Monday, February 28, 2011

Trip To Sabah [Part 1]

Kenapa bah..kau berubah...kenapa bah..

Perlu ke balik dari Sabah nak nyanyi lagu Stacy?? Haruslah kan nok. Mood sabah belum hilang lagi nie. Hehehe ^_^.

Kembali bekerja setelah cuti selama seminggu. Seminggu uolss! Lepas ni confirm aku tak boleh cuti dah. Asalnya nak cuti 4 hari je. Selasa sampai Jumaat. Tapi hari Isnin lepas siyes aku tak larat nak pergi kerja. Sms bos ; 'Bos, saya nak cuti hari ni. Cuti saya hari jumaat tu saya gantikan dengan hari ni. Jumaat nanti saya datang kerja'. Huh, ayat manis semua tu. Sudahnya aku cuti jugak Jumaat tu. Penat weh! Sampai rumah kul 3 pagi. Konpom la tak terjaga pagi tu kan. Tapi Sabah memang best!! Banyak nak update ni. So entry-entry aku lepas ni semua cerita pasal trip to Sabah. Bawak bersabar je la eh.

Trip nak ke Sabah ni tak dirancang pun sebenarnya. Aku la dok teringin sangat nak ke sana. Tapi takde plan pun, dok sembang-sembang kosong je ngan laki aku. Tup-tup bulan 11 ari tu member aku dok heboh Fireflyz buat promotion tiket pergi Sabah 1 sen je. All in fare RM 18 hengget je pergi balik. Tak ke gila dia punya murah tu? Haruslah tanpa berpikir panjang aku terus membooking tiket. Lepas dah booking tuk kami berdua, dok gebang pulak dalam FB ajak member-member lain pergi. Tak best la kan kalau pergi berdua je. Hasil hasutan syaitonirajim aku ni, akhirnya 7 orang mengconfirmkan diri. So total yang ikut rombongan cik kiah ni ialah 9 orang. 

3 pagi dah sampai airport. Gila sexcited!! 
Macih En. Bard sebab sudi antarkan kami.
Baju I  Sabah tu dah pakai?? Hehe.



Jauh gile nak jalan ke waiting hall tu.



Sempat lagi bermain-main di airport.


Boleh pulak kat airport ni ada kerusi urut.
Haruslah lelaki yang gilakan kerusi urut ni nak try kannnn.
Sabar je la aku!

Mestilah aku pun tak melepaskan peluang. 
Hihihi

Mestilah semua pun nak try kan!!
Memang terbaik la kerusi urut ni.
Tak percaya????
Lepas tengok gambar di bawah ni, aku jamin la 
korang akan berebut-rebut cari kerusi urut ni.







Hahahahahahahahahahaha.
Sorry la Aril, bukan bertujuan nak mengaibkan ko.
Tapi gambar ni siyes tak boleh blah.



Ok cukup. Cukup. Gambar kat airport je dah 300 keping. Boleh muntah hijau kalau nak upload semua. Ni la padahnya kalau bercuti dengan geng kepala sengal. Hihi.

Next entry is review about our flight, hotel and car rental. Penting ni untuk sesiapa yang bercadang bercuti kat Sabah sebab rate yang aku dapat untuk flight, hotel & kereta sewa sangat-sangat la murah. Total kitaorang spend kat sabah termasuk tiket flight, accomodation, kereta sewa, minyak kereta, makan dan segala bagai bayaran kat sana tak lebih dari RM600 untuk dua orang. Berbaloi-baloi!

So tunggu next entry ok. ^_^

Sunday, February 27, 2011

1st Anniversary & 27th Birthday Celebration.


No party, no suprise. Just a simple 'makan-makan' yang aku buat kat rumah. Jemput kawan-kawan terdekat je. Tu pun tak dapat nak jemput semua. Maklumlah rumah aku kecik je. Ramai-ramai kang takde tempat nak duduk pulak. Hehe. Kepada sesiapa yang tak dijemput tu kami minta maaf banyak-banyak. Faham-faham aje la yer. 



Genap setahun usia perkenalan kitaorang. Cepat kan masa berlalu? Rasa macam baru je semalam aku update entry birthday aku yang ke 26. Birthday party yang mempertemukan kitaorang. Tahun lepas sambut birhday single. Tahun ni sambut berdua, double pulak tu. Birthday & Anniversary. Harap-harap tahun depan triple pulak. (amin)

To my Husband, this is for you;

Today's Our Anniversary
a day for reminiscing
for dreaming dreams together
for hugging and for kissing

It's that anniversary feeling
that we're such a lucky two
because we've found each other
and true love has found us too

For happiness you've brought to me
these things I want to say
Thanks for sharing all my dreams
I love you more each day!

Happy Anniversary, Darling!



To all our friend yang sudi hadir, thanks a lot for sharing our happiness. Ada yang bawak hadiah. Susah-susah aje ^_^.  Korang menang best! Sporting & happening. Mana nak dapat weh kawan-kawan yang datang rumah siap masak nasi bagai macam kat rumah sendiri. Hahahaha. Takpe-takpe, tu tandanya korang memang serasi bersama. :-p

Mana nak cari kawan-kawan camnie.. hehe


I had a wonderful birthday & anniversary.

Tapi penatnya hanya tuhan aje yang tahu. Bayangkan malam sebelum tu aku tido kul 5 pagi mengemaskan bilik stor. Jadi bidan terjun lagi sambut anak-anak Bella. Pastu pagi siap-siap nak masak untuk jamuan malam tu. Habis je makan-makan, kena kemas terus sebab pagi tu jugak kul 3 dah gerak ke airport untuk ke Sabah.  Penat sangat rasanya. Tapi happy sangat-sangat. :-)


The Bibik!


Ok, enough for now. Next entry is about Trip to KK. Panjang woo entry ni. Tungguuuuuu!

Saturday, February 26, 2011

Doddy & Bella Become a Daddy & Mummy (^_^)

19 Februari 2011 is the day!

Tak sangka pulak Bella beranak secepat ni. Tengok perut dia macam kecik je. Ingat lagi malam 19 hb tu aku dok usap-suap perut Bella tanya bila dia nak beranak. Masa pegang perut dia tu terasa anak-anak Bella dok tendang-tandang. Excited gile aku! Hahaha.

Pagi tu Bella lain macam je ngan aku. Bukan Bella je, Doddy pun sama. Pagi-pagi lagi dah dok kejut aku. Tonyoh-tonyoh muka aku sampai aku rasa geram nak sepak je dia. Biasanya dia macam tu kalau dia dah lapar sangat. Aku pun bangun tengok makanan dia banyak lagi. Aku pun dok la kat tempat makan dia tu, teman dia makan. Bella ni kadang-kadang mengada makan nak berteman. Tapi yang pelik tu dia tak makan pun. Aku pun malas nak layan dia sebab sibuk nak kemas bilik stor. 

Tapi Bella tak abes-abes dok kacau aku. Doddy pulak dok berlari ke sana sini macam tak keruan. Aku macam dah syak dah dia nak beranak. Tapi dia diam je tak mengiau pun. Biasanya kucing nak beranak dia akan mengiau kan? Ni dia diam je. Tapi bila dia dok hidu2 bawah rak tempat dia selalu tido aku confirm dah dia nak beranak. Pastu dia kais-kais macam nak berak. Then dia terus baring kat situ. Satu lagi dia dok masuk bilik stor and dok bawah almari. Bella jarang-jarang buat perangai macam tu. Doddy je selalu macam tu. Then aku cakap kat laki aku 'yang, i rasa Bella nak beranak la'. Laki aku macam tak percaya so dia dok follow je Bella sampailah Bella masuk lam almari baju aku. 


Bella sedang menahan sakit.

Masa mula-mula aku memang tak berani nak tengok. Tapi laki aku terjerit-jerit dok panggil aku, aku pun rasa excited la nak tengok. Dan akhirnya ;

Bella first baby!

We named it LUCKY. Why lucky? Sebab masa dia baru keluar tu, Bella wat bodoh je. Tak jilat langsung anak dia. So sarung selaput dia tu belum terbukak. Hampir-hampir nak mati jugak anak dia. Kitaorg memang biar je saja nak tengok dia pandai ke tak. Tapi dia buat tak tau je macam tak reti nak buat apa. Then laki aku la dok koyakkan sarung tu tapi still tak gerak-gerak. Ingatkan dah mati. Lepas tu dalam tiga minit baru la Lucky ni tarik nafas panjang macam baru dapat nyawa. He was born at 3.19 pm.

5 minutes later kuar lagi sekor anak Bella. Kaler oren + putih. Kali ni Bella dah pandai dah. Kuar je anak dia, terus dia bersihkan. Lepas tu dia terus makan uri anak dia. Then 46 minutes later kuar lagi sekor kaler oren. Comel gile! 

Bella kepenatan selepas dah kuar tiga ekor kitten. 

Ingatkan lepas tiga ekor dah abes dah. Tapi sejam lepas tu kuar lagi sekor. Kali ni aku sempat rakam. Herry & Qaren yang kebetulan datang rumah pun sempat tengok Bella deliver anak dia yang keempat. 




Aku syak macam ada lagi ni yang kuar. Tunggu punya tunggu 20 minit kemudian keluar lagi sekor kaler hitam cam Doddy tapi muka dia ada putih sket macam pakai topeng. Kitaorang namakan dia Zorro. Tak syak lagi la ini semua anak Doddy. Hehehe. 

So total semua anak Bella 5 ekor.



Meh aku kenalkan sekor-sekor. 

2nd Baby. Name : FABBY. Born on 19 Februari 2011 at 3:24 pm
(nama Fabby ni member aku Aril yang bagi. Dia dah cop nak yang ni)

3rd Baby. Name : OREN. Born on 19 Februari 2011 at 4.00 pm


4th Baby. Belum ada nama lagi. Plan nak bagi nama CHIBBY.
Born 19 Februari 2011 at 5:06 pm

Last Baby. Name : ZORRO (nampak tak muka dia macam pakai mask)
Born on 19 February 2011 at 5:28 pm


Kenapa 4 ekor je yang ada? Ok ni cerita sedih yang aku nak habaq ni. Nasib aku baik sebab Bella beranak sebelum aku pergi Sabah. At least dapatlah tengok-tengok kan masa dia beranak tu kan. So boleh la senang hati pergi Sabah. Nanti mintak mak/adik aku datang tengok kat rumah time aku takde. Tapi malangnya balik je dari Sabah aku tengok anak Bella tinggal 4 ekoq je. Sekoq lagi dah hilang. Puas aku cari tak jumpa. Nak kata dia jatuh ke macam tak logik sebab aku letak dalam kotak. Bella tak mungkin akan angkat anak dia sebab aku dha tengok dah dia tak reti nak gonggong nak dia pun. Satu kemungkinan je. Samada Doddy/Bella dah makan anak dia. Orang kata kucing ni kalau anak dia 3 kaler memang dia akan makan. Tapi takde pulak tanda-tanda kesan kejadian horro tu. Rumah aku bersih je. Entahlah. Susah nak cakap sebab tak nampak. Tapi rasa terkilan sangat-sangat sampai sekarang. Mood happy balik dari Sabah terus hilang macam tu je. Haih.

Adik aku cakap ada kemungkinan Doddy yang makan. Lepas tu Doddy rasa bersalah terus buat keputusan suicide dengan cara terjun bangunan sebab masa aku balik Doddy pun hilang. Cari-cari jumpa kat bawah dengan kaki dah tempang. Jatuh lagi dari apartment rumah aku. Kali ni keadaan dia teruk jugak la. Kaki dia tak boleh jalan betul-betul. Macam terseliuh / patah. Nak bawak dia klinik laki aku cakap tak payah. Tunggu 2-3 hari lagi. Tapi, kesian sangat kat Doddy. Diam je dia  tak ceria langsung. Takde dah nak manja-manja dengan aku. Sorry Doddy & Bella. :-(

Friday, February 25, 2011

Banyak Cerita.

Baru balik dari trip ke Sabah. Penatnya. Bayangkan dua hari sebelum ke Sabah tu aku sibuk dengan macam-macam hal. Si Bella terberanak la, pastu sibuk uruskan birthday aku. Lom hilang penat dah terus fly ke Sabah. Penatnya tuhan je yang tau. Patutnya dah keje hari ni tapi siyes tak larat. Bangun tido je tadi dah kul 1 tengahari. Mmg sambung cuti la jawabnya.

Banyak sangat nak update nie. Ada cerita happy dan tak happy. Happy dengan kelahiran anak-anak Bella & trip to Sabah. Tapi balik rumah je ada berita tak happy. Sedih lagi sampai sekarang  :-(   Hmm nanti lah aku update satu-satu. Nak amek mood dan hilangkan penat dulu. Daa....

Monday, February 14, 2011

My Sister Wedding.

Pelamin.


Hantaran.


Pengantin Room


Meja Makan Beradap


Doorgift

Ok, nak cerita sket pasal doorgift ni. Boleh tak masa aku ngah sibuk-sibuk siapkan doorgift ni boleh pulak  SELUAR AKU KOYAK. Besar siot!!! Jahanam sungguh.


Masa ni la kejadian hitam tu berlaku.

Masa ni aku cam dah terperasan bunyi 'prakk' suar koyak. Tapi bila aku check tang 'tuttt' tu takde pulak. Aku pun wat tak tau je la. Meneruskan kerja aku dengan penuh perasaan. Siap lalu lalang pegi dapur pe sume. Rupanya seluar tu koyak belah belakang. Haram betol. Tah berapa lama aku dok usung suar koyak tu aku tak tau la. Free-free aje diorang tgk bontot aku. Arghhhhhhhhhhhhhh, malu siot!!! Diorang pun satu tak nak tegur. Segan nak tegur kot. Pastu adik aku yang nampak suar aku koyak. Terus dia tegur,' 'weh angah, suar ko koyak  bodo'. Sekali aku tengok, masyaallah!! Dah la org ramai kat situ. Nak cover buat-buat la gelak. Huhuhu. Sadis sungguh nasibku. Sampai begitu sekali aku dimalukan. Hina betol rasanya. -____-


Okey cukup pasal cerita hitam tu. Sambung cerita pasal wedding adik aku pulak. 



Ni la rupa adik aku yang kawen hari tu. Yang no. 3. Nama dia Zakiyah. Panggil bibik je huahahahaha. (weh kening ko dah macam fauziah gous dalam cerita sifu n tongga). Mwahahaahha. ok ok aku letak gambar elok sket.


The Bride!
(masih serupa..hihihi)


The Groom.
(Sebelah pengantin lelaki tu abang dia. Masih single you!!)



The Bride & Groom after their akad nikah.
(dua kali lafaz baru sah - sama cam laki aku. hehe)


Groom Side.


Bride Side.
Asik-asik baju kaler maroon.
 Raya maroon, aku kawen marron, adik aku kawen pun marron gak.
Ni la padahnya kalau baju tak nak tempah awal-awal.

Percubaan membuat lambaian Usop Hantu Kak Limah Balik Rumah.




Ok cukuplah update pasal kenduri kawen kau. Over tau gambar kau banyak-banyak dalam blog aku. (Tu la, soh wat blog tak nak). The rest of picture will upload to my FB.

Congrats to Noor Zakiyah & Nik Khairail Afzan.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.




Hmmm masing-masing dah kawen. Tinggal la anak dara 4 orang ni;


Erkkk, ye la ye la... yang hujung belah kanan tu dah hilang dara T__T


Bulan depan rombongan ke Kelantan pulak!
Nak jumpa Khairul Fahmi.
Ada sape-sape nak ikut?


Wednesday, February 9, 2011

Tak Lama Lagi Saya Nak Dapat Baby. ^_^

Tapi, bukan baby saya la. Baby dia nie;



Kenapa aku yang kawen dulu tapi kau pulak yang pregnant dulu?? Ciss, tak puas hati sungguh.

Actually masa mula-mula rasa cam tak percaya je si Bella ni pregnant. Tah bila masa si Doddy tu romen si Bella ni pun aku tak tau. Dah la diorang ni adik beradik. Sumbang mahram betol. Kadang-kadang aku musykil la, betul ke si Doddy yang romen Bella ni. Ke si Bella ni ada hubungan sulit di luar. Time aku gi kerja dia bawak kucing jantan masuk umah. Hihihi. Macam tak mungkin je kan. Dah la umah aku kat tgkat 2. Pintu semua berkunci time aku takde. Hmm memang sah la anak si Doddy ni. Yang aku geram tu, Doddy ni boleh buat bodoh je cam tak bersalah. Dah la tak matang lagi. Banyak perangai. Tak reti dok diam. Tau-tau je dah nak jadi bapak. ^_^

Tak sabar nak tengok anak-anak Bella. Kucing biasanya pregnant berapa bulan ar??

Doddy yang itam dan demok!!

Tuesday, February 8, 2011

Birthday Wishlist.

Since my birthday is coming, i intend to list out my birthday wishlist so that my family (especially my husband) and friend would get the hints! Hohoho. So korang tak payah la pening-pening kepala nak bagi hadiah kat aku kan. 

So here is my birthday wishlist; (^___^)



Panasonic Lumix GF 2


Reebok Easytone


Poster London Ikea 


Vintage Suitcase



Eiffel Tower Miniature | Eiffel Tower Necklace


Black Wedges


Shawl 
(pic kredit to sugarscarf.blogspot.com)


Note Book

Ok itu saja buat masa ni. 


Tuesday, February 1, 2011

Yahoo, its February!! ♥♥



Wohoo! Saya sangat teruja bila datangnya February. Ada orang cakap February is a month of LOVE. Well, its true for those yang celebrate Valentine's Day. For me, memang tak sambut la. Kata sambut Valentine's Day itu haram kan. Hehehe.

But it still a month of love for me sebab my birthday is on 21st February. Kali ni lagi best sebab my anniversary pun on February jugak. Kata jumpa laki aku masa celebrate birthday tahun lepas. ^_^. Haruslah tahun ni kemeriahan berganda-ganda. Hadiah pun kena mintak double kat laki aku ni. Huhuhu.

Bulan ni jugak bulan yang paling banyak cuti. Cuti Hari Wilayah, Chinese New Year, Maulidur Rasul, pastu adik aku nak kawen lagi bulan ni dan yang paling best bulan ni nak pergi holiday kat Sabah. Wohooo! Sangat-sangat tak sabar. Lagi-lagi bila tengok gambar Kak Hidd yang baru balik dari Sabah. Siyes nampak cambest. Terus mood Holiday turn ON. Hahaha. 

See, jadual saya sangat padat pada bulan February ni. Dah la bulan February ni bulan yang pendek. De 28 hari je. Harap-harap semua yang dirancang berjalan lancar. Wish me luck ok!


Happy February uolss!!!! 

Kenapa bila masuk je bulan February, jiwa rasa cam sentimental jer. Korang rasa tak mcm yang aku rasa?