Thursday, March 31, 2011

LV, Chanel, Tag Heuer, Chopard, Bulgari?? Tak guna pakai jenama mahal tapi sebut pun tak betul.

So hari ni kita belajar cara menyebut perkataan/jenama mahal-mahal ittew dengan betul yer kengkawan. Entry kali ni dinamakan entry Datin Wannabe. Hehehe.

Sila take note, catat dalam buku, hafal dan berlatih menyebut setiap hari supaya tidak diketawakan oleh orang lain.

FASHION
Louis Vuitton  pronounced as loo-ee,  vee-tawn
Chanel pronounced as SHAH-nell
Chopard pronounced as show-par
Bulgari pronounced as bull-gery
TAG HEUER pronounced as tag-HOR-yur
Piaget pronounced as pee-ah-zhay
Yves Saint Laurent pronounced as eev, saint, luh-RAW(NG)
Lancome pronounced lahn-kuum

AUTOMOBILES
Chevrolet pronounced as shehv-ruh-LAY
Peugeot pronounced as poo-ZHO 
(sebelum ni aku sebut pigot je. hahahha...sila tikam aku sekarang)
Renault pronunced as reh-no
Chrysler pronounced as KRICE-lur
Lacoste pronounced as lah-KAHST

Ok, itu aja buat masa ni.

Banyak rupanya perkataan yang aku main sebut je. Confident lak tu.
Hish, memalukan sungguh. Lepas ni kalau tak tau diam je. Diam!
Takpun cakap je tak tau sebut. Jangan berlagak pandai tapi hampeh.

Korang kalau nak belajar sebutan boleh la pergi ke website ini; INOGOLO.COM
Ada audio untuk sebutan yang betul.


Malu bertanya sesat jalan,
Rajin menggoogle cepat lah pandai.
*tetiba.

Rindu Nak Balik Muar.

Dah lama rasanya tak balik Muar.

Rindu nak makan mee bandung & air jagung best kat bus stand lama.
Rindu nak makan asam pedas terbaik kat Parit Jawa.
Rindu nak lepak-lepak kat Tanjung Mas, Muar.
Rindu nak pergi Wetex Parade.
Rindu nak lalu Jambatan Muar.
Rindu nak pegi sekolah lama. Sekolah Menengah Pei Hwa, Sungai Mati.
Rindu dengan suasana Kg. Bukit Kangkar, Sungai Mati.
Rindu dengan kawan-kawan lama.
Rindu! Rindu! Rindu!


Serius, dah lama aku tak habiskan masa melepak-lepak kat sana.
Kalau dulu tiap-tiap minggu balik kampung.
Walaupun takde apa pun kat Muar tu tapi aku tetap suka balik sana.
Rasa cam best je.

Now takde alasan nak balik sana.
Family aku pun sume de kat sini.

Arghh, rindunya!


Yang, jom balik Muar!

Qada' Puasa & Pengiraan Bayaran Fidyah.

Fidyah dan Qadha' puasa dikenakan pada mereka yang melambatkan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan yang lain. Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 )
Jika di tidak melakukan puasa dan meringan2kan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara.
Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.
Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.
Orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.
Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah :
Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).
Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.


Hari ni aku tetiba tergerak hati nak check fidyah yang aku kena bayar untuk puasa-puasa yang telah aku tinggalkan dengan sengaja dan masih belum diganti sehingga ke hari ini. 

Rasanya banyak lagi puasa-puasa aku yang belum diganti. Aku start period umur 12 tahun iaitu tahun 1996. Sekarang ni dah tahun 2011. Maknanya dah 15 tahun. Katalah setahun aku tinggal 10 hari. 15 tahun darab dengan 10 hari = 150 hari. Itu puasa yang WAJIB aku ganti. Puasa memang tak naik bilangan hari. Tapi fidyah akan naik kalau kita tak ganti sampai datang Ramadhan yang seterusnya.

Setelah aku check di website ZAKAT.COM.MY, ini dia fidyah yang perlu aku bayar untuk puasa yang telah aku tinggal tu.

*pengiraan berdasarkan kadar fidyah RM 1.80 sehari.

Tahun 1996 x 10 hari = RM 252 / 140 cupak beras.
Tahun 1997 x 10 hari = RM 234 / 130 cupak beras.
Tahun 1998 x 10 hari = RM 216 / 120 cupak beras.
Tahun 1999 x 10 hari = RM 198 / 110 cupak beras.
Tahun 2000 x 10 hari = RM 180 / 100 cupak beras.
Tahun 2001 x 10 hari = RM 162 /   90 cupak beras.
Tahun 2002 x 10 hari = RM 144 /   80 cupak beras.
Tahun 2003 x 10 hari = RM 126 /   70 cupak beras.
Tahun 2004 x 10 hari = RM 108 /   60 cupak beras.
Tahun 2005 x 10 hari = RM   90 /   50 cupak beras.
Tahun 2006 x 10 hari = RM   72 /   40 cupak beras.
Tahun 2007 x 10 hari = RM   54 /   30 cupak beras.
Tahun 2008 x 10 hari = RM   36 /   20 cupak beras.
Tahun 2009 x 10 hari = RM   18 /   10 cupak beras.


Jumlah fidyah yang perlu aku bayar ialah RM 1890 atau 1050 cupak beras.

Itupun kalau aku berjaya mengganti kesemua puasa aku sebanyak 150 hari dalam tahun ini juga sebelum menjelangnya Ramadhan. Kalau tak, jumlah bayaran fidyah tu akan naik lagi.

Itu lah, dah tua-tua nak mampus baru datang kesedaran kan. Kan bagus kalau tiap-tiap tahun aku ganti puasa tu. Bukan banyak pun, 10 hari je dalam setahun. Setahun ada 365 hari, tapi sehari pun aku tak boleh nak ganti. Bayangkan dalam masa 15 tahun yang aku tak ganti puasa tu tuhan cabut nyawa aku?? Hmm.

Sementara ada nyawa di badan dan diberi kesempatan ni, marilah kita sama-sama mengganti puasa. (untuk siapa-siapa yang selalu tak ganti puasa macam aku la). Yang ganti tiap-tiap tahun tu, Alhamdulilah.

Tapi, kalau aku puasa setiap hari mulai hari ni pun, rasanya tak dapat nak ganti kesemua puasa 150 hari tu sebelum puasa akan datang ni. Takpe lah slow-slow. Yang penting GANTI.

Insyaallah aku akan cuba juga ganti puasa aku tu dan bayar fidyah dalam tempoh dua tahun ni.


*Ini baru puasa. Belum bab solat lagi. Takut kan bila fikir dosa-dosa yang kita dah buat selama ni.

Wednesday, March 30, 2011

Nuffnang.

Semalam tiba-tiba status Nuffnang aku bertukar dari Glitterati kepada Ordinary.

Huh, apa kes? Tiba-tiba je bertukar status ni, tak boleh jadi. Nak kata aku berpaling tadah takde la pulak. Cepat-cepat hantar email kat nuffnang tanya  kenapa status aku bertukar. yang bagusnya tak sampai sehari nuffnang dah reply email aku dan status aku kembali semula kepada Glitterati.

Walaupun duit nuffnang aku ada RM 8.67 je sepanjang aku berblogging ni, itu tak penting. Yang penting status hokey. Samalah macam ada title Dato' tapi takde duit. Hehehe.

Macam mana diorang berblogging dapat income sampai ribu riban ar??

Realiti Perkahwinan.




Jangan mengharapkan yang indah-indah je pada perkahwinan anda. Yang paling penting kena terima keburukan dan kebaikan pasangan kita. Contoh keburukan adalah seperti di atas. 

Sayang, sila ambil pengajaran.
 Sekali lagi u sepah-sepah macam ni, i letak underwear/boxer tu dalam sangkar Doddy.


^_^

Tuesday, March 29, 2011

Kisah Di Senja Hari.

Di suatu senja yang permai. Sepasang suami isteri kusyuk melakukan aktiviti kegemaran masing-masing;

SUAMI - dok mengadap game bola sampai nak pecah TV.

ISTERI - dok mengadap laptop sampai lebam.

Tiba-tiba si isteri bersuara;

"Yang, u dah dengar tak caller ringtone terbaru i? I tujukan lagu tu khas buat u tau."
(muka bersinar-sinar)

"Dah"

"Best kan lagu tu.."

"Entah la, i tak tau la lagu ape."

??????


Ok fine, bukan salah laki aku.
Lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih tu yang tak femes.


(lepas ni tak nak dah tuju-tuju lagu kat dia)
muka ketat.

Monday, March 28, 2011

Meraung.

Tajuk takde kena mengena dengan cerita pagi tadi. 

Saje je nak share lagu favourite aku kalau pergi karaoke. 

Nak tau lagu apa? Hehehehehehehehe.

Nah, amek ni.




Hohoho, percaya tak ni lagu feveret aku?
Sila lah percaya sebab aku memang jiwang dan aku peminat tegar New Boyz.
(once upon a time la)

Ala, tak yah nak tipu la korang tak minat New Boyz dulu-dulu.
Tah-tah korang la salah sorang yang berebut-rebut siap nangis bagai nak mintak sign Tomok.
Hihihi.

Tapi siyes la lagu ni memang tahap leleh punya.
Kalau ngah frust tu layan lagu ni, perghh!!! Memang boleh meraung.

Paling rasa nak nangis tahap leleh air mata air hidung masa part last lagu tu.

Aa.....aa...aaa... meraung di jiwa
Apalah daya kiranya orang dah benci...


Aaaa....aaaa....aaa meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci dirimu sayang....

Huhuhu.

Ok la, nak feeling-feeling jap nie.

Bai.


p/s : cerita pagi tadi dah setel. aku dah call pun si polan tu.
tapi malas ah nak share kat sini. 

Sunday, March 27, 2011

Ahad.

Seronok juga bangun pagi-pagi di hujung minggu ni.
Tapi dari tadi aku dok bukak tutup laptop, bukak tutup TV.
Tak tau nak buat apa.

Tiba-tiba rasa kosong .... 

dan

RINDU.

(Suami saya ada kursus sepanjang hari)

Saya akan jadi isteri yang bosan sepanjang hari.
Huwaaaa!


Ok, sekejap AKU sekejap SAYA.

Kekeliruan identiti rupanya.

Hai, ini rupa saya di pagi ahad. ^_^
(saya menyokong earth hour. hihihi)

Thursday, March 24, 2011

Contest Cik Epal.

nurhidayah


Hari ni aku nak menjoinkan diri dalam contest Cik Epal ni. Jarang-jarang aku masuk contest ni tapi disebabkan hadiah nye yang hmmmmm....LAZAT! Maka, nafsu ini seperti tidak mampu menahannya lagi. Hadiah best tu woo.

Tempat Pertama : Menternak lemak bersama Cik Epal di KENNY ROGERS
Tempat Kedua : Menternak lemak bersama Cik Epal di IKEA
Tempat Ketiga : Menternak lemak bersama Cik Epal di KFC
3 Hadiah Saguhati : Menternak lemak bersama Cik Epal di BIG APPLE.

Nampak tak?? Nampak tak semuanya berkaitan makanan?? Kata sekarang aku ngah berusaha nak mengumpul lemak untuk mendapatkan body yang mantap! Bosan dah dengar orang asik kutuk kata aku kurus sangat. Tunggu la nanti body aku macam Nicol David. Huh!

Contest ni senang je. Gambar hitam putih. Dan gambar yang aku pilih untuk contest ini ialah;



"Saya membaca blog Cik Epal kerana blog Cik Epal best. Banyak entry menternak lemak, banyak gambar-gambar best dan semestinya Cik Epal seorang yang stylo dan kadang-kadang kelakar jugak. Hehehe"


Ok itu je cara nak menang. Senangnye!!! Korang pun boleh join. Dan sekarang aku nak tag kawan-kawan aku supaya join jugak contest ini. Insan terpilih kali ini ialah;


Good nite everyone!

Wednesday, March 23, 2011

Blogger Pilihan Cujen The Lejen.

Sebagai blogger korang pun mesti ade blogger feveret kan? Hari ni Puan Cujen nak cerita la pasal blogger-blogger kegemaran Puan Cujen. Feveret sangat sampai kalau dia update laju-laju je nak baca. Actually banyak sangat sebenarnya blogger feveret aku. Kalau nak listkan memang tak muat page nie. Tapi aku suka jadi silent reader je. Suka baca tapi paling malas bagi komen. Hehehe boleh tak camtu? Tu pasal la blog aku pun tak ramai orang komen. Ala blog Hanis Zalikha yang femes yang follower sampai 20k tu pun komen dia dalam 200++ je. So kalau blog aku setakat follower ciput tak sampai seratus, ade 10 komen pun dah cukup baik. 

Blog-blog yang menjadi pilihan aku semestinya blog yang ada unsur-unsur lawak yang boleh buat aku ketawa macam orang kena sawan, blog-blog fashionita (boleh stalk gambar-gambar pompuan cantik dan style2 terbaru) or blog2 yang emo-emo pun aku suka jugak. Masa mula-mula blogging dulu aku suka baca blog MAK ANDEH, NIZAM ZAKARIA & ada la beberapa lagi blog. Dah lama dah, tak ingat pun. Blog diorang pun tak wujud lagi. Lepas tu aku suka baca BLOG ANAK MAT NOR & BLOG BUDAK YANG JAHAT. Ini blog aku jamin kalau korang bace, korang akan gelak sampai hilang akal. Confirm. Tapi sayangnya diorang pun dah lama tak update. 

Sekarang ni aku nak listkan blog-blog yang masih lagi aktif dan menjadi pojaan hatiku. Aku listkan random je la eh. 
Sape yang tak suka baca Hanis Zalikha? Dan sape blogger yang tak kenal Hanis Zalikha? Dia ni antara blogger wajib yang blogger-blogger lain akan letak di blogroll mereka. Kenapa aku suka baca blog dia? Sebab dia sempoi, cantik, kelakar dan kadang-kadang dia post citer pasal kucing. 
Ni memang feveret aku. Terjumpa blog dia melalui adik aku. Masa tu kitaorang ngah cari apa tah. Something berkaitan dengan Jepun rasanya. So secara tak sengaja jumpa blog dia ni. Terus follow. Sebabnya dia belajar kat Jepun. Hahaha. Apa kaitan belajar kat Jepun dan memfollow blog dia? Aku memang obses dengan Jepun. Obses sangat-sangat. Tapi tak bepeluang nak jejakkan kaki ke sana apatah lagi nak dok sana 5 tahun macam Mummy Dart ni. Aku follow blog dia since dia bujang lagi, sampai lah dia kawen dah ada anak pun. Aku rasa life dia sangat best and she's blessed. Dia pun sangat sempoi dan stylo! Muka dia pun dah cam awek Jepun dah. Pendek kata i love everything about her!
Ni pun feveret aku jugak. Mula-mula tak perasan pun dia ni senior aku masa kat Poli. Lepas tertengok gambar baru perasan. Memang kenal la sangat. Tapi dia tak kenal aku. Aku rasa dia pun macam Mummy Dart jugak. Punya life yang sangat intresting. Suka cara penulisan dia dan gambar-gambar dia yang best-best. Oh ya, dia juga punya anak lelaki yang SANGAT COMEL, Umar Arjuna.
Ni salah satu blog yang bila aku terbaca satu entry dia, terus buat aku rasa nak baca semua entry dia start dari dia tulis blog. I did it. Hahaha. Gila betul. Aku pun tak tau kenapa tapi aku suka gila baca blog dia. Macam ada sesuatu yang menarik2 aku tuk bace keseluruhan blog dia. Weh, ubat senyonyong apa kau letak kat blog ko ar? Haha. Satu lagi, aku paling rajin komen kat blog dia.
Sape tak kenal diorang ni?? Famous kot. Diorang ni antara blogger jujur pada aku. Jujur tu maksudnya bukan jujur kat aku la. Diorang kenal aku pun tak kot. Tapi cara penulisan diorang tu jujur dan tulen. Kenapa aku letak nama diorang sekali kat sini? Sebabnya dulu-dulu aku sealu konpius dengan dua orang ini. Tak tau kenapa, tapi rasanya diorang macam banyak persamaan la. Paling suka baca blog pasal wedding diorang.
Ni blog kawan aku. Sama-sama belajar kat poli. satu kelas. Tak sangka dia ni berbakat dalam penulisan. Tak caya? Pergi usha blog dia. Ayat-ayat dia, perghh! Mantap ok. Kalau tak, takkan la sampai ada orang sanggup copy bulat-bulat blog dia pastu mengaku sendiri punya. Hehe. Ain, aku rasa ko patut cuba tulis novel la.


MARIA ELENA
Blog ni baru-baru je jumpa. Pertama kali baca terus suka, terus follow. She's got her own style yang sangat-sangat sempoi. Dia memang selamba gile and she's too beautiful too. Dia suka buat video. And trust me video dia sume superb! Funny. Dan banyak tutorial hijab jugak. Sila follow blog dia sekarang.
Awek comel bakal doktor ni sape tak kenal kan? Memang famous la dia ni. Tapi kan masa mula-mula aku bace blog dia aku rasa cam hmm...takde apa pun yang best. Masa tu pun dia tak famous lagi. Tapi, makin lama makin suka pulak. Sebabnya dia sangat stylo, comel dan kadang-kadang kelakar jugak. Aku banyak stalk style dia dressing. Orang cantik pakai apa pun cantik je. Cuba aku yang pakai?? Hmmmm.



Eh, apa ni. Semua blog perempuan je? Ish, takkan la takde blog lelaki kan? Mestilah ada. I'm not lesbo ok yang asyik nak stalk perempuan-perempuan cantik je. Hahahha.

So, here's the list blogger lelaki pilihan Cujen The Lejen
Tengok tajuk blog pun dah boleh buat aku gelak. Baca blog dia lagi lah. Ni pun dah lama jugak follow. Nasib baik dia masih aktif lagi kalau tak aku dah kehabisan blog-blog yang kelakar untuk dilayan. Korang kena baca blog dia. Sumpah kelakar.
Orang muo. Dah tentulah jawa. Nama blog pun jowopinter. Aku banyak belajar bahasa jawa dari blog dia. Dan satu yang buat aku suka sangat. Setipa kali dia balik muo, dia akan update dalam entry dia siap ngan gambar-ganbar sekali. Terubat jugak la rindu aku kat bando muo tu. Huhuhu.
Jumpa blog dia through blog Dart. Kan aku dah kata aku memang obses dengan Jepun. Tak dapat dok sana, dapat stalk blog orang yang dok sana pun ok. Dapat jugak rasa pengalaman kan. Blog dia ni jugak penuh dengan gambar-gambar menarik. Dengar cerita nak balik Malaysia dah minggu depan. Nak mintak souveneir dari Jepun boleh?? Hehehe. Tak memasal nak mintak-mintak, bukan dia kenal aku pon.



Ok itu je yang dapat aku listkan buat masa ni. Actually banyak lagi sebenarnya.Yang mana aku follow, aku letak kat blogroll tu sume feveret aku la tu. So, guys kalau ada masa jengok-jengok la blog mereka. (tapi rasanya diorang ni sume dah famous, korang mesti dah tau kan??)

Tapi kan, blog yang satu ni mesti korang tak pernah tau. Ni aku share sket. Sila baca blog ini. Agak kelakar jugak. ^_^


Ni protege aku. Dia banyak dapat ilham dari blog aku. Tak caya? Sila lawat blog dia sekarang. Hihihi. 

Ni sebenarnya blog adik aku yang baru Tingkatan 1 tu. Budak-budak sekarang ni advanced betul. Aku tak ajar pun dia pasal blog. Dia buat sendiri je. Blog budak-budak remaja . Kadang-kadang baca buat aku gelak sorang-sorang je. Haih.

Lawak dowh. Tak bley blah. Hahaha.

Tuesday, March 22, 2011

Ada Orang Cakap Kalau Kita Bela Kucing Nanti Susah Nak Dapat Anak.

Betul ke?

Apa eh kaitan kucing dengan susah nak dapat anak? Bila dah 5 bulan aku kawen tapi tak mengandung lagi, ada mulut-mulut yang cakap 'haa, kan dah cakap kalau bela kucing susah nak mengandung'. 'Bulu kucing tu penyebab macam-macam penyakit'. 'Bulu kucing tu najis tau'.


Merong Mahawangsa & Bella.
Nama asal Merong ialah Oren.
Telah ditukar sejak menonton filem HMM.
Supaya dia jadi gagah macam Merong.
Masa ni umur Merong baru 3 minggu.


I'm a cat lover. Serius. Hati aku tenang je kalau tengok kucing. Bagi lah mood apa pun yang datang, ribut taufan, puting beliung, tapi bila aku tengok je kucing atau gambar-gambar kucing serta merta mood aku jadi ok. Tapi bila banyak orang cakap macam ni aku jadi macam serba salah pulak. Biasalah manusia ni mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang kita tak tau lagi kebenarannya.

Hisap tetek beramai-ramai.

Atas semangat kecintaan aku yang tinggi terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni, gigih la aku mengoogle maklumat-maklumat berkaitan kucing ni.

Current research has demonstrated that pets in general can provide many physical and psychological benefits. Cats decrease blood pressure and can even lower cholesterol. They can also reduce the mortality rate related to heart disease. Cat ownership can lead to fewer office visits to the doctor and a significant reduction in minor health problems. 
Cats can also provide emotional support from time to time when it is most needed. People who suffer from diseases can feel alone and a cat can decrease these feelings by creating intimacy with its owner. They provide unconditional love to their owner and other members of the family. If you think about it, a cat never gets mad at you or holds a grudge. A cat never talks behind your back and is physically and emotionally unable to hurt your feelings. This is why many people become so close to their cats and have such a hard time when their pet dies. They have nothing but good memories of their kitty. 
It has been said that cats know when their owner is sick. Many people have noticed that when they have a cold or are stuck in bed with some kind of illness, their cat is right there snuggled up in bed or on the couch with them. They have also been known to be able to detect when their owner is emotionally upset.

Ini pula dari http://www.sixwise.com/newsletters/05/12/07/how-can-having-pets-improve-your-health-let-us-count-the-ways.html
According to the Centers for Disease Control and Prevention (CDC), having a pet can decrease your:
Blood pressure
Cholesterol levels
Triglyceride levels
Feelings of loneliness 
Furthermore, kids who have a cat or dog in the home during their first years of life are less likely to develop hay fever, asthma and animal-related allergies than those who don't. This is because they have developed their body immune system from having pets at home 
Research presented at the 10th International Conference on Human Animal Interaction in October 2004 found that pet owners simply experience better health than non pet-owners. The survey of more than 11,000 Australians, Chinese and Germans found that over a five-year period: 
Pet owners made 15-20 percent fewer annual visits to the doctor than non pet-owners.
Those who went to the doctor the least were those who continuously owned a pet.
The next healthiest group was people who got a pet during the study.

Ini pula mengenai bulu kucing. Dipetik dari ; http://soaljawab.wordpress.com/2009/02/08/bulu-haiwan-najiskah/
SOALAN:
sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan, iaitu mengenai bulu. adakah bulu kucing bulu unta serta bulu binatang2 lain dikira sebagai najis? dan adakah perlu kepada kita untuk memperbaharui wuduk apabila tersentuh bulu yg telah terpisah daripada badan kucing tersebut?? adakah ia dikira sebagai bangkai?
sekian terimakasih. kalau boleh ustaz sertakan dengan dalil skali.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam
Masalah bulu binatang ini ada dibincangkan oleh para ulama. Kalau bulu haiwan bangkai(sama ada haiwan yang tidak disembelih atau haiwan yang tidak boleh dimakan selain anjing dan babi), ada perselisihan pendapat ulama berkenaannya.
Berbalik soalan anda, ada dua kategori, bulu kucing dan bulu anjing. Jika bulu unta, ia adalah suci sebagaimana ijmak yang dinukilkan oleh al-Nawawi. 
Kata al-Nawawi (al-Majmuk 1/241) :
“Apabila dicabut bulu atau suf (bulu untuk biri2) atau wabar (bulu utk lembu) dari haiwan yang boleh dimakan, maka ia suci berdasarkan nas al-Qur’an dan ijmak Ummah”.
Manakala masalah bulu kucing, ini ada khilaf di sisi ulama.
Di sisi mazhab Syafie ia adalah najis. Ini juga adalah pendapat Ata’’. 
Di sisi Malik, Ahmad, Ishaq dan al-Muzani, mereka membezakan antara tulang, tanduk, gigi, kuku dan antara bulu (sama ada bulu spt burung, kambing dll). Mereka mengatakan tulang atau tanduk najis, manakala bulu adalah suci.
Ada pendapat dari Malik, Abu Hanifah dan Ahmad semuanya adalah suci yakni bulu dan tulang.
(Sila rujuk al-Majmuk li al-Nawawi 1/236) 
Pendapat yang lebih dicenderungi kebanyakan ulama ia adalah suci. Ibn Qudamah berpendapat jika haiwan itu najis maka bulunya najis, sebaliknya jika suci maka bulunya juga suci.
Berkata Ibn Qudamah : “Dan setiap haiwan, maka bulunya seperti baki bahagiannya yang lain, apa yang suci maka bulunya turut suci, dan apa yang najis maka bulunya juga begitu (najis). Tiada beza antara ketika hidup atau mati”. (al-Mughni 1/97). 
Hujah pendapat yang mengatakan bulu adalah suci (al-Nahl : 80) :
MAKSUDNYA : “dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas Rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”. 
Bahkan menurut Ibn Taimiah, semua bulu adalah suci.
Kata beliau dalam Majmuk al-Fatawa (5/51) : “Dan pendapat yang rajih ialah suci semua bulu : anjing dan babi dan selain keduanya. Berbeza pula air liur. Maka berdasarkan ini, jika bulu anjing lembap dan terkena baju seseorang, maka tidak ada apa-apa ke atasnya. Sebagaimana pendapat jumhur fuqaha’ Abi Hanifah, Malik dan Ahmad dalam salah satu riwayat nya. Hal ini kerana al-asl (asal) dalam benda-benda ialah suci, maka tidak harus menajiskan sesuatu atau mengharamkannya kecuali dengan dalil sepertimana firman Allah Taala (al-An’am 119) :
“padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa Yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa Yang kamu terpaksa memakannya?.”

Banyak lagi maklumat yang aku dapat tapi ni je yang aku nak share buat masa ni. Maklumat ni penting buat aku sebab kat rumah aku dah ada 6 ekor kucing. Bulu pun makin banyak la gugur. Dan kerja aku semakin bertambah la jawabnya. Tapi takpe, yang penting aku happy & enjoy.

Anak-anak Bella sekarang dah pandai jalan laju-laju tp belum tahap berlari lagi. Comel gila jalan terkedek-kedek. Dah pandai nak bergurau sekarang. Suka nak explore tempat-tempat baru. Pastu kalau dah penat, terus je tido tak kira kat mana-mana pun. Hahaha. Comel gile!

Fabby 

Zorro. Ikut suka dia je nak tido kat mana.

Chibby. Mulut dia paling bising sekali.


Ini video diorang bergurau. Sumpah comel!!
video


Ada banyak lagi video diorang yg comel-comel. Video Doddy bergurau dengan anak-anak dia pun ade. Tapi nanti la aku upload. Next entry k. 

Have a good day everyone!

Monday, March 21, 2011

Berkalung Noda.

Pagi ni aku tertarik dengan satu isu yang dibangkitkan kawan aku di status Facebook yang berbunyi begini;

Kenapa bila perempuan berumur kahwin/berpasangan dengan lelaki yang jauh lebih muda, perempuan itu dipandang rendah dan dikatakan tak sedar diri dan bila lelaki yang berumur kahwin/berpasangan dengan perempuan yang jauh lebih muda, perempuan juga yang dipandang rendah dikatakan mengikis harta lelaki. Kenapa?

Tapi bukan topik tu yang aku nak cerita. Status dia tu mengingatkan aku pada cerekarama TV3 dia minggu lepas. Drama bertajuk BERKALANG NODA. Lakonan Fasha Sandha dan Roy Azman. Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak tengok drama tu, meh sini aku cerita sikit sinopsis drama tu;

Mengisahkan Karina(Fasha Sandha) hidup dalam kemewahan tapi berasa sunyi kerana suaminya, Azrai(Roy Azman), jurutera eksplorasi petroleum dan gas, sering bertugas di luar Negara. Mereka dikurniakan dua anak, Yasmin dan Azmi, masing-masing berusia 7 dan 8 tahun yang dijaga pembantu rumah.  Sekalipun hidupnya dilimpahi kemewahan, Karina tetap berasa hidupnya kosong. Ketika itulah, dia sering bersosial dan akhirnya bertemu dengan Jay, lelaki playboy dan sudah beristeri untuk mengisi kekosongan hidupnya. Jay pula sebenarnya suka mengikis duit perempuan untuk menambat hati isterinya, Tina (Elyana). Hubungan Karina dengan Jay semakin hari semakin intim sampaikan Karina sanggup belikan kereta mewah untuk Jay dan sebuah rumah untuk mereka bersama. Karina pulak semakin hari jadi semakin pembengis dengan anak-anak dia dan pembantu rumah sampaikan dia sanggup halau pembantu rumah.  Satu hari Azrai dapat tau kecurangan Karina melalui anak-anak dia dan dia buat keputusan untuk mengintip aktiviti Karina dan Jay. Makan ternampak lah segala kecurangan Karina dan Jay. Azrai ni pun bawak la sekali pencegah maksiat serbu rumah Karina dan Jay duduk tu. Dan pada masa tu jugak, Azrai jatuhkan talak 3 pada Karina dan mengharamkan Karina untuk jumpa anak-anak dia.  Karina pulak kena masuk penjara sebab ditangkap khalwat dan takde sape nak jamin dia kot. Lepas keluar penjara, Karina pulang ke kampung tapi dia kena halau dengan adik dia. Bapak & mak Karina mati sebab tindakan Karina. Akhirnya Karina jadi gila dan merayau-rayau tak tentu arah sampailah dia mati kena langgar dengan kereta yang dipandu Jay.

Drama yang menarik tapi ada beberapa perkara yang juga menarik perhatian aku untuk memberi komen. Pertama, kenapa setiap kali bila isu  CURANG timbul, perempuan yang akan dipersalahkan? Aku sampai bertekak la dengan suami aku sebab drama ni. Aku tak puas hati kenapa drama ni tunjukkan pembalasan untuk perempuan sahaja?? Laki aku cakap, lelaki kalau curang pun takpe sebab dia boleh kawen empat?? Hey, apa kaitan lelaki boleh kawen empat dengan isu curang?? Bukan hukum berzina baik lelaki atau perempuan sama je ke? Dosa tetap dosa. Sepatutnya sama-sama dapat balasan. Soal lelaki boleh kawen empat itu isu lain ok! Tapi dalam drama ni, hanya tunjukkan balasan yang diterima oleh kaum perempuan. Sedangkan lelaki lepas macam tu je. Lagi sadis dalam drama tu Berkalang Noda ni lelaki yg sama-sama skandal dengan Karina tu pulak yang langgar dia. Akhirnya mati lah Karina dalam keadaan yang sungguh hina. Diskriminasi.

Kedua, adil kah suami Karina melafazkan sampai talak 3 dan mengharamkan Karina berjumpa anak-anaknya sedangkan suami Karina sepatutnya akui kesilapan sendiri yang menyebabkan terbukanya peluang Karina untuk berlaku curang. Ok, fine laki dia sibuk sebab Karina dan anak-anak jugak. Untuk kesenangan dan kemewahan keluarga. Tapi, adil ke lelaki tinggalkan isteri sampai berbulan-bulan lamanya. Nafkah zahir memang la terlebih cukup. How about nafkah batin isteri. Tinggal lama-lama memang la isteri akan rasa sunyi. Suami pun kena ingat, tanggungjawab suami bukan setakat bagi duit je. Kasih sayang, amek berat dan perhatian juga perlu diambil kira. Memang la itu bukan alasan untuk Karina berlaku curang tapi suami Karina juga bersalah dalam hal ni. Dia pun perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ni. Tapi apa yang dipaparkan dalam drama tersebut? Kononnya suami Karina adalah orang yang kesian yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Karina. Diskriminasi.

Ok, berbalik kepasa soalan kawan aku di atas tadi. Jawapan kepada soalan tu dah boleh nampak dah melalui drama tersebut. Kita kat Malaysia ni dah selalu disogokkan dengan dengan benda-benda macam ni. Kalau isteri curang, dah tentu isteri yang akan disalahkan. Kalau suami curang pun, isteri yang disalahkan sebab tak pandai jaga suami. Lelaki tua kawen dengan perempuan muda, perempuan jugak disalahkan kononnya nak mengikis lelaki atau perosak rumah tangga orang. Kalau perempuan berumur kawen lelaki muda pulak, perempuan jugak disalahkan kononnnya tak sedar diri. Kalau anak-anak jahat, kaum ibu jugak disalahkan sebab tak pandai jaga anak. Yer la, orang lelaki sibuk mencari rezekil Kononnya!!

Memang masyarakat kita dah sebati dengan mentaliti macam ni. Buat drama pun fokus pada kesalahan kaum perempuan. Bila dah selalu dimomokkan dengan benda-benda camni, lama-lama akan jadi sebati la. Nak cakap apa lagi kan?



Sunday, March 20, 2011

Hot Ballon Fiesta 2011






















Ok, jangan banyak tanya. Itu aje gambar yang ada. Aku miskin, takde duit nak beli kamera mahal. Harapkan kamera henpon je la. U know la Nokia punya kamera henpon cemana. Suck! Mood nak bergambar pun takde.

Di saat ini lah aku begitu mendambakan sebuah kamera baru.  Henpon canggih yang ada kamera pun best jugak. Dan korang. Yer, korang yang membaca blog aku ni boleh tolong aku merealisasikan impian aku tu. Siyes ni. Aku bukan main-main. Dengan pertolongan korang-korang, aku mungkin akan memenangi HTC Desire HD worth RM 2199. Wohoooo!! Cambest je kan. Benda ni senang je, pas korang tolong aku, korang pun ade kemungkinan untuk menang. Benda ni macam lucky draw je sebenarnya. Judges akan pilih seorang yang bertuah. Tapi korang akan lebih berpeluang kalau korang share benda ni dengan kawan-kawan korang. Ala benda senang je weh. Jom la join aku sekali. Sama-sama ade peluang nak menang. Kat bawah ni aku bagi sekali cara-cara nak menang. Kacang gila. Sambil korek hidung pun boleh buat.

Pic credit to YANA & SHERA

STEP 1
Clik SINI lepas tu REGISTER. Ala, tak payah susah-susah. Register pakai FB akaun je. Clik je kat icon F Login tu. Senangnye!!!



STEP 2
Lepas register, click kat iklan HTC tu. Rujuk gambar ye.



STEP 3
Lepas click akan kuar gambar seperti di bawah. Then click BUY yang ada tulis RM 0 tu.



STEP 4
Lepas tu akan kuar YOUR PURCHASE then click je kat PROCEED TO PAYMENT. Tak payah risau ape-ape. RM 0 je kot. Tak payah pape pun.



STEP 5
Then pihak dealmates email congratulation you are now in the running to win HTC Desire HD. Maknanya korang dah berjaya join lucky draw ni. Then tunggu je la sampai 22 Mac 2011 nanti. Kita tengok siapa yang bertuah.


Senang kan cara-caranya?? Aku dah cakap dah. So, apa lagi. Jom la join aku disamping korang doa-doa kan lah aku bertuah 22 Mac ini. Sekian.

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.

Ini review aku;
Lakonan Stephen Rahman memang mantap. Badan dia pun, hmmmm mantap!
Masa 1 jam 49 minit tu pada aku tak cukup untuk cerita epik macam ni. Jadi kelam kabut sikit. Tapi kalau lama sangat pun boleh buat orang boring jugak. Tapi at least tunjuk la sikit scene Embok dengan Merong bercinta. Ni tak, tau-tau je last tu Embok mengandungkan anak Merong. Scene Embok ngan Merong bercinta tak banyak. Yang banyak scene Putera Rom dengan Puteri China bercinta. 
Penggunaan basa melayu klasik buat aku susah nak paham. Nasib baik ade subtitle english. Tapi dah nama pun cerita epik melayu dulu kala. 
Pelilihan pelakon sesuai dengan watak masaing-masing terutama watak Merong, Putera Rom, Laksamana China dan Puteri China.
Ada jugak diselitkan beberapa scence berunsur komedi tapi macam tak berapa menjadi sebab takde orang gelak pun. Semua macam serius tengah tengok dokumentari sejarah.
Teknik CGI ok. Takde lah nampak kartun sangat. 

Itu je review yang mampu aku bagi. Aku memang failed bab bagi-bagi review ni. Tapi aku rasa tak rugi la tengok cerita ni. Untuk filem melayu, aku rasa agak bagus. Aku bagi 3.5/5.

Eh, ada satu lagi aku nak komen;
Lagu Anuar Zain Sedetik Lebih tu memang la best. Tapi entah kenapa aku rasa sangat tak sesuai dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni. Cerita ni pun bukan cerita cinta. Scene Embok dengan Merong bercinta pun takde la sangat tapi lagu macam la movie ni genre romatik habis. Hish, tak sesuai ok lagu tu.

Wednesday, March 16, 2011

Rahsia #1

Mak saya cakap kalau nak buat masakan jadi sedap, jangan lupa masukkan air lesung sikit dalam masakan. Lepas dah tumbuk bahan-bahan untuk memasak, jangan basuh dulu lesung tu. Masukkan sikit air, kacau-kacau guna anak lesung pastu masukkan air tu dalam masakan korang.

Tapi mak saya tak cakap pulak kalau guna blender. Mungkin boleh jugak kot. Masukkan air blender tu dalam masakan. Hehehe. 

Selamat mencuba!

p/s: patut lah sejak akhir-akhir ni saya rasa masakan saya semakin sedap. ^_^

Monday, March 14, 2011

Cerita Hari Isnin.

Boleh tak hari ni malas nak buat apa-apa? Bila aku cakap malas tu, it means betul-betul malas. Bos cuti seminggu. Bos-bos lain pun ramai cuti. Sebab cuti sekolah kot? Aku pun baru tau tadi minggu ni sekolah cuti. Patutlah jalan lengang dan parking pun tak penuh. Huhu. I like cuti sekolah walaupun aku tak cuti. -___-

Bukti kemalasan aku hari ni. 

Pagi ni boleh pulak kereta aku buat hal. Tiba-tiba tak boleh start. Huh, menggelabah jugak aku dibuatnya. Masa tu aku kat presint 15. Ada urusan seri paduka baginda di sana. Hehehe. Masa pergi tu ok. Nak balik tu tiba-tiba tak boleh start. Ah, sudah! Aku pun dok keras je la dalam kereta tu tak tau buat apa. Nak keluar mintak pertolongan malu pulak. Ceh, malu tak bertempat. Bukan apa, tadi bukan main aku jalan berlenggang-lenggang kangkung. Muka konfiden bajet cun. Dah la ramai orang dok breakfast kat kedai mamak tu. Semua dok perati aku. (perasan!) Sekali masuk-masuk kereta tak boleh start. Mestilah malu kan nok!! 

Orang pertama aku call mestilah laki aku kan. Dia kata nak datang ngan kawan dia bawak jumper. Memang masalah bateri pun kereta aku ni. Sebenarnya dah hint banyak kali. Setiap kali susah nak start. Tapi aku wat bodoh je. Prinsip aku selagi boleh jalan, belasah je la. Sekali tak boleh start terus pucat muka. Biasalah, perempuan. Tau start, bawak je. Hmm. Sementara tunggu laki aku sampai, aku soh adik aku amek dulu. Lama kot dari Cheras nak ke Putrajaya. Nasib baik adik aku tak kerja hari ni. Haih, nasib nasib.

Pas laki aku datang terus jumper kereta, terus boleh start. Huh, nasib baik. Harap-harap boleh bertahan sampai hujung bulan. (kerana bulan ini dah terover bajet dengan membelanja yang bukan-bukan).

Ya allah, apa lah bosan sangat kau punya cerita ni cujen??

Hehehe. Sabar je la yer, aku pun bosan jugak ni. Tu yang cerita pun bosan jugak. Oh ya, saje nak gebang kat sini, blog cujen the lejen ade header baru;

Comel tak???? Cakap comel cepat!

Suka sangat sebab ade pelangi & volksvagen pink yang sangat kiut miut. Tapi, mestilah header ni bukan aku yang buat. Aku nak buat?? Sejak dah tua ni tak rajin la nok. Lagipun aku bukan mahir sangat photoshop. Kalau nak edit camni kena bukak tutorial dulu. Tu pun amek masa berhari-hari baru siap agaknya. Nak senang, aku tempah je header ni kat Si Comel Lote ni. Cepat gila dia buat. Aku bitau semalam, pagi ni dah siap. Gila ah. Yang penting header nye sangat comel. I like!!

Satu lagi aku ada tempah dollydle jugak. Dollydle tu apa? Korang pegi la search sendiri. Aku pun tak tau definisi yang tepat. Tapi macam lukisan kartun korang kot. Yang ni pun comel jugak. Sehari je dah siap. Dasyat betul. Orang-orang berseni ni lain betul. Tak macam aku yang langsung tak berseni. Hehehe. So, here is my dollydle;

Sangat comel!! Macam aku tak?? Hehehe.

Kenapa mesti ade pelangi? Mestilah sebab aku suka pelangi ^_^. So kalau nak tempah dollydle yang comel macam ni boleh la usha-usha blog nie: THE DOLLYDLE'S COTTAGE. Punyalah suka sangat ngan dia nye dollydle ni, sampaikan bila dia bukak untuk tempahan, aku jadi pertama. Hahaha. Korang kalau nak, boleh la tempah yer. Sangat cepat dia punya reply. ^_^. Thanks Mira for the super duper cute dollydle ni. Eh, baru perasan dua-dua blog yang aku buat tempahan ni, pemiliknya bernama MIRA. What's a coincidence.

Wednesday, March 9, 2011

Malas nak fikir tajuk.

Sejak kawen ni aku macam dah takde idea nak update blog. Kalau update pun mesti cerita bergambar je. Nak karang ayat best-best pun macam tak reti.

Ada orang kata bila kita happy, kita dah tak perlukan blog lagi.

Hmmm...ye kot. Serius weh, masa zaman-zaman jiwa kacau dulu ade je benda nak update. Now macam tak reti dah.Nak tulis jiwa-jiwa pun macam ahhhh...shit. 

Nampaknya CUJEN tidak lagi LEJEN.


Tuesday, March 8, 2011

Happy Woman's Day.



Sempena hari wanita sedunia ni saya nak bermalas-malasan aje. Hari ni malas nak update entry trip to kk. Malas nak buat kerja, malas nak pergi makan, malas nak masak, malas nak kemas rumah, malas nak lipat kain, malas dan malas dan malas.

Eh jap jap...ini hari Wanita ke Hari Malas Sedunia??

Hihihi. 

Monday, March 7, 2011

Trip To Kota Kinabalu & Kundasang [Part 6]

Ye ye aku tau. Dah boring ye hari-hari update pasal Trip To KK. Hehe. Bawak bersabar je la ye. Saya pun dah mula nak muntah ni. Nak pilih gambo lagi, edit sket-sket, nak karang ayat lagi. Korang ingat senang ke nak wat blog ni?? Dah..dah..jangan buang masa. Marilah kita bersama-sama merasai keriangan *atau mungkin kebosanan di Sabah melalui entry saya ini. ^_^.

Macam yang dijanjikan untuk part 6 ni aku hapdet pasal Sabah Tea Garden, Tagal Fish Spa, Mesilau Dairy Farm & Kundasang War Memorial. Kita mulakan dengan;


SABAH TEA GARDEN

Actually Sabah Tea Garden ni takde pun dalam tersenarai dalam list tempat yang aku beria nak pergi. Tapi, si Zam la beria nak pergi. Nak beli teh sabah katanya. Ala, teh sabah kat Carrefour pun de jual. Tapi takpelah, layankannnnn.

Itu dia Sabah Tea Garden

Welcome!!

Ladang teh. Kitaorang tak masuk pun. Beli souveneir & teh je.

Sedang menyibuk di dalam kedai.


Ni dia Video Promo Teh Sabah by Zam. (hehehehehe)






Dah selesai membeli kami pun blah. Bergegas nak ke Dairy Farm. Mula-mula ingatkan nak skip aje Tagal Fish Spa tu, sekali keluar je dari gate Sabah Tea Garden tu, ade signborad ke Tagal Fish Spa tu. Sekali Fish Spa tu kat sebelah je la. Dah alang-alang dekat tu, singgah je la kan. Cam rugi pulak kalau tak pergi.

Tu dia signboard ke Tagal Fish Spa.


TAGAL FISH SPA


Nak menyibuk juga bergambar di sini. Hehehe.

Bayaran masuk di sini RM 5 seorang untuk 15 minit (untuk rendam kaki je, kalau nak mandi RM10). Tapi masa kitaorang datang tu takde orang, so lama jugak la rendam kaki kat situ. Lebih setengah jam kot. Dari entrance kena jalan kaki sket ke sungai Tagal tu. Dekat je pun. 

Dah sampai!! Nampak tak..nampak tak ikan beso-beso tu.

Takut-takut mahu.

Ikan beso-beso nok!!! Tak main la fish spa ikan kecik-kecik tu. Hehehe. Mula-mula tu sume cam takut-takut gak nak masukkan kaki. Gila ko, ikan dia beso lengan aku. Ini kalau ade cagu kat kaki konpom boleh hilang. Huhuhu. Cuak jugak la dibuatnya. Tapi rugi la bayar RM 5 kalau tak spa kaki aku kan. Hehehe. Masukkan jugak la kaki. Terjerit-jerit kami sume. Geli-geli sket tapi best!! Tak dapat bayangkan kalau kitaorang mandi dalam sungai tu. Yang lelaki kalau mandi tak pakai baju konpom kena gigit puting. Hihihi. 




Best giler weh!!

Serius best. Must visit place kalau pergi Sabah. Rasa tak cukup je masa setengah jam tu. Tapi memandangkan kami pun rushing terpaksa la lupakan hasrat di hati. Dapat merasa pun jadi la. Lepas rendam kaki, rushing pulak ke Mesilau Dairy Farm. Perjalanan 20 minit dari Tagal Fish Spa.


MESILAU DAIRY FARM



Inilah dia Mesilau Dairy Farm. Ladang lembu. Best giler kat sini. (perasan tak dah berapa kali aku guna perkataan best gile ni). Banyak sangat lembu kat sini. Untungnya masa kami sampai kat sini, tengah waktu perahan susu. So dapat la tengok macam mana susu lembu diperah.

Oooo..camni rupanya susu lembu diperah. Ingatkan perah pakai tangan. Heheh

Nak jugak. ^_^

Lembu-lembu menunggu giliran untuk diperah susunya.

Merasa la jugak kami beli susu lembu fresh. Ini baru dikatakan SEGAR DARI LADANG.
Memang terbaik!!

Sebelum balik, haruslah bermain-main di sekitar ladang lembu tu. Kat sini sumpah sejuk gila! Kitaorang sampai kul 3.30 petang pun sejuk ya amat. Rasa macam kat New Zealand pulak. Dengan lembu-lembu berkeliaran dan bau lembu yang menusuk di kalbu. Hehehe. 

Kawasan persekitaran yang nyamannn.





Suami isteri yang bahagia di samping lambu-lambu ternakan mereka. ^_^

Jiran mereka.


Group foto before left.

Terpaksa gerak awal sebab cuaca dah mendung. Masa nak balik tu, kabus tebal gila sampai tak nampak apa dah. Tak lama lepas tu hujan pun turun. Tapi memang best la sini. Tak tau pulak kat Malaysia ada tempat macam ni. Tak payah pergi jauh-jauh nak rasa cuaca sejuk dan tengok lembu. (rasanya iklan susu Fernleaf dulu buat kat sini la ek?)

Lupa nak bagitau, bayaran masuk kat sini RM 3 per head. Waktu perahan susu jam 3.00 petang. Waktu tutup jam 5.00. Jadi, sesiapa plan nak pergi sini, boleh la bajet-bajet masa. 


(Click above to read more info about Kundasang War Memorial)

Actually, sebelum sampai ke Mesilau Dairy Farm tu korang akan jumpa Memorial War dulu. Tapi kitaorang nak kejarkan tengok lembu diperah susu, tu yang bergegas pergi sana dulu. Balik dari dairy farm tu barulah singgah sini. Tapi, masa ni hari dah hujan. Member-member lain sume pakat tak nak masuk. Aku?? Mestilah nak masuk. Alang-alang dah sampai masuk je la kan. Nak pegi lagi tak tau la bila pulak. Hujan pun hujan air je. Bukan hujan batu. Lagipun payung disediakan. Nak tak nak, ajak jugak laki aku masuk sama. So kami berdua je la yang masuk ke Kundasang War Memorial ni. Member lain semua tunggu dalam kereta. Bayaran masuk sini RM 2 hengget saja. Waktu tutup jam 5 petang. Masa aku sampai ni pun tggal lagi 15 minit nak tutup. Tapi dia still bagi masuk lagi.


Kat dalam War Memorial ni ada 4 garden. Actually tempat ni mcm tugu peringatan perang la. Tapi dia buat garden-garden yang cantik. Best jugak la. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam ni.



Australian Garden

Tolong jangan pijak saya, nanti saya mati. ^_^



English Garden


Borneo Garden




Top of Kundasang War Memorial.
Dari sini patutnya boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelasnya.
Malangnya masa ni hujan dah turun dengan lebatnya.
Nampak sayup-sayup je la. 

Lepas tu terus bergegas balik ke KK. Ni pun nak kena rushing jugak sebab takut jalan gelap. Maklumlah jalan tak biasa kan. So better gerak sebelum gelap. Hujan masa ni lebat gila. Sampai KK kat kul 7 jugak la. Terus gi makan dekat pasar belakang Pasar Filipine tu. 

Macam-macam jenis ikan ada.

Pilih, jangan tak pilih.


Kekenyangan.

Macam biasalah, gambar sebelum kenyang tak sempat amek. Sebab masing-masing kebulur. Belum sempat nak snap gambar, dah ngap dulu. Hehehehe. Lepas makan jalan-jalan kejap kat situ lepas tu balik semula ke apartment. 

Esok sambung part 7. Part 7 is last part for entry Trip To KK & Kundasang. About our trip to Pulau Manukan & Sapi. Tungguuu!!!