Monday, August 8, 2011

Bonuslink Reward.

Aku memang jarang amek port hal-hal reward ni. Selalunya kalau orang promoto soh amek kad itu ini aku amek je selagi ianya FREE. Hehehe. Macam kad bonuslink ni, dah lama aku join kumpul point tapi tak pernah redeem pun. Tapi hari tu disebabkan kebosanan aku pun check la emel aku satu-satu. Owh rupanya bonuslink selalu hantar emel bagitau soh redeem sebab point yang tak redeem akan expired. Tak silap aku 6 bulan dari tarikh collect point tu. Cet!! Manalah aku tau kan.

Sekali check banyak gila ah point aku dah expired. Hampeh dot com betul la. Tanpa berlengah aku pon redeem la balance-balance point yang ade tu. Dapat lah redeem voucher makanan. 


Nando's voucher RM 20 x 2. Jadilah kan. Sape nak bagi. Yang bestnye bonuslink ni, aku redeem pagi ni, esok petang dah sampai voucher tu. Cepat gilerrrrrr! Ni yang wat aku semangat nak collect points ni. Hehehehe. 

Korang yg ade bonuslink tu jangan lupa redeem ni. Nanti expired rugi tau.

1 comment:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..