi 3 orang. Last minit sehari sebelum pergi tu tambah lagi 2 orang. Akhirnya total 9 orang yang pergi. Tu tak termasuk lagi aku hasut Kak Linda pergi sekali. Tapi dia amek pakej la. Dok sana 3 hari 2 malam. Aku? Mestilah dok tune hotel kat danga bay je. Bajet. Hehehe.


Kenapa aku pilih Tune Hotel? Sebab pada aku kalau nak dibandingkan dengan hotel bajet yang lain, Tune Hotel more comfortable. Katil dia best. Murah pun murah. Bilik aku semalam RM 39 hengget je. Tapi tu harga bilik la. Kalau nak amek air cond, tv sume kena add on. Tapi pas add on sume tu pun semalam baru RM88 hengget. Dua malam RM 176. Termasuk tiket bas pergi balik ke USS. Kira murah la tu. Tapi Tune Hotel ni tak sesuai untuk family sebab bilik dia kecik je. Ngam-ngam tuk dua orang.

Ni la bas yang membawa kami USS.



Bas ni ade dua trip. Untuk pergi ada bas kul 7.00 & 10.00 pagi. Balik pulak kul 7.00 malam & 10.30 malam. Mestilah kitaorg amek bas yang paling awal pergi dan paling last balik. Tiket bas ni boleh add on siap-siap masa book hotel. Tapi kena call balik 2 hari sebelum pergi untuk confirm seat. Hari nak pergi tu tunggu je depan lobi Tune Hotel tu. Kaunter bas ade kat situ. Bas pun selesa. Siap ada wifi dan tempat charge henpon. Canggih betul. Ke aku yg jakun? Hehehe.

Sampai USS dalam kul 9 camtu. USS pun belum bukak lagi pun. Sempat la kitaorg wat member card ape tah. Motip buat card tu pun aku tak tau. Bukan selalu pun nak pergi sana. Tapi dia kata boleh guna kat Genting, so buat je la. Free kot. Pastu dapat freegift. Hihihi.

Ahli rombongan aku. Muka ceria je semua.

Lepas tu terus menuju ke USS. Tapi belum bukak so kitaorang pun berlegar-legar depan pintu masuk USS tu. Semua sibuk nek bergambar. Memandangkan orang tak bape nak ramai lagi, boleh la posing-posing sakan depan globe USS tu. 

Masing-masing sibuk nak bergambar

Tadaa! Ok gambar tak full. Nak letak gambar full la.

Hehehe. Nak frame la gambo ni. (eh, mana gambo gedik laki bini?)

Mestilah ade. Mana boleh takde. Gambar wajib ni. 
Nanti nak print pastu lekat kat peti ais. 

USS bukak kul 10 pagi. Berebut-rebut semua nak masuk. Tapi sebelum masuk haruslah dapatkan tiket dan map dulu supaya tak sesat. :p

Yay! Dah de tiket & map.

Tiket aku beli dari Asia Travel. Sama je kalau beli kat website USS tapi in case la kalau korang pegi website USS tiket dah takde, bley beli kat Asia Travel sebab diorang ade reserve tiket untuk Asia Travel. Kaunter Asia Travel kat bawah tempat parking. 

Masuk-masuk je terus ke Hollywood Park. Teruja sangat aku sampai blur tak tau buat apa. Hahaha. 


Tapi blur aku tu kejap je. Kat Hollywood Park ni jumpa la macam-macam karakter artis-artis dan citer Hollywood yang femes-femes. Ada Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Kungfu Panda, Joker and tah sape-sape lagi tah. Tak ingat la. Tak dapat nak amek gambo dengan semua sebab nak bergambar pun kena beratur la. Ciss!



 Banyak lagi tempat nak pergi ni. Jangan buang masa. Kamon!

Mula-mula pergi Madagascar Park dulu.

  
Kat Madagascar ni kitaorang just naik macam bot je pusing satu tempat yang ade karakter-karakter filem tu la. Tak menarik sangat pun. Bosan je. Budak-budak suka la kot. Show Madagascar ni tak sempat tengok pun sebab bergegas pergi tempat lain. Map pun tah kemana.

Kalau bawak budak2 jangan lupa naik menatang ni. Budak-budak mesti suka.

Dah habis sini terus pergi Far Far Away pulak. Sempat la tengok show Shrek 4D tu. Lebih kurang macam 3D jugak la, cume efek dia lagi best. Kalau donkey tu cakap menyembur-nyembur dapat rasa la air tempias kat muka. Time bergerak tu bergegar-gegar kerusi. Ok jugak la. Ade la dalam setengah jam tengok show ni.


Best nye la kalau rumah aku cam castle Shrek ni.

Keluar je dari tengok show Shrek ni, hujan selebat-lebatnya. Bayangkanlah. Hadoi spoil la. Memang potong habis la time ni. Dah stuck kat dalam gift shop Far Far Away tu. Lama jugak la hujan turun. Dekat sejam tu. Nak tak nak redah je. Beli poncho harga 2 dolar. Tapi takpelah, adik aku ckp nnt pergi Lost World ko kena pakai jugak poncho tu. 

Hehe comel je sume kena pakai poncho.

Sempat isi perut dulu sementara tunggu hujan reda.

Makanan kat dalam ni takdelah mahal sangat. Standard la satu set meal tu dalam 12 dolar. Jangan la convert duit kita. Kalau convert duit kita memang terasa la mahalnya. Dah pergi negara yang nilai duit dia lebih mahal dari kita, nak wat cemana kan. Nak murah pergi Bandung la. Hehehe.

Alamak! Dah kul 5. Nak balik rumah. Kang keras pulak laki aku tunggu depan rumah. Kunci rumah belum sempat duplicate lagi.

Sambung esok la ye. Esok aku cerita pasal show Waterworld yang best gile. Rollercoaster The Mummy yang best nak mampos sampai aku naik dua kali dan rollercoaster kat Sci Fi City yang boleh buat kaki ko longlai leas turun dari rollercoaster tu. Hahaha. Tunggu!!!


7 comments:

  1. harus buat frame weh gmbr2 kita~! huhu

    ReplyDelete
  2. syioknyerr ..
    tak sabar tunggu entry seterusnya ..
    bulehlah dijadikan panduan sebab akak rancang nak pegi USS lepas raya nanti ..

    ReplyDelete
  3. Aku suka outfit kau weh. Simple je.

    ReplyDelete
  4. Hye..singgah sini...
    boleh tak share bajet a-z bercuti ke singapore ni..sbb dh rancng dgn member nk g..ni 1st kmi g...mmg tak reti sgt ohya kmi gerak dari Jb n rase nk bermlm 1hari kat singapore..just email kat sy jer..

    syazny7@gmail.com

    ReplyDelete
  5. salam...nak tanye buleh?bape RM ye tiket USS tu?tringin la nak pegi..~ =)

    ReplyDelete
  6. entry ni memang helpful gilaaaaaa! aku plan pegi uss based on entry ko semata! haha. tapiiii ade satu nak tanya, num ape nak call pasal confirm seat utk bas tuh? tune ke? sbb odyssey xde pon contact num. pleaseeee reply cujen!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..