Wednesday, September 14, 2011

Cantik.

Kadang-kadang aku tertanya, apa perasaan jadi wanita cantik ek.
Maksud  aku yang betul-betul cantik. Yang kalau ko tanya 10 orang, 9.9 akan cakap dia cantik.
Cantik yang kalau orang terpandang, rasa nak toleh 2-3 kali, atau pandang tak nak lepas-lepas dah.

Orang cantik ni tau tak yang dia tu cantik. Bila pandang diri sendiri dalam cermin, rasa tak kecantikan diri sendiri? Bangga tak?

Bestnya la kan jadi perempuan cantik ni.
Buat muka buruk macam mana pun orang cakap comel.
Pakai gonjeng mana pun orang kata wow, fashionita!
Terus jadi ikutan apa yang dia pakai tu.

Cuba kalau orang tak berapa nak cantik yang buat macam tu, haruslah kena hina tujuh keturunan.

Salah seorang perempuan cantik di dunia.

Mengikut pengamatan aku, perempuan cantik ni, i mean yang betul-betul cantik, biasanya merendah diri.
Kira kecantikan dia tu seiring dengan sifat peribadi dia.

Yang jadi masalah perempuan tak berapa nak cantik tapi perasan diri lawa sangat.
Kalau orang tegur sikit, dah perasan orang nak mengorat dia. Kalau lelaki pandang, tuduh lelaki tu gila sex.
Kalau perempuan pandang, cakap perempuan tu cemburu. Siap nak sound lagi, apa pandang-pandang?

Kadang-kadang simpati dengan orang yang macam ni. Tahap keyakinan mereka terlalu tinggi.

Tapi kot ye pun awak tu cantik atau awak rasa awak cantik, tak perlu la nak ego sangat.
Buat orang menyampah ade la. Lagipun kecantikan tu tak kekal lama. Nanti hilang jua dimamah usia.

Kan?

JOM MENANG DUIT RAYA DENGAN KOTEX.

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..