Thursday, April 28, 2011

Sepuluh Perkara : 10 Things About Me.

Aku nak start dah main game ni. Biasalah orang takde kerja. ^_^

So, here the list.

10 THINGS ABOUT ME

I am 27 years old.
Ala, baru 27 tahun. 
Umur je 27 tahun tapi kalau tengok muka macam 17 tahun tau. Tak caye?

 Sape berani cakap umur aku 27?


Baru 6 bulan bergelar bini orang.
Macam tak caya aku dah jadi bini orang sebab aku pernah rasa yang aku takkan kawen sampai tua.
Tapi tu la jodoh. Kita tak tau what happened next kan?
Tapi aku sampai sekarang lom amek sijil kawen aku. Pakai sijil sementara tu je.
Pastu kan, kalau gi mana-mana aku perasan macam orang pandang slack je kat aku
bila aku salam laki aku n laki aku kiss aku.
Mungkin diorang ingat kitaorang ni belum kawen,
pastu gedik-gedik nak cium bagai.
Takpun yang dah tau aku dah kawen, kadang-kadang sound
'kalau nak cium pe sume gi balik rumah la'
Ala aku cium laki aku, dah halal. Bukan cium laki ko kan??

Susah kalau umur tua tapi muka nampak muda. ^_^


Bekerja sebagai setiausaha di Pejabat Kerajaan.
Dah masuk tahun ketujuh. Masih ditempat sama dan rutin yang sama.
Ah, aku malas nak cakap pasal ni sebab dah banyak kali
dok cakap benda yang sama.
Nak tukar tak berani sebab aku jenis orang yang sangat susah nak sesuaikan diri
dengan keadaan dan suasana baru. Takut nanti 'office sick' pulak. Hehehe.

Opis aku 4 tahun yang lalu.

Opis aku 4 minit yang lalu.


Aku pakai jam kat tangan kanan.
Walaupun aku bukan kidal. 
Biasanya orang kidal yang pakai jam tangan kanan kan? 
Aku pun tak tau sejak bila aku pakai jam belah kanan. 
Kadang-kadang menyusahkan aku bila nak menulis. 
Tapi nak tukar belah pakai belah kiri sangat ganjil.



Aku banyak pindah rumah.
Sepanjang aku hidup ni aku rasa ada lebih 15 kali aku pindah rumah.
Bapak aku memang hobi dia pindah-pindah rumah ni. Aku ingat lagi masa kecik-kecik
aku pernah dok Selayang, Gombak, KL, Shah Alam pastu pindah Johor,
pernah dok Felda Taib Andak, Muar, Melaka. Bayangkan kat muar je 3 kali pindah rumah.
Memang boleh gila dibuatnya. Lepas tu penyakit berpindah randah ni berjangkit pulak bila aku dah kerja.
Sepanjang 7 tahun aku kerja ni rasanya 5 kali aku pindah.
Mula-mula dok kat presint 9 putrajaya, pastu pindah dok presint 11,
pastu pindah dok Seri Kembangan. Kat Seri Kembangan je
dua kali pindah rumah sebab owner rumah nak duduk rumah tu,
then pindah balik ke Presint 11 sampailah sekarang.
Ni pun de plan nak pindah lagi. Gila cam orang nomad.


Pindah sekolah pun banyak jugak.
Masa tadika aku tadika kat Gombak. Sekolah rendah aku Sekolah Rendah Gombak Setia,
pastu aku pindah ke Sekolah Rendah Bukit Kangkar, Muar. Pindah lagi ke Sekolah Rendah apa tah kat
Kuchai Lama KL, pastu pindah ke Sekolah Rendah Seksyen 17 Shah Alam.
Sekolah menengah pulak aku start sekolah kat Sekolah Rendah Seksyen 24 Shah Alam,
pastu pindah ke Sekolah Menengah Pei Hwa, Muar.
Pastu pindah ke sekolah Menengah Dato' Dol Said, Alor Gajah then
balik semula ke Sekolah Menengah Pei Hwa.
Gila kan??


Aku agak old skool sket
Aku suka layan lagu-lagu lama, cerita-cerita lama tahun 60an atau 80an.
Lagu pop yeh yeh memang aku layan. Rock kapak tu sume memang makanan aku la tu.
Baju ala-ala vintage memang feveret aku.
Tapi sekarang main vintage makin mahal le pulok.
Tapi siyes la aku rasa gaya rock tahun 80an sangat cool!

Salah satu band feveret.



Hot Tempered; Yes I Am
Aku cepat naik darah. Terlalu cepat. Kadang-kadang tak masuk akal.
Ada sekali tu tiba-tiba periuk jatuh kat tangan aku, sakit la.
Otomatik aku amek periuk tu, aku hempuk kat lantai.
Gila saiko kan? Hahaha.
Kalau aku dah marah toksah la cuba-cuba nak bercakap ngan aku, wat sakit hati je.
Aku pun kadang-kadang kepala angin.

Muka cam gampang bila marah.


Aku tak ramai kawan.
Walaupun aku jenis yang banyak berpindah randah dan banyak sekolah,
tapi aku jenis tak ramai kawan. Tak tau la kenapa maybe
sebab aku jenis tak ramah kot. Lagipun perangai hot tempered aku
tu buat ramai tak suka kawan ngan aku. Aku pun tak suka sangat
ada banyak sangat BFF. Pada aku kuantiti kawan tak penting,
yang penting kualiti.

Antara kawan-kawan yang rapat ngan aku.



Adik beradik aku ramai.
Yang satu mak, satu bapak ade 7 orang. Yang satu bapak lain mak ada sorang.
Bapak aku kawen dua. Tapi aku tak pernah jumpa adik aku yang lain mak tu.
Sebab bini bapak aku yang satu lagi tu sombong nak mampus
tak nak kenalkan anak dia kat kitaorang. Padahal kitaorang ni kira adik beradik.
Sok-sok kalau susah ke apa boleh la mintak tolong.
So adik beradik aku kira 8 orang la. 2 lelaki 6 perempuan. Aku yang no. 2
No. 1 abang aku. Pastu bawah aku semua perempuan.
Yang anak lain mak tu lelaki.




Ok dah cukup 10. ^_^
Tu je kot yang aku tau pasal aku. Takde yang spesial pun.
Biasa-biasa aje.

p/s : kalau ada yang perasan aku tukar senarai 10 things about me ni sebab aku tak perasan pulak ade list tuk 10 things i love. Tadi nak buat entry tetiba takde idea, sekali tengok banyak aku dah masukkan kat 10 things about me. Hehehe. Aci tak camnie?


Sepuluh Perkara.


Jom join game dari blog sherahxoxo ni.


Day One : 10 Things About You
Day Two : 10 Things You Love
Day Three : 10 Things You Hate
Day Four : 10 Things You Want To Say To One Person
Day Five : 10 Wishes
Day Six : 10 Items You Can't Live Without
Day Seven : 10 Important People
Day Eight : 10 Of Your Favourite Song
Day Nine : 10 Ways To Win Your Heart
Day Ten : 10 Final Words

Tarikh Start : 28 April 2011
Tarikh End : Ikut suka.

Wednesday, April 27, 2011

Awek Chuck Taylor.


Mungkin ramai yang dah tau kot pasal blog ni. Blog yang menceritakan cerita cinta Hafiz dengan Mira dan Nana. The worst thing is Mira dan Nana adalah adik beradik. And Nana dah pun meninggal dunia pada 8 Julai 2007.

Kisah ini diceritakan semula berdasarkan pengalaman sebenar. This is the WEIRD and REAL story from the author, NAMI. Aku pun belum habis baca. Baru sampai part Kasut Tinggal Sebelah. Serius cerita  ni aku rasa sangat weird. Tak pernah terfikir akan ada kisah cinta yang sebegini di alam nyata. Tapi sangat best dan buat aku rasa nak tau pengakhiran kisah ni. Credit to NAMI coz sudi berkongsi cerita. Bukan senang weh nak cerita pengalaman sebenar untuk tatapan orang ramai. Salute u la Nami.

Korang kena baca cerita ni kalau nak tau kenapa aku kata weird. Jangan lupa baca ikut turutan. Kang tak paham pulak cerita ni. Happy reading!

Tuesday, April 26, 2011

Alasan Terbaik Lambat Ke Tempat Kerja.

"Bos, saya lambat sikit hari ni. Kunci rumah saya tertinggal dalam kereta. Husband saya pulak pagi-pagi dah pergi kerja, dia kunci pintu. Saya dah terkurung dalam rumah. Tunggu bantuan datang".
Aku pernah terfikir nak gunakan alasan ni kalau lambat pergi kerja.

Malangnya hari ni betul-betul terjadi. Damm!!!! Cari-cari kunci dalam handbag, takde. Baru teringat semalam aku letak kat dashbord kereta je. Biasanya kalau balik kerja laki aku dah ade kat rumah. So tak payah la nak guna kunci bagai. Pagi-pagi pulak dia pergi kerja awal. Dah aku terkunci kat dalam ni. Jahanam sungguh!

Sekarang ni aku ngah tunggu Pakcik aku datang amekkan kunci rumah yang dalam kereta tu. Nasib baik park kereta tak jauh. Dan nasib baik juga sedara mara dok dekat-dekat je. Kalau tak, cuti kecemasan la aku jawabnya hari ni. 

Phewww. Pagi selasa yang sungguh celaka.

Monday, April 25, 2011

The Good Old Days #1



Kalau zaman remaja korang ade kumpulan Hujan & Justin Bieber,
zaman remaja aku ade KRU.

Tau tak betapa besarnya pengaruh KRU kepada zaman remaja aku.
Rambut mesti nak belah tengah. Rambut GQ ke ape tah kononnya masa tu.
Baju oversized, spek mata bulat pastu kadang-kadang ikat 'key' kat kepala.

Sanggup simpan duit nak beli kaset KRU.

Zaman-zaman tu pakai kaset lagi.
CD ade dah tapi tak semua orang ada CD player.
Radio pun ade tempat masukkan kaset je.

Tapi kitaorang semua enjoy layan lagu KRU. 
Siap cuba-cuba nak buat rap macam KRU.

Kalau ada persembahan kat sekolah, mesti semua nak dance lagu KRU.
Haha. Rindunya zaman tu.


KRU mengubah senario muzik malaysia pada zaman tu.
Maklumlah masa tu semua ngan mood rock kapak lagi,
tetiba muncul KRU bawak lagu rap. 
Memang kecoh la Malaysia kejap.
Hehehe.

Pada aku KRU memang lejen.
(boleh join cujen the lejen pasni) 
^^

Korang semua camne? Ade tak lagu-lagu yang bagi kesan pada zaman remaja korang?


Ya Allah Tolonglah Bagi Aku Baby Comel Macam Ni.






 Alolololo. Comelnye!!

Aku ni dah la tak berapa suka budak-budak tapi bila tengok gambar ni terus cair hati ni. Mungkin jugak naluri keibuan semakin menyerlah lepas kawen kot?? Ehee. Tapi serius la budak ni comel gila ah. Dapat kat aku memang aku tak pulangkan la jawabnya. 

Oh, ada satu lagi baby yang buat geram sangat-sangat. Yang ni memang dah lama aku geram. Muka dia pun ada iras2 Mason jugak la. Ehee, sapa lagi kalau bukan UMAR ARJUNA. Baby Kak Hidd aka SUSUDALAMBOTOL. Sorry kak, kita pinjam gambar akak. ^_^



Ada iras kan??

Kecik-kecik dah stylo. Cubit kang.


Yang ni aku cop jadi menantu. Tapi kena tunggu dapat baby girl la.
Bila la agaknya.


Friday, April 22, 2011

Paranoid.

Am i paranoid or to much careful?


Sebelum tido, aku akan keluarkan duit dalam wallet aku then aku akan sorokkan satu tempat. Aku akan tinggalkan beberapa ringgit je. Barang-barang berharga dalam handbag pun aku sorokkan satu tempat. Tapi handbag aku letak je sepah-sepah kat ruang tamu. Kenapa aku buat macam tu? Sebab aku fikir kalau ada pencuri masuk rumah, dia akan terus attack handbag aku kan? So, selamatlah duit aku.

Aku akan tido dengan berpakaian lengkap. Lengkap maskdunya seluar panjang dan t shirt. Sebab nya kalau tiba-tiba berlaku emergency, aku boleh berlari keluar sengan selesanya. Cuba bayangkan kalau aku tido dengan pakai spender dan bra je? Atau baju-baju tido yang seksi transparent tu?? 

(Tapi laki aku suka tido pakai spender je. *___*)

Aku akan letakkan barang-barang penting macam buku akaun, beg duit, ic gambar-gambar  dalam satu kotak. Jadi kalau berlaku emergency senang aku capai je kotak tu bawak keluar.

Tingkap bilik aku, aku tak kunci dia punya grill. Aku terbayangkan kalau ada perompak masuk, boleh la aku lompat keluar dari bilik tu. Rumah aku tingkat dua je, jadi kalau jatuh pun setakat patah riuk je kot. (ala, Doddy jatuh dua kali sihat je sampai sekarang)

Masuk je kereta aku akan terus kunci pintu kereta. Kalau ada orang aku tak kenal soh bukak ke hapa, memang aku tak layan. Silap-silap aku langgar je dia. Sebab dalam kepala hotak aku fikir dia nak merompak atau merogol aku. Kan dah banyak kes-kes macam ni sekarang.

Sebelum tido aku akan beberapa kali check pintu dan semua grill DI KUNCI.

Kadang-kadang aku rasa macam nak simpan pisau bawah bantal.

Ada masa aku simpan laptop aku bawah sofa atau dalam timbunan kain.

Ada sekali tu orang maintanance datang rumah aku sebab orang rumah bawah dia punya bilik air bocor. Jadi terpaksa buat dari rumah aku. Masa tu aku takde rumah, laki aku je yang ada. Dan aku paksa laki aku follow dan perhatikan je budak maintannce tu buat kerja. Sebab aku takut dia wat pedajal letak kamera dalam bilik air tu. Lepas tu nanti dia rakam aksi kitaorang mandi pastu masukkan dalam web lucah!! 


Jadi, apa pendapat korang? Masalah mental ke ape aku ni??


Oh ya menurut Wikipedia PARANOID didefinisikan sebagai penyakit mental di mana seseorang meyakini bahawa orang lain ingin membahayakan dirinya. 

Menurut Kamus Webster pulak, paranoid didefinisikan sebagai gangguan mental yang ditandai dengan kecurigaan yang tidak rasional.




Ok, aku rasa aku ada masalah mental la.

Tolong bawak aku jumpa pakar psikitari pelase!

Thursday, April 21, 2011

Wednesday Is A Movie Day.

Sebabnya harga tiket murah ^_^

Movie pilihan minggu ini ialah RIO.



Filem RIO ni mengisahkan tentang BLU, burung kakak tua yang terselamat ketika penyeludupan burung-burung dari Brazil. Rio dijumpai oleh LINDA di Minnesota yang kemudiannya menjaga BLU dari kecik sampai la besar. 15 tahun kemudian, Linda didatangi oleh JULIO seorang saintis dari Brazil yang mahukan Blu untuk disenyawakan dengan JEWEL, burung kakak tua betina milik Julio di Brazil memandangkan mereka berdua merupakan spesis terakhir yang tinggal. Linda dan Blu akhirnya bersetuju untuk ke Brazil melalukan persenyawaan tersebut.Malangnya ketika proses persenyawaan itu hendak dilakukan, Blu dan Jewel telah ditangkap oleh penyeludup-penyeludup burung. Ketika nak menyelamatkan diri dari penyeludup-penyeludup ini lah berlaku beberapa perkara yang lucu dan adventure.

Tiket 3D mahal. Huhuhu. (tak guna tgk hari rabu, cis!!)


Sebelum movie start, haruslah pergi mencekik dulu. Makan kat RASA je.

Ini dinner aku. Banana Spilt.

Dinner laki aku. Nasi goreng ayam kunyit & kailan goreng belacan.
Yummy!!!

Tambah lagi honey dew & jambu.

Laki aku beli banyak gile macam nak buat kenduri. Padan muka dia kena habiskan. Akibatnya 10 minit sebelum movie start, terpaksa pergi berak dulu. Hihi.

Tersandar kekenyangan.


Justin Bieber Wannabe!
Justin Bebel boleh la kot.

Laki aku selamba kuar pakai selipar jamban. Bini bergaya-gaya dengan heels tumit tinggi 4 inci. Lepas tu membebel-bebel sakit kaki sebab dok berdiri lama sementara tunggu movie start. Yang tak bestnya kat GSC Alamanda ni, takde disediakan kerusi langsung tuk menunggu. Letak la satu dua bench pun jadi la. Sakit kaki i berdiri tau. Well, beauty is pain. ^_^

Mau juga. ^_^. Aku dah pegang bahu Justin Bieber. Kau ada?
(ada ke laki aku ajak tengok citer ni. hish, idok le teman)


Masuk panggung tepat jam 10.15.


Ok, ini review peribadi aku tentang cerita RIO.

Movie ni SANGAT SANGAT SANGAT BEST!! Kelakar dari mula sampai habis cerita. Aku ketawa sampai kuar-kuar air mata lah. Memang unexpected. Tengok iklan macam tak best je. Sekali pergi tengok memang tak menyesal la. Segar je biji mata aku. 

Siapa-siapa yang belum menonton filem ini, cepat-cepat le pergi tengok yer. Tengok 3D lagi best! Kalau korang kata Ice Age tu kelakar, yang ni lagi lawak. Hihihi. Aku rasa macam nak pergi tengok lagi la.

Ada sesape nak belanja tak? ^_^

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi di next entry!
Have a nice day korang semua.

Muah!

Who said too skinny not beautiful? ^_^


Monday, April 18, 2011

Pasangan Suami Isteri Yang Romantis. ^_^


Aww! Sungguh comel mereka berdua ni. Dalam sangkar pun sempat berasmara. Memang romantis habis. ^_^. Sempat snap gambar ni lepas mandikan diorang. 

Kucing pun tau berkasih sayang, inikan kita pula manusia. Berkasih sayanglah sesama manusia yer.


Mak bapak gila kuasa. Anak-anak dibiarkan tido kat bawah. Mak bapak nak tempat selesa jek. Hehehe. Comel je diorang pas mandi n hair dryer terus tetido. Yang bagusnya diorang ni sume tak takut mandi. Lepas tu time dryer bukan main suka lagi. (payah betul nak keringkan bulu diorang ni. yang kecik ni je, amek masa sejam baru siap. kalau Doddy lagi la, sampai fedup aku dibuatnya. last-last biarkan je kering sendiri.)

p/s: tak lama lagi dah nak bagi diorang ni kat orang lain. sedihnya!! harap-harap tuan baru diorang tu boleh la jaga sebaiknya.

Saya Telah Menang Contest!

Yeyey! Monday Blues aku telah bertukar kepada Happy Monday sebab hari ni Cik Epal dah umumkan pemenang Contest Cik Epal (Black and White) picture. Aku menang tempat kedua tu. Hadiahnya menternak lemak bersama Cik Epal di IKEA. Huhuhu. Baru je pagi tadi aku komen kat blog sape tah yang aku tak pernah makan kat IKEA tu. Pe jadah meatball ke, daim cake ke sumpah tak pernah rasa. Sekali menang pulak contest Cik Epal ni. Merasalah aku makan tu semua. Free lak tu. Hehehe. Best!!

Sesi menternak lemak ni akan dikongsi bersama-sama dengan 4 pemenang lain. 4 blogger betuah yang lain ialah MOHD ASYNOR, BLOK NOKTAH,  BELLA BULAT, & QAMARULRAMAQ. Sumpah aku tak penah kenal diorang dan jumpa diorang. Ni first time ni. First time jumpa blogger-blogger lain. Dan first juga jumpa Cik Epal yang famos amos ni. Sexcited juga la. ^_^ Tapi agak berdebo jugak la. Nanti mesti aku senyap je. Dah la aku ni jenis tak reti nak berbual dan bergaul ngan orang. Nak-nak pulak ngan orang yang first time jumpa. Nanti mesti diorang ingat sombong :-(. Tak tak. Saya tak sombong, pemalu jek. Hihihi (buweekkkk)

Segala detail dah pun di email kepada Cik Epal. Sekarang tunggu Cik Epal call je bitau tarikh. Hehehe. Tak sabo lak rasanya. ^_^

Ini la dia gambar yang membawa kepada kemenangan aku.


p/s: Giveaway aku tu dah pun aku tutup. so kepada peserta tunggu la nanti pengumuman pemenang yer. ^_^

Friday, April 15, 2011

Cujen The Lejen 1st Giveaway.


THIS IS STICKY ENTRY.
Please scroll ke bawah untuk entry baru.


Hari ni hari Jumaat, jadi saya berbesar hati nak bagi giveaway kepada korang-korang yang baca blog saya. 




1. MNG Tatto Tote Bag
2. RayBan Wayfarer RB2140 in red color.
3. Ikea Deco Watch

See? That's three item u might be get if u join this giveaway. Best tak?? Best tak??
Hehehehe.

Syarat-syarat nye mudah je. Sama je macam giveaway2 orang lain.


Follow blog Cujen The Lejen ATAU put my link blog on ur blog list.
 Amek header aku tu letak dalam entry korang yang bertajuk CUJEN THE LEJEN GIVEAWAY.
(jangan lupa letak link blog aku sekali)
Amek banner aku di bawah ni dan letak di sidebar korang selama seminggu dr tarikh join GA.


Paste satu cerita kelakar samada korang copy paste atau rekaan korang sendiri.
Then, pilih SATU dari tiga hadiah di atas.
Tag 2 orang kawan.
Jangan lupa tinggalkan link korang kat ruangan komen di bawah.

Itu je!
Senang kan? So apa lagi. Jom la join beramai-ramai.
Berbaloi-baloi.

Pemilihan pemenang berdasarkan cabutan bertuah. Hanya penyertaan yang memenuhi syarat je akan dicabut.

p/s : hadiah mungkin akan ditambah kalau penyertaan memberangsangkan.
tarikh tutup : DAH TUTUP

Sekian, mekasih.

Thursday, April 14, 2011

Isteri Yang Bosan.

Laki aku takde, gi main futsal. Aku malas nak ikut sebab bosan. Gila weh, 3 jam dia main futsal, aku dok melanguk tengok dia. Dah la girffriend2 sume takde. Nanti aku nak borak dengan siapa? Eh, kat tempat futsal mesti ramai lelaki kan? Mana la tau ada lelaki kacak yang sudi berborak dengan saya. Boleh juga berkenal-kenalan. Hehehe. 

Ok, lupakan semua tu. Lupa pulak diri ini udah bersuami. ^_^

Tetiba dok rumah pun bosan. Apa nak buat ni?? Dah la tadi masa laki kuar nak gi main futsal aku tak sedar. Ngantuk gila petang tadi. Cakap kat laki "i nak tido kejap tau, nanti kul 6.30 petang kejut i". Sekali dia bolah tak kejut la. Lajak sampai ke malam. Jahanam maghrib aku. (cilakak, sekali iklan citer pontianak kat TV!!). Tetiba rasa takotttttttt. Dah ar tadi si Doddy tiba-tiba melompat atas laptop aku. Takde sivik punya Doddy. Terferanjat ana dibuatnya. Ciss!!

Ada sesiapa yang tak kenai ai lagi ke? Ai la Doddy.

Hari ni aku umumkan hari malas sedunia. Disebabkan kemalasan aku tu, dinner aku hari ni makan biskut merry dengan aie nescafe je. Kesian kan aku? Hukhukhuk. Tetiba rindu nak duduk ngan mak. Mesti mak aku masak sedap-sedap hari ni. Mak, kalau bace blog ni rajin-rajinlah hantarkan makanan ke rumah anakmu yang   malas ini. Malas nak masak sebab hari tu goreng ikan, minyak dalam kuali meletup-letup kena kat badan i tau. Terus takde mood nak masak. Ikan jahat!! Padan muka dia lepas tu kena makan ngan aku. Makan nasi dengan lauk udang sambal, ikan goreng garing-garing, sambal tempoyak pedas-pedas, sayur kangkung goreng belacan memang terbaik. Tambah pulak dengan kicap manis. Peh!! Lapo lapo. 

Masak maggi pedas-pedas pun sedap ni. Rasanya macam ade beli maggi sebungkus hari tu. Ok la, i nak pergi masak maggi. 


Sekian dari isteri yang bosan lagi malas. Terima kasih sebab baca entry ini.

Muah.

Wednesday, April 13, 2011

Untuk Korang Yang Masih Single.

Aku ada lagu best untuk korang. Sila dengar lagu ini ketika keadaan sekeliling anda sunyi. Kalau boleh di tengah keheningan malam. Ketika anda berseorangan di dalam bilik. Tiada teman, tiada kawan-kawan, tiada keluarga mahupun kucing yang menemani. Dan jangan lupa pakai headphone/earphone dan buka volume semaksimum yang mungkin.

Ok, dah ready semua? Jom kita layannnnnnn.




Dah habis? Amacam? Rasa sedih dan pilu tak? Ada rasa cam nak menangis ? Rasa cam loser tak? Rasa cam kejamnya dunia ni. Rasa tak? Rasa tak? Tak rasa pape? Ok kalau tak rasa pape sila main jauh-jauh. Entry ni bukan untuk korang. Ini untuk korang-korang yang rasa semua perasaan di atas. 

Dulu aku pernah jugak rasa yang macam korang rasa. Aku pulak jenis kalau dengar lagu tu, aku dengar liriknya dulu. First time dengar lagu ni terus rasa cam nak menitik air liur, eh air mata. First part je dah bikin aku sedih. 

Malam ini ku sendiri...tak ada yang menemani..seperti malam-malam yang sudah-sudah...hati ini selalu sepi..tak ada yang menghiasi..seperti cinta ini..yang selalu pupus... mawar ini semakin layu...tak ada yang memiliki..seperti aku ini yang selalu pupus...

Damm you Ahmad Dhani!! Kenapa loh mesti lagunya puitis gini?? Ngapa an sih? Ngapa an sih?!! Sedih bangat deh lagunya. Makin gwe triak nyanyiannya, makin kenceng air mata gwe'.

Setiap malam lagu ni la yang teman aku. Caller ringtone, ringtone aku pun nak letak lagu ni. Punyalah dasyat effect lagu ni dalam hidup aku. Tapi itu dulu lah. Wans sapon a taim (once upon a time). Masa tengah berlaku krisis cinta yang maha hebat. Masa tu rasa cam gelap je dunia ni. Rasa cam aku akan single sampai bila-bila. Kononnya la. Tapi tak lama pun, tak sampai setahun. ;p Mungkin sebab hari-hari nyanyi lagu tu, dah jadi macam doa kot. Tang part korus tu;

Tuhan kirimkan lah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya....

So korang yang masih single tu boleh la buat yang macam aku buat ni. Selain dari berdoa la. (kang ada yang kata aku ni jahil pulak. doa tak nak, soh layan lagu pulak). Hehehe.

Tapi kan pada aku la, tak payah nak meroyan sangat kalau korang masih single. Enjoy your single life! Sebab nanti bila korang dah berdua, korang akan rindu masa single dulu. Eh macam luahan perasaan je. Bukan. Bukan. Masa lalu memang menyeronokkan tapi hidup berdua lebih bermakna dan bahagia. ^_^ Kalau bertiga, berempat mestilah beronok-ronok. Hehehehe. Eh, tapi bukan bertiga berempat dengan madu, maksudnya bertiga berempat dengan anak-anak.

Ok la i dah lapar. Nak pergi mencekik. Selamat melayan perasaan dan have a nice life kawan-kawan.

Muah!


Monday, April 11, 2011

Selamat Tinggal, Sayang.

Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walalupun hati kadang-kadang tak merelakan perpisahan tersebut, tapi demi kebaikan kita terpaksa akur jugak dengan ketentuannya.

Hampir dua tahun kita bersama. Suka dan duka dilalui bersama. Kemana saja saya pergi awak setia menemani saya. Dan saya happy bersama dengan awak. Setiap kenangan bersama awak tetap segar dalam ingatan saya.

Di kesempatan ini izinkan saya mengabadikan kenangan saya sepanjang awak setia bersama dengan saya.


Ini masa kita jalan-jalan kat Sunway Pyramid
(Nov 2008)


Ni pulak masa kita jalan-jalan kat Alamanda dengan Kak Linda sekali
(Dec 2008)


Ingat lagi kita pergi Pangkor?
(Dec 2008)


New Year sama-sama kat Alamanda tengok movie
(Jan 2009)


Kenangan masa sama-sama tengok pemandangan KL
(Mac 2009)


Saya keluar dengan kawan-kawan saya pun awak ada.
Floria Fest di Putrajaya.
(Ogos 2009)

Ni masa kita keluar tengok movie dengan adik-adik saya.
(Oct 2009)


Saya shopping barang dapur pun awak ikut.
(Nov 2009)


New Year sama-sama kat BB
(Jan 2010)


Ini pulak masa kita sama-sama bercuti di PD dengan keluarga tersayang
(Feb 2010)


Ingat lagi masa awak ikut saya celebrate birthday kawan saya di Semenyih?
(Mac 2010)


Kenangan kita di A Famosa mesti awak tak lupa kan?
(April 2010)


Ini masa kita sama-sama pergi Zoo. Tapi tak dapat masuk sebab zoo tutup.
(Mei 2010)



Ah! terlalu banyak kenangan yang kita tempuhi bersama. Manakan mungkin saya mampu melupakan awak. Awak terlalu baik dan rapat dengan saya. Tak jemu-jemu menemani saya. Tapi apakan daya. Takdir menentukan kita akan berpisah untuk selamanya. Awak yang pernah saya sayangi satu ketika dulu kini sudah tidak memberi makna kepada saya. Saya terpaksa membuang awak dari hidup saya untuk selamanya. :-(







Selamat tinggal, awak!

(awak dah koyak rabak, saya malu nak bawa awak bersama saya)


Ok la awak sampai sini je la yang dapat saya coretkan buat awak yang pernah menjadi teman saya satu ketika dulu. Saya tak mampu nak menahan kesedihan saya kerana terpaksa berpisah dengan awak. :-(


Tapiiiiiiiiii.......


Awak jangan risau, kesedihan saya ni tak lama sebab saya dah jumpa pengganti awak yang lebih KACAK daripada awak. 









Say hello to my new AWAK. ^_^

Kan saya dah kata dia lebih KACAK dan MACHO dari awak.


Dia la yang bakal mengganti tempat awak dan menemani hidup saya. Sila jangan kecil hati. Bak kata pepatah patah tumbuh hilang berganti. Ini yang dinamakan kitaran hidup. Terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka. Dah, saya nak pegi romen-romen dengan awak saya yang baru. ^_^