Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan 1432H

Alhamdulilah, tahun ni masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan. 

Tahun ni sepcial sikit sebab ini kali pertama aku sambut puasa sebagai seorang isteri. Teruja jugak la sebab nak tengok setakat mana kemampuan aku nak sediakan juadah sahur dan berbuka sendiri. Ye la, tahun-tahun sebelum ni semua mak aku yang sediakan. Celik mata je makanan dah ready. Tapi tahun ni kena buat sendiri dan hasilnya, sahur pertama aku kantoi!. Bangun pagi je tinggal 5 minit nak azan subuh. Sempat minum seteguk air je. Hahaha. Failed!

Puncanya aku ingatkan laki aku dah set alarm. Dia pulak ingatkan aku yg set alarm. Padahal aku dah tanya dah sebelum nak tido tu. Dia cakap dah. Rupanya tak set pun. Hampeh betul. Nasib baik boleh bertahan lagi puasa aku tu. Tapi melepek jugak la. Petang tu terus berbuka rumah mak aku. Tak larat kononnya. Hihihi.

Tapi sekarang dah masuk hari ke 11 ok la. Aku ngan laki aku jenis tak cerewet makan. Macam dia kalau ade sambal je dah ok. Aku lagi la, bukan banyak snagat makan pun. So kadang2 aku masak satu jenis lauk ngan sayur je. Kuih-kuih pun takde sangat. Sebab biasanya pas berbuka tu dah takde makan-makan lagi dah malam tu. Sahur lak, lagi sempoi. Laki aku minum susu dutch lady ngan air masak je. Dia jenis yang tak makan sangat masa sahur. Aku je yang kena makan. Tu pun makan biskut tiger cicah nescafe je. So kesimpulannya juadah sahur memang aku tak pernah buat. Masak untuk berbuka je. Tu pun simple-simple je. Kadang malas, aku beli je. Hihihi. Memang isteri mithali!

Setakat hari ni belum pernah lagi berbuka puasa kat luar. Makan kat rumah je. Sejak dah kawen ni rase malas je nak keluar rumah. Better makan dirumah walaupun lauk satu sardin je yang ada. Takpun berbuka rumah mak aku atau diorang datang yang berbuka kat rumah aku. Yang penting berbuka puasa di rumah. Tapi minggu depan rasa nak jugak la berbuka puasa kat luar. Sekali sekala kena tukar selera kan?

So kesimpulannya ramadhan tahun ni biasa-biasa je. Takde apa pun yang menarik sangat. Raya pun nanti aku sambut sederhana je kot. Bajet dah lari sebab kena pindah rumah. Kali ke 5 aku pindah dalam masa 7 tahun.  Itu nanti aku cerita di next entry la yer.

Tahun ni beraya umah mak mertua kat Selayang je. Camne ek rasa beraya umah mak mertua? Hehehehe.


4 comments:

  1. Raya pertama di rumah PIL? Hebat! Hihihi.. I dah pesan siap2 kat syazwan, raya pertama mesti shah alam :P Kalau tak balik Kelantan raya nie pon xpe (alasan jammed) Menantu hantu betul I nie ;p

    Anyway, good la masran tak cerewet makan ;)

    ReplyDelete
  2. bile nak buke kat luar? soh banglong belanje steamboat ar.

    ReplyDelete
  3. sama la weh, sahur kantoi,berbuka plak kat bangsar je keje aku...papepun sahur tu belajar makan kurma weh...bagi ENERGY~ ^_^

    ReplyDelete
  4. aku pun tak sempat nak berbuka kat luar lagi, tetibe rajin pulak masak haha :D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..