Monday, October 17, 2011

I'm Back!

Kembali bekerja setelah 2 minggu cuti. Atau lebih tepat lagi MC. Hehe lama kan aku MC. Bukan senang nak dapat MC lama-lama macam tu, lagi-lagi MC kerajaan. Tapi seksanya tuhan je la yang tau. Aku kena demam denggi nokkk. Mau tak seksa. 

Asalnya hari khamis 29 September tu aku balik kampung sebab atok aku meninggal. Esoknya Jumaat 30 September tu aku dah start demam. Pagi tu dah start dah panas2 badan. Ingatkan 'dedo' biasa je sebab aku memang selalu macam tu. Biasanya lepas makan panadol dan tido kejap, terus ok. Tapi kali ni lain pulak. Makin teruk. Sampai tak boleh nak bangun. Badan dah mengigil-gigil. Luar panas, dalam sejuk. Lepas kebumikan atok aku, petang tu kitaorang dah start gerak balik Putrajaya sebab esoknya nak pergi Ipoh. Kenduri kawen Affa. Sampai je Putrajaya, aku terus melepek tak boleh nak bangun. Nak makan pun tak lalu. Laki aku bawak pergi klinik. Pergi klinik memang dia suspek denggi la tapi tak confirm. Suhu aku masa tu dah dekat 40.  Dia bagi ubat demam ngan air garam je, soh minum air banyak-banyak. Kalau lusa demam tak kebah, dia mintak pergi hospital.

Esoknya tu pulak pagi-pagi aku dah gerak pergi Ipoh. Ikutkan memang tak larat dah, tapi gagahkan jugak la sebab member kawen kan. Lagipun dah plan baik punya lepas kenduri nak pergi Penang. Jalan-jalan cari makan kononnya. Tapi semuanya hampeh sebab aku memang langsung tak boleh bangun. Hari tu jugak aku dah start muntah-muntah. Dua hari sabtu ngan ahad tu aku muntah teruk. Tak boleh nak makan langsung. Bayangkan la sampai Ipoh pun aku tak keluar dari kereta. Tak tengok pun Affa bersanding. Terbaring je dalam kereta. Otw ke penang pun aku dok je dalam kereta. Memang sakit satu badan sebab dia tangkap semua sendi-sendi. Tambah pulak dengan muntah-muntah. Cuma sabtu malam tu je yang aku ok sikit. Dapatlah ikut diorang semua jalan-jalan penang kejap. Merasalah makan pasambuq penang. Takdelah kempunan. Tapi lepas tu terus terbaring semula. 

Otw dari Penang ke Putrajaya memang dah teruk sangat la. Muntah tak berhenti. Sampai dah lembik badan aku. Sampai je Putrajaya terus pergi hospital. Memang dia kata confirm denggi la. Tapi tak boleh masuk wad lagi sebab platlet darah aku masa 70. Kalau turun sampai 50 baru la diorang masukkan wad. Kenalah balik rumah dulu tunggu la kalau teruk baru pergi balik hospital. Biasalah hospital, kalau ko tak betul-betul nazak, memang dia soh balik umah je. Esoknya demam aku tak kebah-kebah jugak. Pegi semula hospital platlet darah turun sampai 53. Barulah kena tahan wad. Ni la first time aku kena tahan wad. Kena tido hospital. Sedih je rasa. Pulak tu masa kena demam denggi tu, aku kena radang hati pulak. Doc cakap kalau denggi biasanya akan effect jugak kat hati. Memang tak boleh tido weh. Sesak nafas. Baring salah, duduk salah. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Dengan seksa satu badan lagi. Serik weh. 


Muka orang sakit.

Tau tak, 3 hari dok hospital aku tak mandi pun. Sebabnya tiap kali nak pegi bilik air, kena bawak menatang ni. Hihihi.


Sampai sekarang aku trauma bila aku dengar perkataan denggi. Fobia ngan nyamuk. Seriously masa sakit-sakit tu barulah nak datang keinsafan. Masa tu dah rase tak larat sangat dah. Macam nak mati pun ade. Aku terbayangkan kalau aku mati masa tu tah cemanalah tuhan nak terima aku. Time sihat lupa tuhan, dah sakit-sakit ni baru la nak ingat. Aku terfikir macam manalah agaknya orang yang kena penyakit kronik tu. Aku yg baru kena demam denggi ni pun dah rasa teruk bebeno rasanya. Sehari dekat 5 kali amek darah. Cucuk tempat yang sama lak tu. Sampai bengkak-bengkak tangan aku. Kalau dulu setakat amek darah tu aku tak heran sangat. Sekarang ni kalau cakap je kena amek darah, aku dah seram sejuk. Memang trauma dibuatnya.

Apapun, alhamdulilah sekarang aku dah sihat. Kepada korang-korang semua, hargailah masa sihat korang sekarang ni. Sebabnya bila dah sakit nanti, memang apa pun tak boleh dah. 


p/s : masa aku sakit jugak la baru aku dapat uji kredibiliti laki aku. bukan nak puji la, tapi serius masa aku sakit tu laki aku jaga aku mcm menatang minyak yang penuh la. ecececece. kesian pulak dia kena wat keje rumah, masak bubur tuk aku, malam-malam kalau aku merengek2 dia jugak la yang bangun, lepas tu ulang alik bawak aku pergi klinik. time melawat mmg sentiasa disisi. aku pulak time sakit la datang mengada-ngada. tapi laki aku langsung tak merungut pun. aku rasa aku pun belum tentu sabar camtu. Hehehehe. Thank you yang! I love u eternity.

eleh, macam la laki orang lain tak buat camtu kan.

5 comments:

  1. sian ko cujen.syukurlah skang dh sihat sepenuhnya.Betol, time kite tgh sakit ni nk kan perhatian dr laki. Kalau dia xlayan tu, mau tmbah lg 1 penyakit...iaitu sakit hati.hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahah..nasib baik aku tak dapat sakit hati tu..kalau tak, mau doc kena tambah mc sebulan...

    ReplyDelete
  3. ya allah
    sian ko babe
    hope sekarang ni oke...

    ReplyDelete
  4. p/s: a good man@husband doesnt show his love from what they say,but from what they do..so dont judge them from their words,but from their actions..n from what he have dont.. :-)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..