Wednesday, September 7, 2011

Damm You, PETKNODE!

Aku tau ramai yang dah tau pasal Petknode ni. Kisah kucing-kucing yang ditinggalkan di pusat jagaan haiwan bernama PETKNODE dan tak diberi makan dan minum selama lebih seminggu sampai ada yang mati! 

Kisah lanjut bolah baca di sini : BLOG SERIUS, SUSUKOCAK, & KTAC.

Aku tak tau kenapa ada manusia yang sangat kejam dan tak berhati perut buat kucing-kucing tu semua macam tu. Konon penjagaan rapi 24/7 tapi harammmmmmmm! Orang tinggalkan kucing kat situ bukan free, bayar ok! Duit amek, tapi servis macam lahanat. Yang lagi terkilan tu katanya pemilik PTEKNODE tu orang melayu. Agama apa tak tau la. Islam la kot. Tapi perangai cam musibat. Tergamak korang biarkan kucing-kucing tu semua tanpa makanan dan minuman pastu korang sedap-sedap bercuti beraya makan sedap-sedap. Jahanam betul la.

Tengok la gambar-gambar kat bawah ni. Kenapa lah kejam sangat manusia sekarang ni.

Sampai kurus kering kucing ni dibuatnya. Kucing terbiar pun tak macam ni. :(


Nampak tak anak-anak kucing tu semua dah mati keras.
Korang tak rasa hati korang macam kena garu dengan garfu ?

Ni gambar yang buat aku meraung!
Ibu dan anak saling berdakapan. Tak dapat aku bayangkan macam mana saat kematian diorang.
Tengok la si ibu mati dalam keadaan mata terbuka.
Korang tak nampak ke kesengsaraan yang diorang tanggung tu?
Memang babi la Petknode ni!


:'(

Ada banyak lagi gambar korang boleh tengok page KTAJ & EKIEN ASHIKIN.

*****************************

Tak dapat aku bayangkan kalau kucing-kucing aku diorang buat macam ni. Terbayang aku muka Doddy, Bella, Baby, Chibby & Merong mengiau-ngiau kelaparan. Diorang tu dah la dapat layanan first class kat rumah. Makanan tak pernah kurang. Sentiasa full. Aku sendiri pun sanggup berlapar semata-mana nak belikan makanan untuk diorang.

Sebab tu la aku sanggup tinggal je kucing aku kat rumah kalau pergi mana-mana. Tak berani nak hantar kat boarding servis. Memang aku tak pernah percayakan pet service ni semua. Pernah sekali aku hantar Doddy wat grooming. Kononnya kalau pet centre buat, lagi kemas & cantik la kot. Sekali aku tengok, ganasssssss gile dia buat. Dia sikat bulu Doddy yang kusut tu kuat-kuat. Aku pun tak pernah wat camtu! Sejak tu memang aku tak percayakan pet centre.

Kalau pergi mana-mana, memang aku tinggal je kucing aku kat rumah. Sekarang ni rumah dah besar sikit. Ada 4 bilik, so satu bilik tu memang aku khas kan untuk diorang je. Macam raya hari tu, aku tinggalkan diorang 4 hari. Tapi sebelum tu memang aku letak makanan banyak-banyak, air sampai 3-4 bekas. Tak masuk lagi dengan auto food feeder tu. Sebelum gerak tu bagi diorang makan wet food dulu kasi kenyang. Pasir tempat diaorang berak pun letak banyak-banyak. Tingkap & kipas aku biarkan je terbukak kasi angin segar masuk. Pintu bilik aku tutup. Bukan nak kurung diorang, tapi tak nak bagi diorang keluar ikut tingkap/pintu lain. Takut hilang atau kena curi. Alhamdulilah, aku balik hari keempat tu kucing aku semua sihat walafiat, segar bugar lagi. Cuma bau dalam bilik tu la tengik sikit. Kata tinggalkan 4 hari kan. Tahi mestilah banyak kan. 

Tapi apalah sangat tahi kucing tu kalau nak bandingkan dengan kasih sayang kita dengan kucing tu. Diorang tak tau ke kucing-kucing boleh mendoakan kita, murahkan rezeki kita. Ni aku nak citer sikit pengalaman aku. Mungkin mende ni kebetulan je tapi takpelah aku cerita je la.

Aku ingat lagi ada satu malam tu tengah aku frust sebab mintak kuarters rumah teres tak dapat-dapat, Bella tetiba datang kat aku. Meleset-leset kat kaki. Bella ni memang manja sikit. Suka meleset-leset & suka sangat kalau orang belai-belai dia. Sambil aku belai-belai & usap-usap Bella tu aku cakap la kat dia camni "ko ni Bella keje nak meleset je la. cuba ko doakan aku supaya cepat dapat kuarters rumah teres ni. boleh la aku bagi korang semua satu bilik. tak la kena kurung dalam sangkar lagi. korang selesa, aku pun selesa." Lebih kurang macam tu la dialog aku dengan Bella macam tu. Tapi aku tak serius pun. Saje cakap-cakap kosong dengan anak bulu aku tu.

Kuasa tuhan, kebetulan seminggu lepas tu orang BPH call aku cakap pertukaran kuarters aku dah lulus. Dah boleh amek surat tawaran & kunci. Padahal sebelum tu aku call berpuluh-puluh kali diorang cakap takleh dapat. Alasan, aku dok apartment tak cukup 3 tahun la, kuarters teres dah penuh la, aku mohon lambat la dan macam-macam alasan lagi. Tapi rezeki tuhan nak bagi, dapat lah jugak aku kuartes tu sebelum bulan puasa. Tahun ni merasa la beraya rumah baru. Dan aku anggap ini rezeki anak-anak bulu aku. Sebagai janji, satu bilik memang khas untuk diorang je. Kalau pergi kerja aku kurung je semua lam bilik tu. Tak boleh biarkan diorang berkeliaran dalam rumah. Ye la, aku kena jugak menjaga kebersihan rumah. Kalau sekor takpelah jugak, ini 5 ekor nok!

Alhamdulilah setakat ni, anak-anak bulu aku tu tak pernah lagi kelaparan. Sentiasa ada rezeki untuk diorang. Ni gambar latest diorang.

Doddy si hitam manis legam. Hihihi

Bella the pregnant cat.
Bella dah mengandung lagi uolss. Subur nok.

Merong si jantung hati! Kesayangan aku nie. :)

Chibby yang lorat. Garang ni weh. Takleh bawak gurau, habis dicekaunya.

Baby yang ligat. Susah gile nak tangkap apatah lagi nak amek gambar dia.

Sekali sekala dapat lepas kat luar mmg seronok betul diorang.
Jenuh la aku laki bini nak kejar diorang balik.
Sampai semmmmmpppuuuutttt dibuatnya.

Ni la buah hati pengarang jantung aku buat masa ni. Fabby & Zorro dah bagi orang. Tak larat nak bela ramai-ramai. 5 ekor ni pun ikutkan banyak jugak tapi sayang sangat kat diorang. Kalau diorang takde, rasa cam kehilangan je. Tu yang aku gagah jugak bela diorang. Ni pulak Bella dah pregnant lagi. Tunggu masa je nak beranak. Ada sesiapa nak anak Bella? Boleh cop dari sekarang. Hehehehe.

Tak dapat dibayangkan kalau diorang sume diseksa macam kucing-kucing kat Petknode tu. Kesian kucing-kucing kat situ. RIP untuk semua kucing-kucing yang dah mati tu semua. Semoga orang yang bertanggungjawab tu diberi balasan yang setimpal dari Allah. 

Damm you, Petknode!

7 comments:

  1. Memamg celaka. Aku meraung-raung bila tengok semua kucing ni. Aku lagi sanggup kalau diorang dilepaskan merayau carik makanan. Kesian sangat. Aku dah berapa hari sampai takda mood nak kerja, makan pun tak lalu. Dahlah kucing aku hilang. Rindu gila. Tetiba dapat tau benda ni. Aduiyai Petknode. Otak kau letak kat mana? Bontot ke?

    ReplyDelete
  2. Tu la..kesian gile weh...kot yer pun nak tinggalkan camtu, kasi la makanan banyak2..ni tak..dah la kurung lam sangkar kecik je...nak bergerak pun takleh...mmg kejang la kucing tu dalam tu....sedih wehhhhhh.

    ReplyDelete
  3. dgr cite pmilik petdotdot(hahahhaha) nk saman org2 yg pecah msuk dlm premis dorang..cam sial la..spatutnya pmilik kucing2 tu yg patut sman dorang...


    nk anak kucing sekor..hihi

    ReplyDelete
  4. betol2 sedih...sbb kucing nika pown hilang jugak...smpai hati buat kucing2 tu mcm tu...huhuh

    ReplyDelete
  5. aku nk cop baby kucing tu nnt bole?dekat je ngn umah aku klau ko nk jengah2..hehe.
    *xsgka kan, masih ada yg berhati binatang.sedih tol tgk gmbo kucing2 tu.

    ReplyDelete
  6. alamak~ sedihye tgk kucing2 yg mati tu~...
    takpe2...jaga je kucing2 kome tu leklok~ t deme mendoakan le kesejahteraan kome~

    ReplyDelete
  7. Aku tgk video kucing dlm Utube boleh nangis juga. kasian kucing ni..
    Kucing awak semua COMEL!!! Sy suka tengok yang nama Baby tu, tp semua memang gojes. bestnya peluk kucing tu.. sihat2 semua.. jaga dorang bek2 k. :)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..