Friday, December 16, 2011

Songlap. Filem Yang Harus Ditonton.



Asalnya filem ni bukan termasuk dalam list filem harus aku tonton untuk tahun 2011. Sebabnya aku memang cerewet bab-bab filem melayu ni. Kalau pengarah nya Razak Mohaiden ke, Farid Kamil ke memang aku tolak tepi la. Tengok jugak la tapi tunggu bila dah keluar kat TV.

Tapi bile tengok pengarah dan penerbit filem ni aku rasa cam tergerak hati pulak nak tengok. Arahan Effendi Mazlan & Fariza Azlina Isahak. Tak familiar kan? Tapi kalau ko layan filem indie macam Kami The Movie & Kami Series ko tau la kot. Pengarah yang sama. 

Ok, kenapa aku cakap filem ni harus ditonton? Sebabnya filem ni aku rasa lain sikit dari filem-filem tipikal melayu yang lain. Kisah mungkin sama. Pasal kepincangan remaja, masalah sosial, masalah dadah, pelacuran, sindiket haram tu semua. Tapi jalan cerita dan cara cerita tu dikembangkan agak menarik. Cerita ni agak slow tapi akan membuatkan penonton tertanya-tanya what's next. (tak tau la penonton lain, tapi aku memang macam tu). So walaupun cerita slow, takkan rasa bosan. Tambah pulak dengan pelakon-pelakon mantap macam Shahiezy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali. Dialod diorang tak banyak, tapi pembawakan watak tu berkesan. Dalam filem ni jugak baru la nampak kredibiliti Sam tu sebagai pelakon hebat. Watak penyeri lakonan Fauzi Nawawi pun best jugak. Ada jugak la part-part yang lawak sikit. 

Lagi satu aku rasa filem ni sangat real dan rasa dekat dengan penonton. Takdelah adegan kejar mengejar guna kereta mewah, dok rumah mewah, pakai kereta besar, atau kerja tak sepadan dengan keadaan rumah. Kalau dalam filem lain, kita tengok kerja setakat ofis boy pun boleh dok rumah mewah. Tapi dalam filem ni takde langsung. Dok rumah flat, dengan keadaan yang serba kekurangan. Kat kampung baru. Ade la jugak adegan kejar mengejar pakai kereta tapi kereta buruk je jah! Barulah nampak real kan. Takdelah cam filem kongsi siap guna kereta polis bagai. Cet!

Apapun aku rasa filem ni memang best. Kalau kau jenis yang suka citer-citer macam Kongsi ke, Adnan Sempit ke, Bohsia ke, aku rasa filem ni bukan untuk korang. Tapi kalau korang jenis layan filem macam Anak Halal, Kami The Movie atau Sepet, aku rasa korang kena pergi tonton filem ni. Lagi satu kalau korang mengharapkan filem ni happy ending macam filem melayu lain, baik korang lupakan je la. Sebabnya habis show, korang still akan tertanya-tanya apa jadi pada watak-watak dalam filem tu. Takde happy ending sangat la. Tapi itu yang best sebenarnya, buat kita berfikir dan cipta kesudahan sendiri. Hehehehe.

Tapi aku heran la kenapa filem best macam ni macam kurang promosi ek? Mungkin ada la jugak promosi tapi tak secara besar-besaran. Aku tau filem ni pun sebab tengok poster je kat GSC. Kalau tak, memang tak tau la. Mungkin orang indie macam ni suka low profile kot?

Hmm apa pun untuk korang yang tercari-cari filem apa nak ditonton hujung minggu ni, aku suggestkan filem Songlap ni. Selamat menonton!

*aku dah lama tak rasa keluar panggung dengan perasaan berbaloi tengok cerita melayu since citer Anak Halal

4 comments:

  1. tp trailer dia cm klaka. lagu m daud kilau hoho.

    ReplyDelete
  2. Serius? ohh, rasa cam nak nengok la coz kita memang layan citer indie2 ni..

    ReplyDelete
  3. ramai org gila judi....harus tgkni, awek tu cam comeyl je....

    ReplyDelete
  4. walaupun komen saye tahun 2013, saye memang masih ulang2 tengok cerita songlap ni berkali2...

    paling suke syafie naswip sebenarnya.. sebab pembawakan watak dia macam nothing tapi menjadi dia tu baik tapi terperangkap dalam hidup yang kotor...

    memang suke sangat cerita ni tapi tak suke chowkit walaupun chowkit nak menggambarkan chowkit sebenar...tapi adegan terlalu melampau kot... perlu ke babak hempap budak perempuan tu... euuuwww~

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..