Wednesday, September 28, 2011

Makeup Less.

Satu benda yang aku perasan, setiap kali aku beli barang makeup macam fondation, eye liner, lipstick, eye shadow semua tu, last sekali barang yang akan aku amek ialah makeup remover. Kadang-kadang aku terfikir, penat mekap macam nak gila, last-last sekali nanti aku buang jugak mekap tu. Setiap kali nak sembahyang kena buang mekap, then mekap balik. Nak buang mekap pun bukan senang, especially tang eye liner tu. Kadang-kadang dah buang pun still ade hitam-hitam lagi kat mata aku. Lagipun rasa cam buang masa dan tentunya buang duit aku beli mekap mahal-mahal. Mahal ke setakat pakai Maybelline je? Aku kan kedekut, mestilah rasa mahal. Hihihi.

So, atas kesedaran itu jugak aku amek keputusan nak kurangkan bermekap especially time pergi kerja. Dapat menjimatkan masa dan tenaga aku di waktu pagi. Tapi takdelah aku bio kan muka aku pucat lesi giteww. Kang terperanjat pulak bos aku tengok. Mekap jugak tapi sikit je. Setakat pakai compact powder, eye liner n lip balm. Sekarang ni, ini aje barang mekap aku ;


Itu je yang aku perlukan buat masa ni. No more fondation, eye shadow bagai. Lagipun muka aku ni jenis berminyak. Kalau panas sikit nanti habis la fondation aku cair. Penat je mekap tebal-tebal konon nak nampak cantik, padahal muka dah bertompk-tompok tahi unta. 




Yang atas tu gambo aku bermekap tebal siap dengan fondation, makeup base, eye shadow bagai. Kat bawah tu gambo mekap less. Aku rasa cam tak banyak beza kecuali tang kening aku yang atas tu macam fauziah gous dalam cerita sifu dan tongga. Hihihihi.

So, kesimpulannya marilah kita menjimatkan duit dengan mengurangkan mekap di muka.


p/s : Skinfood chifon cake yang aku pakai tu memang best. buat muka lagi smooth. boleh pakai 2 cara. basahkan span dulu ataupun terus tepek je kat mua. aku biasanya pakai terus je. koser la nak basahkan bagai. sesuai tuk orang yang takmo mekap tebal-tebal tapi nak nampak flawless gitu. harga rm 69.90.

8 comments:

  1. hahahah xbleh blah bila ko ckp kening cm fauziah gous hihihi. aku rs ko lagi cantik pic bwh. nmpak natural! ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe..aku mmg failed bab mekap kening ni...tp nak jugakkkk tu yg jadi camtu...

    ReplyDelete
  3. yup..rasanya gambar bawah mmg sweet..less is better kan..:)

    ReplyDelete
  4. Saye suke gambar pertama! :)

    Sbrnya, bila kita make up less, kite sendiri je yg sedar. Tp kalau org lelaki kebanyakannya akan igt kite nie langsung tak mekap.

    Tapi, bile kite bermekap, dia akan cakap cantik. Sebab biasa la, dah touch up. Mesti la cantik kan. Hihi.

    Tapi pape pun, depends. Kalau husband suke kite less make up, then its a bonus la utk kite. Jimat pun yer. Kan? Kan? ;)

    I takleh make up less gi ofc. Sbb org ofc slalu tegor kate nampak pucat la.. saket la..

    Pastu, nanti muke I nampak kebudak-budakan.

    So nak taknak, kena la tempek foundation kasik skin flawless. Huu!

    ReplyDelete
  5. Hihi..myra pon suke make up less, fondation pon xde..wuwuwu..tapi barang dari skin food mmg best kan..eyeliner die myra suke sangat2..hehe..

    ReplyDelete
  6. yeay setuju...aku pun malas nak touch up lepas smbyg..last2 slu tak make up balik..aihh.mmg malas.

    ReplyDelete
  7. sme lew kiteww
    hehe..












    naturale beauty

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..