Monday, September 19, 2011

Quick Update On Monday ^_^

1. Majlis Open House rumah aku berjalan lancar walaupun pagi tu agak kelam kabut sikit. Maklumlah first time buat open house, tambah pulak tu semua hidangan aku masa sendiri. Er, dengan bantuan mak aku dan makcik aku la. Hehehe. Mula-mula tu cam risau je takde orang nak datang open house rumah aku, tapi alhamdililah ramai gak yang sudi datang. Tapi yang sedihnya aku langsung tak sempat nak amek gambar masa open house tu sebab sibuk melayan tetamu. Ceh, padahal tak sempat nak charge bateri kamera & memori kad hilang. Heh!

Ni je gambar yang ada. Kesian laki bini dah macam bibik.
Kul 1 pagi basuh pinggan depan rumah.

2. Bella aku dah beranak lagi. 5 ekor kau anak dia. Kan aku dah cakap Bella tu subur. Yang kesiannya Bella beranak sorang-sorang je sebab aku kerja. Balik kerja tengok dah ada 4 ekor anak dia. Dapat tengok sekor je la. 2 ekor kaler ikut Doddy, 2 ekor kaler ikut Bella, sekor lagi kaler putih. Jantan betina tak tau lagi. Gambar tak sempat nak amek, esok lusa la aku update pasal anak-anak Bella.

Iklan : Have A Friend That Can Sing? Show Them This ..

3. Aku rasa aku kena limitkan penggunaan Facebook  masa kat opis. Pagi tadi tiba-tiba bos aku tanya, "You bukak Facebook kat opis boleh ke? Bukan office dah blocked Facebook ke?" Dang!!! Rupanya bos dok perati aku selama ni. Takutnya!! Ok, now online guna henpon je ok.

4.  Dua minggu lagi Anniversary aku yang pertama. Gila cepat weh masa berlalu! Tak sangka betul dah nak setahun kitaorang kawen. Hehehe. Ada idea tak nak wat ape untuk Anniversary? Rasa macam nak gi honeymoon la. Since kawen tak pernah lagi honeymoon. Selalu pergi dengan kawan-kawan so consider bukan honeymoon la kan. Ada idea tempat yang best-best dan penting murah. Kalau ade please drop a comment k.

Ok, cukup dulu untuk hari Isnin. Esok-esok aku update lagi. Tu pun kalau ade idea. :)



8 comments:

  1. kasi aku seko ank kucing klau ko xnk k.hehe

    ReplyDelete
  2. wah makin banyak kucing kat umah ko! dan bos ko jugak menyeramkan! hahaha

    ReplyDelete
  3. nak cepat, honeymoon dlm malaysia la...kalo overdasea kene tungu tiket murah~ huhu

    ReplyDelete
  4. g honeymoon lah babe...g dekat2 pn oke dh...janji g berdua gitu....

    ReplyDelete
  5. farah- kat mana tu legend water chalet?

    ReplyDelete
  6. PD je, sebelah glory beach resort. hehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..