Friday, September 9, 2011

Entah.

Banyak kali nak update blog. Maksud aku update blog macam dulu-dulu. Selalu dan banyak benda nak dicerita.

Tapi sejak kawen, eh mungkin sejak ade teman hidup, aku macam dah takde benda nak cerita. Kehidupan makin tenang dan MENDATAR. 

Hidup aku sekarang, pergi kerja, balik kerja, tengok tv kejap, kemas-kemas rumah, masak, makan, tido. Esoknya ulang benda yang sama. Kadang-kadang keluar pergi tengok wayang. 

Aku malas nak update pasal raya sebab sama je dengan semua orang. Pakai baju raya, salam-salam, mintak mahap then amek gambar skema bersama ahli keluarga. Cliche!

Aku bercadang nak buat open house tahun ni tapi tengok la bajet cemana. Lagipun cam malas je nak kemas lepas open house tu. Kalau mintak tetamu aku yg datang tu basuh pinggan sendiri boleh tak? Hihihi. Eh tapi sekarang bukan orang buat open house pakai pinggan mangkuk pakai buang tu ke? Hmm tengok la nanti.

Tapi kalau aku tak buat open house pun datang je la raya rumah aku. Nanti aku buatkan air ribena. Kelass kau, Jen!

2 comments:

  1. Tumpang lalu jap ya. :)

    Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :) Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. weh buat la open houz utk dak2 poli skali~ bole tlg pas kan kad aku~ aku ni tiap minggu balik ipoh...xde masa nk jumpa~ hiks~

    p.s. aku pun sama nak update blog, tp xde masa nk upload gmbr~

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..