Tuesday, May 31, 2011

Cujen Closet

Hello.

I'm opening my blogshop. Again. ^_^
Tukar nama jadi Cujen Closet pulak.
At this moment i just upload a few preloved dress.
Most of the dress ni memang langsung tak pernah pakai. 
Sangat worth it to buy.
Price range RM 18 - RM 35.

Banyak lagi yang akan diupload selepas ini.
Kalau berminat boleh lah follow blogshop saya.

Happy browsing.

 



Malaysia Next Top Female Blogger 2011 by Sandra Azwan.

Hello semua!

Hari ni baru berkesempatan nak join contest yang meletup-letup sekarang ni anjuran designer hebat lagi comel, SANDRA AZWAN. Harap-harap masih tidak terlambat yer En. SA. Maklumlah busy sikit. Now agak free sebab bos takde dua minggu, pergi Umrah. 

Ok, lets start.


Contets ni senang je syarat nye. Cuma kena jawab beberapa soalan je. 

1) Tell us about your blog in 70 words or less. 
(When and why you started it, how often you update, and your viewers)

Blog Cujen The Lejen ni mengisahkan kehidupan seorang manusia bernama Suzan atau lebih dikenali sebagai Cujen. Entry yang terkandung dalam blog ini lebih kepada peribadi. Kisah cinta, family, kawan-kawan, kucing, kerja dan yang seumpamanya. Start blogging dari tahun 2005. Masa tu blogging guna akaun friendster je. Bila dah maju sikit baru la pakai blooger. Actually banyak sangat  blog yang tercipta sepanjang terlibat dalam dunia blog ni tapi yang bertahan dua je. Hidup Ini Indah & Cujen The Lejen. 
Dulu selalu la update but now kurang sikit. Mungkin life dah semakin membosankan kot. Jadi takde apa nak tulis. Kebanyakan viewer saya terdiri dari kawan-kawan rapat, keluarga & rakan sekerja je.
(macam lebih 70 perkataan je. takpe ke?) 


2) What is your personal style?

I LOVE rockstar look!! Jeans skinny yang koyak rabak + band t-shirt + leather jacket + sneaker. This is really me. I LOVE snekars so much. But sometimes i prefer girly look. Mini dress + high heels sangat mengancam! Oh, i LOVE heels too. Pakai heels buat saya rasa lebih berkeyakinan. Bila keyakinan dah bertambah, nak buat apa pun rasa yakin je. Takde nak takut-takut dah. Walaupun kadang-kadang  pakai heels buat kaki rasa sakit, but who cares?? Beauty is pain right?? (for me la)


3) A picture of you in one of your favorite outfits:

This is my favourite outfit. Obviously!But too bad takde gambar saya sorang.
Gambar dengan husband aci tak En. SA?


4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?

Why not? I'm a blogger and female.  Blogging dah jadi one of part in my life.  Walaupun blog saya tidak sebehat Hanis Zalikha, tapi masih punya kekuatan sendiri right? Lagipun siapa tak nak title Malaysia's Top Female Blogger 2011 kan?


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?

Pertama kali masuk ke blog Sandra Azwan, i feel sangat kagum. Mula-mula tertarik tengok dia punya sketching and header blog dia. Then, i browse Sandra Azwan punya entry yang lama-lama. (memang dah habit kalau suka sesuatu blog tu, i akan baca dari mula dia start blogging). Baru tau yang dia seorang designer. Well to be honest i tak reti sangat fashion2 designer ni. Tapi tengok kepada SA punya designer, nampak lain la dari mana-mana designer kat Malaysia ni. Paling suka baca blog Sandra Azwan sebab banyak info especially bab fashion dan gambar-gambar yang menarik.


Ok, that's all. Kepada semua girl-girl dia luar sana, meh la join constets ni. Ramai-ramai lagi best. Lagi meriah. Tak salah mencuba kan?


MALAYSIA NEXT TOP FEMALE BLOGGER 2011 CONTEST

Sunday, May 29, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011.

Aku berkesempatan pergi ke Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya tadi. Pergi pun dah lambat, kul 5 baru gerak sebab dah serik masa pergi Hot Ballon 2 tahun lepas waktu tengahari. Panas gila vavi. So tadi petang agak-agak cuaca dah redup sikit baru pergi.

Pergi berempat dengan laki aku & dua orang adik aku. 

Me & Hubby

My 4th & 5th Sis. Eda & Ain

Nasib baik tak susah dapat parking sebab aku parking kat opis aku je. Hehehe. Kata opis kat ngan tempat Himpunan Sejuta Belia tu. Kalau tak mau mengamuk jugak kot nak cari parking. Tapi jalan tadi takde lah jammed. Semua berjalan lancar.

Dari opis tu menapak la jalan kaki beramai-ramai. Sepanjang jalan dari presint 2 ke presint 4 tu penuh dengan booth-booth je. Memang besar la event kali ni. Moh la kita tengok apa yang ada kat Himpunan Sejuta Belia ni.

Mula-mula aku jumpa pameran dari pihak polis, bomba dan tentera. Lepas tu ada karnival kerjaya pe sume.

Jakun menyaksikan pertunjukan anjing polis.

Anjing polis.

Sempit gila rupanya heli ni. 

Cara pegang M16 pun dah tau tak layak jadi polis.
Pakcik polis belakang tu bosan je tengok aku. Hihihi


Saya mau heroin  sekilo!


Inspektor CUJEN. Banduan kat belakang tak yah nak senyum-senyum.


Polis nak amek saya bekerja tak?


Ok, sudah puas bermain-main di booth polis, moh kita ke booth bomba pulak.

Satu je gambar kat booth bomba. Cet!
Besar gila motor ni. Mesti lagi berat dari Batu Caves ni.


Ok, jom ke booth askar pulak. Banyak keta kebal woo.

The crowd


Walaupun aku kakak paling tua, tapi aku la yang paling comel.
^_^


Semua berebut-rebut nak naik kereta kebal. Boleh bawak gaduh woo.
(Baru aku tau dalam kereta kebal tu sempit gila babi, nak naik atas tu pun bukan main payah. 
Orang kurus je leh masuk)


Kenapa mesti aku yang kena bawak semua beg? Apakah peranan suami disitu?


Waa...bercanda atas kereta kebal macam bercanda di beranda rumah.


Tank ni bukan bawak minyak tau tapi bawak air.


Wow, hebatnya! U 're my hero.


Dr. CUJEN. (Penyamaran yang paling gagal sekali)
Ok aku tau muka aku tembam.


Ok cukup. Mari meneruskan perjalanan yang panjang ini.

Indah juga pemandangan kami dari belakang. ;p


Tapi dari depan lagi cute!


Eh ada ular la. 


Geli weh pegang ular tu. Badan dia lembik-lembik.


Jalan punya jalan hari pun dah malam.

Senja di Putrajaya.


Rehat kejap di Dataran Putra.


Ada pameran kereta antik kat situ.


Dah lepas penat, kitaorang pun terus berjalan. Jalan-jalan punya jalan sampai la ke pentas konsert. Ada konsert dari artis korea, Super Junior M. Kitaorang yang jakun-jakun ni pun sibuk jugak la menyelit-nelit kat celah orang ramai tu. Persembahan pembukaan dari artis Malaysia. Ada Nadia AF, Azlan & The Typewriter, Farah Asyikin ngan sape-sape tah lagi aku tak kenal. Ada la dalam 45 minit persembahan diorang sume. Lepas tu baru la turn Super Junior.

Punya la ramai umat manusia kat sini. Haish.


Tunggu punya tunggu dekat sejam la Super Junior tak muncul-muncul. Last-last kitaorg naik fedup terus blah dari situ. Tah hape la yang best Super Junior tu pun aku tak tau. Aku dok tunggu pasal nak tengok la kehebatan diorang sampai orang sume gila. Tapi tak dapek jugak. Kul 9 lebih gerak balik.

Sedar tak sedar rupanya jauh gila kitaorang berjalan. Ko bayangkan dari bangunan Kastam tu sampai ke Wisma Tani. Bayangkan!! Jauh weh. Kalau siapa biasa jalan kat sini tau la cemana. Kalau hari-hari biasa memang tak tergamak aku nak jalan kaki. Nak pergi bangunan MOF yang sebelah Kastam tu pun aku dah rasa jauh gila. Nasib baik pakai sandal je.

So tu je la laporan dari Cujen The Lejen untuk Perhimpunan Sejuta Belia 2011 ni. Ni baru sikit dari aktiviti yang ada kat PSB tu. Banyak lagi sebenarnya. Macam-macam ada. Futsal, Jom Heboh semua ada. Aku je tak larat dan tak sempat nak jengah semua. Kepada sesiapa yang dok berdekatan yang masih belum pergi, boleh la pergi. Rugi kalau tak pergi. Bukan selalu ada.

Happy Sunday uols!!

Friday, May 27, 2011

Cemburu.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang lelaki.

Diorang ni simple. Nak keluar mana-mana pun simple je. Tak perlu nak mekap-mekap. Tak perlu nak memikirkan nak pakai baju apa. Ye la orang lelaki punya fesyen baju dengan seluar je. Perempuan ada macam-macam jenis. Kejap nak pakai skirt, kejap nak pakai seluar, kejap nak pakai dress. Kalau yang bertudung pulak nak fikir lagi nak pakai tudung biasa-biasa je, shawl ke, turban ke. Tu belum masuk nak lilit-lilit bagai. Lepas tu nak kena mekap sikit-sikit. Kalau tak kang, pucat pulak muka macam mayat. At least kena jugak tepek fondation, bedak & lips balm sikit. Tu dah mengambil masa paling cepat pun 15 minit.

Belum kira lagi dok termenung depan almari tak tau nak pakai baju apa. Padahal baju penuh sampai nak pecah almari tu. Kadang-kadang dok tukar baju sampai 2-3 kali baru puas hati.

Lelaki senang je, takde langsung nak tepek apa kat muka. Pakai deodorant, pakai baju, pakai seluar, spray minyak wangi sket, sarung selipar/sandal terus keluar.

Perempuan pulak, bab kasut je boleh makan masa setengah jam. Dok pilih-pilih nak pakai kasut apa. Nak kena sesuaikan dengan baju. Lepas tu takmo pakai kasut yang sama berulang kali. Try jalan depan cermin berulang kali. Dah betul-betul puas hati baru boleh melangkah keluar. Tu pun kalau ada cermin dekat pintu keluar, sempat lagi mengadap cermin.

Satu hal lagi yang aku cemburu dengan orang lelaki ni, diorang keluar tak payah bawak apa-apa pun. Tak perlu nak beg segala. Wallet dengan henpon leh masuk dalam poket seluar. Perempuan nak buat macam tu?? Hish, tak sesuai la. Kalau pakai seluar skinni ketat-ketat tu celah mana nak letak henpon ngan wallet. Lepas tu mekap segala tu nak letak mana?

Aku dah pernah cuba untuk meminimakan barang yang ada dalam handbag aku tapi tak boleh la. Wallet aku je dah gemok macam apa. Segala macam kad, resit semua ada dalam tu.


Tengok la tu wallet aku yang gemok. Sampai tak boleh nak button. Tu pun letak kad-kad yang penting je. Kad-kad diskaun macam Jcard, Bonuslink, Watson sume aku letak dalam card wallet yang sebelah tu. Dah tu takkan nak keluar bawak wallet gemok tu je. Buatnya aku ada singgah watson ke, jusco ke dah rugi tak dapat pakai diskaun/point card. Nak tak nak terpaksalah bawak jugak.

Bila dah bawak menatang ni semua, kena lah bawak beg kan. Beg pulak tak nak kecik-kecik. Memang sedabak besarnya. Alasan, boleh masukkan segala macam benda dalam tu.


Tapi bila balik rumah bising sebab sakit bahu. 

Tu la pompuan. Complicated.

Aku dah cuba untuk jadi pompuan yang sesimple mungkin tapi still tak boleh. Lelaki jugak yang best. Simple je.


Wednesday, May 25, 2011

Mybank.



Sila la hina aku sekarang sebab baru nak pakai kad Maybank Debit Card ni. Hihihi. Orang lain sume dah berzaman pakai kad ni. Aku baru terhege-hegeh nak tukar. Tu pun sebab kad maybank aku hilang. Kalau tak pakai la kad maybank kaler kuning tu sampai dah pudar-pudar kalernya.

Lepas ni senang la aku nak menyoping. Tak payah bawak cash money. Lalalala.

Monday, May 23, 2011

Akhirnya.


Sofa yang kusimpan didalam bilik sudah boleh dibawa keluar. Sebelum ni simpan dalam bilik sebab takmo bulu-bulu kucing berterbangan di atas sofa ku itu. Bayangkan la setiap hari balik kerja agenda pertama ialah menbersihkan tempat berak Doddy anak beranak dan membuang segala bulu-bulu dalam rumah. Tu pasal la aku busy. Maklumlah sangkar diorang kecik je. Muat-muat untuk Doddy & Bella. Pas ada anak dah tak boleh kurung dalam sangkar. Tak muat. So lepaskan je la diorang dalam rumah. Bila kitaorang pergi kerja atau keluar ke mana-mana, segala pintu dan tingkap akan ditutup rapat. Bayangkan lah macam mana keadaan rumah tu bila kitaorang balik.

Tapi masalah dah selesai bila kami membeli sangkar baru untuk Doddy anak beranak.

Apartment baru diorang. Beli kat mudah dengan harga RM 299.
Kat pet store lain RM 350 memang tak lari.

So now kalau pergi mana-mana kurung je diorang dalam ni. Bila balik baru la keluarkan. Itupun laki aku tak bagi diorang masuk rumah dah. So main le kat balkoni rumah tu. Kesian pulak aku tengok. Tapi nak buat mcm mana, demi kebersihan rumah terpaksalah buat macam ni. Tunggu lah kalau dapat kuarters teres. Masih dalam permohonan ni. Harap-harap dapat lah.

Setakat ni je la ruang untuk diorang. Kesian semua macam boring je. Tak boleh nek berlari-lari.
Doddy menagih simpati. (dah tak dapat dok dalam bilik air lagi..cian dia)


Yang bagusnya Doddy diam je. Tek mengiau-ngiau pun. Tak macam Bella. Bising macam kena dera. Tadi tengahari nak kurung dia boleh pulak dia hulur tangan dia kat cage tu. Amek ko tersepit tangan. Pastu terus senyap. Hihihi. Kesian..

Anak-anak Doddy yang ikut perangai Doddy, Fabby sorang je. Fabby jenis cool. Diam je. Tak banyak songeh. Suka wat hal sendiri pulak tu. Time makan pun kalau semua dok berebut-rebut dia sekor je wat tak reti. Orang dah habis baru lah dia pergi makan. Suka menyendiri Fabby ni. Senang esok Aril nak bela.

Fabby blues!!


Paling nakal sekali si Zorro ni. Hobi dia panjat sana panjat sini. Grill kat rumah tu boleh dia panjat sampai atas. Lepas tu takut nak turun. Suka berlari dan pantang tengok benda berbulu. Kalau menyapu lantai tu mmg dia dok bergayut la penyapu tu. Geram betul aku dibuatnya. Kawan si Zorro ni, Merong.

Tengok la tu muka nakal si Zorro ni.

Partner in crime Zorro, si Merong yg comot.

Ada je agenda budak dua ekor ni. Elok sangat la tu, sbb dua ekor ni akan dijaga oleh Mummy Linda lepas ni.


Last but not least paling demok dan paling gebus sekali. Chibby in the house!


Aku panggil Chibby mok mok sebab dia paling demok. Jalan terkedek-kedek dengan bontot melenggang-lenggang. Rasa nak pukul je montot dia. Dia ni macam abang besar kat rumah ni sebab kalau gaduh ngan yang lain-lain dia yang akan menang. Jarang ar dia kalah. Dah besar nnt mesti mcm Doddy. Hihi.

Yang ni memang tak bagi orang sebab laki aku sayang gila dia ni.

Lepas ni sunyi la rumah aku sebab tak lama lagi mummy daddy angkat budak-budak ni nak amek dah diorang. Rasa sedih pulak nak bagi orang tapi nak bela pun macam tak boleh sebab banyak sangat. Takpelah, harap-harap mummy daddy angkat diorang boleh jaga diorang sebaik mungkin.


Sunday, May 22, 2011

Sunday.


Happy Sunday uolss. ^_^

Jadah apa dah kul 11 malam baru nak ucap happy sunday. Hehehe. Nak buat macam mana hujung minggu aku sekarang tak sama macam orang lain. Takde istilah berehat-rehat di hujung minggu lagi dah. Sekarang ni hujung minggu adalah masa untuk mengemas rumah, membasuh baju, uruskan anak-anak bulusku itu, mop lantai, kemas bilik, basuh bilik air. Pendek kata hujung minggu je la ada masa nak buat semua tu. Nak buat macam mana, kena lah berkorban sikit untuk menunutut ilmu. 

Sabtu lepas hari last aku punya kursus ilustrator tu. Alhamdulilah dari tak tau apa-apa langsung nak guna adobe ilustrator tu, sekarang setakat nak buat header blog yang simple-simple, banner atau kad jemputan tu dah boleh la kot. Actually mende-mende ni sume boleh belajar online je. Banyak tutorial tapi kalau dah langsung tak tau apa-apa kenalah juga belajar basic. Ok la belajar kat Kolej Komuniti tu, yuran pun murah je. Next kursus hujung minggu aku ialah kursus buat kek. Kursus ni sama jugak 3 hari. Setiap hari sabtu jam 9 sampai 5 petang. Tapi start bulan Jun nanti. Kepada siapa-siapa yang duduk beredekatan dengan Kolej Komuniti Selayang tu, kalau rajin nak pergi kursus-kursus macam ni boleh la tengok kat SINI. Jadual kursus untuk bulan Jun dah keluar. Kena daftar cepat-cepat sebab takut penuh. Yang tanya aku pasal kelas bahasa inggeris tu boleh usha-usha website KK Selayang ni. Aku punya kelas habis pertengahan bulan Jun. Lepas tu sambung kelas baru lak.

Ceh banyak pulak membebel pasal ni. Takpe sharing is caring.

Sekarang ni nak cerita mende lain. (sekali dapat update terus update banyak-banyak.hihihi).

Petang tadi aku pergi saloon. Tukar kaler rambut and trim sikit rambut aku yang dah serabai tu. Kebetulan ada promotion pulak saloon yang aku selalu pergi tu. Beli pakej treatment rambut 2, dapat free rebonding/color/digital perm. Murah gak la. Treatment rambut tu satu RM88. So kalau beli 2, RM176 la. Pastu boleh pilih nak rebonding/color/digital perm. Haruslah aku grab kan. Pas color terus wat treatment sekali. Pastu yang satu lagi treatment boleh guna next time. Berbaloi-baloi okey. Saloon ni kat Seri Kembangan je, kat Taman Equine. Nak tau lebih lanjut boleh tanya di ruangan komen. 

Tak berapa nampak pulak colornya. Tetiba rasa nak beli DSLR sekarang ni. -__-

Ok la dah malam sangat ni. Nak mandi dan tidur dan rehat dengan secukupnya. Takmo ada mata panda esok hari. Gud nite everyone!


Wednesday, May 18, 2011

Senarai Pemenang Giveaway Cujen The Lejen.

Seperti dijanjikan hari ni aku nak umumkan pemenang untuk giveaway aku tu. 

First, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi join giveaway aku yang tak seberapa tu. Mula-mula risau gak takde sape nak join. Tapi nasib baik la penyertaan memberangsangkan. Hehehe.

Kedua, mintak maaf banyak-banyak sebab lambat umumkan pemenang. Aku busy ler nok. Macam-macam hal nak dibuat. Kalau ada masa free pun, nak berehat pulak. Mula-mula aku ingat nak buat video masa aku pilih pemenang tu. Dah siap pun senarai nama aku gunting kecik-kecik nak wat cabutan kononnya. Malangnya takde masa la pulak aku nak bervideo bagai. Lagipun aku tak berapa reti la nak bercakap sorang-sorang depan kamera. Takde bakat kaedahnya. Hihihi. So, senang cerita aku just guna website RANDOM.ORG untuk pilih pemanang. Kat senarai nama tu aku dah bagi nombor-nombor bertuah korang. Kepada yang takde dalam list tu, maknanya korang tak memenuhi syarat atau tak pilih nak hadiah apa. Jadi aku tak boleh nak masukkan nama korang dalam list tu. Mintak mahap je la yer.

Ok la membebel panjang-panjang pun tak guna. Moh la kite meneruskan agenda kita. Firstly aku nak pilih pemenang untuk MNG Tote Bag.


Pemenang untuk hadiah ini ialah :





Next hadiah ialah Rayban Wayfare


Pemenang untuk hadiah ini ialah :





Next, Ikea Deco Watch


Pemanang hadiah ini;




Kepada semua pemenang diharap dapat bagi address ke emel saya cujern@gmail.com dalam tempoh 2 minggu. Lepas 2 minggu kalau takde sape claim, aku akan cabut no lain.

TQ!