Thursday, June 30, 2011

Dipaksa Menonton Perlawanan Bola Sepak.

Aku memang tak minat bola. Apatah lagi nak pergi menonton perlawanan bola sepak di stadium. Dengan sesaknya, bising lagi memang la boleh buat aku naik hangin. Tapi demi suami tersayang terpaksalah teman juga. 



Yang sebenarnya aku tak nak tinggal rumah sorang-sorang. Hihihi. Tu yang ikut jugak walaupun dalam hati tak rela.

Kseimpulannya aku memang tak minat bola. Boleh tak masa kat stadium aku bantai main angry bird. Hihi.

En suami, kalau nak bawak saya pergi tengok bola kat stadium sila pastikan :

1. Perut saya telah diisi kenyang-kenyang.

2. Saya bukan dalam keadaan PMS.

Nasib baik Malaysia menang semalam. Kalau tak lagi la aku naik hangin walaupun aku langsung tak perasan tah bila masa gol. :-P


Wednesday, June 29, 2011

Yang Ditunggu Dah Tiba.


Ehehehe. Ni la mende yang aku buat kalau takde kerja. Online shopping!
Barang-barang yang ku order sudah sampai. :-D. Jom sekodeng apa yang aku beli.

Tadaaaa!!


Ada orang tanya aku selamat ke beli barang online.
Hehehehe. Mestilah selamat.

Tapi nanti la aku cerita dalam next entry. Apa yang best dan apa yang tak best beli online ni.
Dan aku akan share blogshop-blogshop favourite aku. ^_^

Tunggu next entry la yea. 



Friday, June 24, 2011

Maharaja Lawak : Aku Pilih SEPAH Sebagai Juara.

Kenapa aku pilih SEPAH? Sebab pada aku Sepah yang paling konsisten sepanjang berlangsungnya Maharaja Lawak ni. Aku memang tak pernah miss Maharaja Lawak walaupun suatu ketika dulu aku pernah la mengutuk rancangan Raja Lawak ni. Aku start tengok Raja Lawak ni masa musim kedua. Tu pun sebab Nabil dan aku tengok lepas Nabil dah jadi juara (tengok youtube je). Lepas tu memang tak layan dah sampai musim kelima. Tu pun layankan laki aku sebab dia memang suka tengok Raja Lawak ni.

To be honest, sebelum Maharaja Lawak aku tak pernah kenal pun kumpulan Sepah ni. Serius! Masa laki aku dok gosip-gosip (laki aku mmg suka gosip), Shuib kawen ngan Siti Sarah pun aku wat bodoh je. Memang tak amek port. Rancangan Bujang Sepah pun aku tak suka tengok.

Tapi start Maharaja Lawak ni, serius aku terus sukaaaaa gileee kat Sepah ni. Minggu pertama je dah buat aku gelak gila-gila. Tapi yang paling best masa minggu musikal.


Minggu musical ni memang gila ah. Kelakar gila sepah masa ni. Banyak dialog-dialog diorang yang aku takleh lupa.

"haa..ngam-ngam yang..tak payah la nak potong tangan wat sample"

"ni kalau tengok ni bukan batu biasa ni.. batu caves ni"


"gajah tu bertahun-tahun tak makan nasi gemok jugak"

Hahaha, memang lawak! Dengan lagu latar lagu Hotel California dan lagu Pada Syurga Di Wajahmu memang best la. 

"bersabar abang...bersabar abang"


"ko diam peah" :D

Satu lagi aku suka masa minggu keenam


Ni pun best jugak. 

"yang buat aku teruja tu, budak-budak kat sana umo 7-8 tahun dah pandai cakap inggeris"

"setakat bapak william tu aku panggil POKTEH je" hahahahhahahah. ni memang lawak."

"aku nak bagi ko barang ni...barang yang lepas jangan dikenang"

Ikutkan aku, Sepah tiap-tiap minggu best tapi dua ni memang favourite aku. Harap sangat Sepah boleh jadi juara. Jozan? Boleh la tapi aku rasa diorang ni menang populariti je. Maklumlah diorang kan dah jadi pengacara Raja Lawak tah berapa lama. Nabil pun agak menurun prestasi dia. Dah kering idea kot. Lagipun dia sorang kan. Peserta solo memang susah sikit nak survive

Kalau Sepah juara, Jozan naib juara, Nabil no tiga pun okey jugak. Kalau dibahagi-bahagi duit kemenangan tu, sorang dapat 100 ribu. Kan? Kan? Hehehe.

Apapun aku sokong Sepah walaupun aku tak mengundi. ^_^

Ala, dah langgan Astro Warna tu pun kira mengundi gak kan. 

Ok, selamat menonoton Mahaja Lawak dan selamat bergelak ketawa.

Cheers.

Monday, June 20, 2011

Goodbye, Gold Coast.

Tengok tajuk pun dah tau aku gagal kan? Hehehe.

Tapi takpe, aku nak cerita juga apa yang aku buat kat sana semalam.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Pecah rekod weh hujung minggu camni bangun awal. Selalu matahari dah atas kepala baru nak bangun. Tapi demi impian nak ke Gold Coast, aku gagahkan juga.

Sampai pavilion awal gila. Kul 10 aku dah sampai. Parking pun banyak lagi kosong. Pertama kali dapat parking betul-betul depan esclator nak masuk pavilion tu. Gila ah.

Sampai-sampai je aku terus menuju ke tempat pertandingan. Hehehe. Tak sabo nak tengok apa rupa game yang aku nak kena main ni.


Tu diaaaa. (macam susah je)


Orang pertama yang mendaftar. Hehehe.


Lepas daftar tu dia akan kasi masa bila aku punya game akan start. Mula-mula aku kena start kul 12.30. Maknanya aku orang pertama la yang akan main game ni. Tapi nasib baik la dia tukar aku nye turn ke 2.30 petang. So boleh la tengok orang lain buat dulu cemana. (padahal aku dah berdebo tak tentu hala). Cam bodoh je aku nak berdebo benda-benda camni. Hihihi.

Sementara nak menunggu turn kitaorang sampai, aku dok lepak-lepak la kat booth choclairs tu. Ngah lepak-lepak ternampak seseorang yang ni yang "macam ku kenal, tapi di mana ya??". 

Ha, kenal tak? Kenal tak?

Cik Epal in da house!! Ala, Cik Epal blogger yang famous amos tu.Takkan la tak kenal kan? Ingatkan dia salah seorang peserta tapi rupanya dia datang buat liputan di situ. Nanti dia story la kot dalam blog dia. Hebat ok, datang buat liputan. Cik Epal cakap aku dengan laki aku macam bukan laki bini. Nampak macam kapel-kapel je. ^_^. Biasalah Cik Epal, hati lejen tapi muka cute! Hahaha

Lepas tu aku laki bini dah kebosanan. Ada masa 4 jam weh. So kitaorang beronggeng dulu kat Pavilion tu. Terpaksa beli spender dan bra baru sebab terlupa nak bawak. Masa orang tu call hari tu dia dah pesan soh bawak baju spare sebab game ni ade kena masuk dalam air. Tapi yang aku bawak baju dan seluar je. Yang dalam-dalam semua terlupa. Kata nervous!! Bukan bra n spender je lupa. Henpon dengan jam pun tertinggal kat rumah.

Kitaorang sempat gi makan. Sambil tunggu dua orang member yang nak datang bagi sokongan padu kat kitaorang nanti. Hehehe.

Short it cut la eh. Lepas makan beronggeng pe sume, tibalah masa yang ditunggu. Kul 2 aku dah standby kat situ. Sempat la tengok 2-3 orang yang jalan dulu. Lepas tu baru turn kitaorang. Aku ingatkan kitaorang berdua akan buat serentak, tapi rupanya aku akan lawan partner orang lain. Lepas tu partner aku akan lawan peserta lain pulak. Ceh, camtu rupanya. Tapi aku kasi laki aku jalan dulu. Lepas tu baru turn aku.

Tu dia lawan aku. Mana aci kena lawan lelaki. Patutnya pompuan kena lawan pompuan la kan.
Ini tidak adilll!!


Tapi takpe, aku akan fight dengan sepenuh hati.
Lagipun markah dikira bukan sape yang sampai dulu.
Markah ikut point yang kita kumpul dalam masa 2 minit yang dia bagi.
So apa ade hal?? Cujen boleh!


Round 1, kena amek beg choclairs ni dulu.
Yeslah, aku berjaya dapat dulu. Padan muka you lambat.
I jalan dulu yerrrr.


2nd round - kena panjat menatang ni tanpa menggunakan tangan.
Nampak senang kan??? Tapi susah weh.
Nampak tak lawan aku tu dah potong aku. Cis! Cis! Cis!


Ok, aku lambat. ):


Berjaya jugak sampai atas. Dah sampai tu kena hazab lagi.
Gelungsur sambil peluk beg choclairs tu!


Huahahahahaha.
Nasib baik muka aku blur, kalau tak aku tak dapat bayangkan cemana rupa aku masa ni.


Sampai bawah kena kutip bola-bola api ni sampai sepuluh masuk lam tong tu.
Kena amek bola-bola yang ada point, sebab point tu yang akan dikira untuk markah.


Round ketiga - kena pecahkan belon-belon tu dengan menggunakan BONTOT!

Kalau nak tau,  part sini la yang menyebabkan aku kalah. Ko bayangkan la belon-belon yang aku dudukkan tu tak mau pecah!! Cilanat punya belon. Dua tiga kali henjut-henjut dia takmo pecah. Nampak sangat aku ringan kan? Hehehe. Kalau aku tau la nak pecahkan pecah belon pakai bontot, aku pakai seluar yang tajam-tajam.

Dekat sini je amek masa hampir seminit. Tengok la partner sebelah aku tu dah berjaya pecahkan semua belon menggunakan bontot. Hebat betul bontot dia. Hahaha.

Belon ni memang menyusahkan hidup aku tau. Agaknya aku dengan belon memang tak boleh ngam. Sila rujuk entry ini untuk baca sejarah aku dengan belon. ----> (AKU BENCI BELON)

Tapi berjaya jugak aku pecahkan semua belon-belon tu. Kira hebat jugak bontot aku. ^_^

Lepas tu terus ke part yang terakhir. Part ni memang hazab sikit la sebab kena memanjat lepas tu masa panjat tu turun air dari atas. Bukan air biasa tau. Air campuran coklat. Memang melekit-lekit la.

Sampai sini aku ada masa 40 saat je lagi. Memang pancit dah masa kat sini. 
Tengok ah tu aku macam dah tak larat.



Kena panjat sampai atas tu lepas tu terjun ke bawah. Tinggi jugak weh. 


Ini la rupa aku di dalam sana. 

Kat sini aku gagal mendapat satu pun bola-bola api. Bermakna aku gagal la kumpul point. Ni sume sebab belon yang buat aku lambat. Kat dalam tu dengan air pe sume susah jugak la nak cari bola-bola tu. Licin nak mampus.

Sempat lagi posing walaupun gagal mendapatkan point.


Habis basah lencun dengan air coklat.
Steady ok main game camni pakai jeans. ^_^


Memang best! Haha.


Ni pulak aksi laki aku.


Laki aku berjaya la dapatkan point-point tu semua.Tapi aku rasa dia tak kira sebab dia cuma partnet kepada peserta je. Yang dia kira markah peserta-peserta je. Partner tu just untuk suka-suka je la kot.
Konpom la tak menang kan.

Tapi tak menang pun takpe, sebab still dapat consolation prize. Henpon Sony Ericsson. Ingatkan dua-dua peserta dengan partner dapat henpon tu. Rupanya untuk peserta je. So tak dapat la laki aku henpon tu. Ciss. frust jugak la.

Tapi, kat situ ade lagi game-game lain untuk orang ramai yang ade kat situ. Hadiah nya henpon jugak. So laki aku pun mencuba nasib la.


Bersungguh-sungguh nak menang.


 Naim dengan Hery pun nak cuba jugak.

Game simple je. Budak-budak pun booleh main. Siapa dapat markah paling tinggi, dia la menang. Pemenang akan dipilih setiap sejam. So lepas sejam kalau nak try lagi boleh la. Dua tiga kali jugak la laki aku try main game ni. Akhirnya dapat jugak the highest socre. Tapi dia berkongsi mata dengan sorang lagi peserta yang dapat markah sama. Ingatkan dua-dua la dapat kan. Tapi dia cakap sorang je yang boleh dapat. So terpaksalah fight sekali lagi. Nasib baik berjaya dapat markah lebih. Kesian kat mamat yang sorg lagi tu. Muka frust gile. Nak buat cemana, dah rezeki kami. ^_^


Yay, dapat dua henpon. Jadi la kan. Sape nak bagi?

Thank you Choclairs!

Walapun tak dapat pergi Gold Coast tu tapi enjoy jugak la. Thanks to Naim & Hery yang datang teman kami berdua dan memberi sokongan padu. Termasuk menjadi penjaga beg dan photographer untuk hari tu. (Naim cakap dok situ dari pagi sampai petang dah macam kat sukan sekolah). 

Tapi ok what, pecah rekod dok kat pavilion tu lama-lama. 
Hehehehhe.


Friday, June 17, 2011

Gold Coast, Here I Come.


Ececeh, berangan je lebih aku nie. Tah dapat ke tidak pergi Gold Coast tu. 

Ingat tak lagi aku pernah post entry pasal Game Cadbury Choclairs yang aku dok main macam nak gila dulu? Ala, yang hadiah utama melancong pergi Gold Coast tu. Bukan Gold Coast kat sepang tu. Tapi Gold Coast kat Australia hokey!! Boleh tunggang kangaroo kat sana. Hehehe.

Dipendekkan cerita aku memang addict main game tu tapi bukan sebab nak menang sangat hadiah pergi Gold Coast tu. Nak rebutkan hadiah mingguan je sebenarnya. (Sungguh tak bercita-cita tinggi langsung aku nie).

Siang malam pagi petang aku main game tu sampai nak tercabut la keyboard laptop aku tu. Tapi main punya main sampai minggu ketiga, still tak menang hadiah mingguan tu sampai aku pun naik fed up. Lepas tu terus stop main dan lupakan segala hasrat nak menang laptop dan percutian ke Gold Coast tu.

Dipendekkan cerita lagi, Isnin lepas aku tetiba dapat call dari Cadbury Choclairs kata aku terpilih dalam top 30 untuk rebut hadiah utama percutian ke Gold Coast tu!! Whatttttt!!! Mestilah aku tak percaya kan. Aku syak ada sindiket nak kenakan aku ni. Tapi bila fikir-fikir balik sape pulak yang nak memainkan aku kan? 

So aku pun pegi la check kat wall FB Choclairs Cadbury ni. Sekali tengok dia dah senaraikan nama-nama top 30 kat wall dia. So, confirm la ni. ^_^


Nampak tak nama aku disitu. Hehehhe.

Tapi ni baru top 30. Top 30 ni nanti kena pegi Pavilion hari ahad ni tuk last challenge tuk rebut hadiah utama tu. Tapi yang tak bestnya dia tak bagitau apa game yang kitaorang kena main tu. Ceh. Saje je kan buat aku berdebar-debar. Aku ni bukan boleh main game2 camni. Buat kat Pavilion lak tu. Mesti ramai yang tengok. Aku ni dah le nervous melampau. Kang langsung keras kat situ. Langsung tak menang. :-(  Tengok senarai nama pun cam hebat-hebat je. Huwaaaaaa...ada peluang ke aku??

Tapi masa org tu call dia kata kalau datang tapi tak menang hadiah utama tu still dapat hadiah saguhati. Tak silap aku hadiahnya henpon kot. Berbaloi la kalau aku pegi pun. Tapi still rasa berdebar-debar la. First time aku dapat peluang macam ni. Doakan aku berjaya ok. Kalau dapat pegi Gold Coast tu nanti, aku bawak balik kanggaroo tuk korang sorang satu. Hihi.


Monday, June 13, 2011

KL Gangster.

Akhirnya!!

Dapat jugak pergi tengok wayang. Dua minggu sebelum ni asyik full je. Naik hangin satu badan dibuatnya. Ala, sebenarnya ada je seat kosong lagi kalau nak pergi tengok tapi jenis aku pulak, kalau seat 5 dari belakang tu dah full memang aku tak hingin pergi tengok wayang. Wat sakit mata dan sakit hati je dok seat depan. Bayar sama je, so mestilah aku nak tempat yang selesa kan.

Eh banyak pulak membebel pasal seat. Ok meh aku citer sikit pandangan aku mengenai cerita KL Gangster yang sedang hangat diperkatakan ni.

Asalnya memang aku tak berminat nak tengok KL Gangster ni memandagkan aku dah 2 kali frust tengok cerita Shamsul Yusof ni. Cerita KL Drfit memang aku tak boleh blah langsung. Dengan lakonan poyo ngan ayat-ayat skema dalam filem tu. Khurafat pulak aku memang tak boleh blah dengan lakonan kayu Shamsul. So aku expect cerita KL Gangster ni pun lebih kurang la kot. So memang tak terniat pun nak tengok. Lagipun aku tak minat Aaron Aziz.

Tapi lepas baca review dari orang lain yang rata-rata kata citer ni best, so aku pun terasa la nak tengok jugak.   

Overall aku rasa citer ni ok. Aku boleh bagi 3.8/5 star. Kiranya aku keluar panggung tu takde la rasa macam frust ke apa. Enjoy jugak la. Lakonan Shamsul pun nampak ok. Takdelah poyo sangat macam dalam citer KL Drift tu. Pelakon-pelakon lain toksah cakap la, semua memang pelakon hebat-hebat especially Ady Putra. Ok, bias di situ sebab aku memang minat dia pun. Hahaha. Tapi siyes la, Ady Putra memang superb. *jatuh cinta kali ke 60 kali kat dia* Dia jadi gengster memang kena la. Watak-watak lain macam Abang Long Dil ngan kawan Malik (ape tah nama dia tu, aku lupa) tu memang banyak menghidupkan movie ni. Mungkin kalau diorang takde cerita ni nampak suram kot. 

Badan dia *mabeles!!!*


Jalan cerita ok tapi ending dia agak longgar la. Senang-senang je habis macam tu kan. Tak dramatik langsung.   Patutnya boleh tambah sikit adegan-adegan dramatik kat babak-babak akhir tu. Tapi takde pun. Biasa-biasa aje. Taiko besar pun bley mati senang-senang la?? Agak kureng la di situ. Lagi satu, watak adik Malik si Zati tu macam tak berapa perlu je. Kalau watak dia takde pun tak mendatangkan apa-apa effect pun. Ni pada pandangan aku la. Tapi citer-citer gangster macam ni kalau takde watak cikaro memang tak best la kan. 

Aaron Aziz memang tak yah citer la. Dia memang pelakon hebat. Walaupun aku tak minat dia sebelum ni, tapi lepas tengok KL Gangster ni tetiba aku rasa dia hensem. Hahaha, boleh tak camtu? 

Apapun aku ucapkan tahniah kat Shamsul Yusof sebab pencapaian dia yang semakin baik. Kualiti filem pun semakin ok. Secara keseluruhannya aku rasa agak berjaya jugak la filem ni. Boleh la kan untuk filem melayu kita. Asik-asik tengok filem omputih je sekali sekala support filem melayu pun ok. Citer hollywood tu pun bukan semua best. Kadang-kadang cam hampeh jugak.

So kepada sesiapa yang belum tengok filem KL Gangster ni, boleh la ke pawagam-pawagam berhampiran. 

Selamat menonton ^_^


Van Mini Milo Yang Sungguh Memikat Hati.


Sekarang ni gigih setiap hari minum milo sebab nak kumpul point untuk redeem Van Mini Milo yang tersangattttttttt la comel nie!



Cooooooomelllllll kan??? Aku ni dah la gila benda-benda macam ni. Start tengok iklan kat tv lagi aku dah meroyan nak kan benda nie. Tapi biasalah benda-benda macam ni mesti la ada syarat kalau nak dapat. Ala syarat biasa-biasa je. Kena sertakan bukti pembelian. Setiap pek milo tu ada mata-mata yang diberi. So kena kumpul point la pastu baru redeem Van Milo ni.

Van milo ada 6 semuanya. Setiap bulan boleh redeem dua je. Pastu ada dua size pulak. Aku mestilah nak kan size yang besar tu khannnn. Barulah comel nak susun atas rak kat rumah aku tu. ^_^

So sekarang gigih la beli Milo. Lepas tu pergi rumah sedara mara tanya ada milo ke tak. Kalau ade nak kan pek milo tu. Hihihi. Keji sungguh perangai aku. 

Korang-korang yang tak nak redeem Van Milo ni tapi ada beli milo kat rumah, sedekah la kat aku pek milo tu. Tak payah la susah-susah aku nak kena beli milo banyak-banyak. Kang penuh pulak rumah aku tu dengan milo. Orang datang pun aku hidang milo je. Silap-silap dengan kucing2 aku pun aku paksa minum milo. Hehehe.

Kalau nak tau cemana nak redeem Van Milo chomel ini, sila la layari MILO.COM.MY


Thursday, June 2, 2011

Day Six : 10 Things You Can't Live Without

Here the list of 10 things i can't live without.

1. Duit - Takde benda lain sume takpe lagi, asalkan ada duit. 

2. Internet - Takde telefon masih boleh diterima, tapi kalau takde line internet boleh gigil badan aku ni. Sekarang ni kalau takde telefon pun still boleh berhubung dengan orang lain, asalkan ade line internet. So bagi aku internet ni sangat penting bagi aku.

3. Laptop/Komputer - Ada line internet kalau takde laptop tak guna juga kan? 

4.Telefon bimbit - Telefon dah jatuh no. 4 terpenting dalam hidup aku.

5. Pelembap muka - Aku jenis yang tak mekap sangat bila keluar tapi bila keluar WAJIB tepek pelembap. Kalau tak rasa cam tak sempurna je.

6. Lip balm yang ade kaler - Ni pun WAJIB pakai bila keluar sebab bibir aku jenis kering yang sentiasa perlukan pelembap. Bibir tebal macam aku ni memang cepat kering kalau tak sapu pelembap.

7. Eye liner - Typical. Kebanyakan perempuan mmg tak boleh hidup tanpa eye liner kan? 

8. Sling bag - Senang nak bergerak pakai sling bag ni. Lagipun susah sket peragut nak ragut kalau pakai beg macam ni. Handbag pakai pergi opis je.

9. Jam - Penting untuk tengok waktu. Kalau tak pakai, rasa cam berbogel je tangan aku nie.

10. Panty Liner - Penting untuk mengekalkan kesegaran dan keharuman sepanjang masa. Ehehehe. Kaum lelaki yang tak tau apa itu panty liner sila la google. ^_^

Tomorrow : 10 Important People.
Siapa lah agaknya VIP di dalam hidup saya yer.


Wednesday, June 1, 2011

Sepuluh Perkara : 10 Wishes

Sambung balik game 10 things ni setelah sekian lama tergendala. Day 5 is about wishes. Ikutkan banyak sangat wishlist aku ni tapi sebab game 10 perkara, aku listkan 10 je la. Tamak betul nak banyak-banyak.


10 Wishes In My Life

1. Good Husband (wish come true ^_^)

2. Travel around the world. (macam susah je nak tertunai)

3. Bawak family pergi Mekah (5 years more maybe)

4. Twin Kids

5. Own a bungalow house (10 years, maybe??)

6. Be a successful businesswoman

7. Mitsubishi Lancer

8. No more hutang-hutang in my life

9. Do a bungee jump

10. Mati dalam keadaan orang beriman. (jnsyaallah)


Itu aje wish list aku buat masa ni. Korang cemana?