Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan 1432H

Alhamdulilah, tahun ni masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan. 

Tahun ni sepcial sikit sebab ini kali pertama aku sambut puasa sebagai seorang isteri. Teruja jugak la sebab nak tengok setakat mana kemampuan aku nak sediakan juadah sahur dan berbuka sendiri. Ye la, tahun-tahun sebelum ni semua mak aku yang sediakan. Celik mata je makanan dah ready. Tapi tahun ni kena buat sendiri dan hasilnya, sahur pertama aku kantoi!. Bangun pagi je tinggal 5 minit nak azan subuh. Sempat minum seteguk air je. Hahaha. Failed!

Puncanya aku ingatkan laki aku dah set alarm. Dia pulak ingatkan aku yg set alarm. Padahal aku dah tanya dah sebelum nak tido tu. Dia cakap dah. Rupanya tak set pun. Hampeh betul. Nasib baik boleh bertahan lagi puasa aku tu. Tapi melepek jugak la. Petang tu terus berbuka rumah mak aku. Tak larat kononnya. Hihihi.

Tapi sekarang dah masuk hari ke 11 ok la. Aku ngan laki aku jenis tak cerewet makan. Macam dia kalau ade sambal je dah ok. Aku lagi la, bukan banyak snagat makan pun. So kadang2 aku masak satu jenis lauk ngan sayur je. Kuih-kuih pun takde sangat. Sebab biasanya pas berbuka tu dah takde makan-makan lagi dah malam tu. Sahur lak, lagi sempoi. Laki aku minum susu dutch lady ngan air masak je. Dia jenis yang tak makan sangat masa sahur. Aku je yang kena makan. Tu pun makan biskut tiger cicah nescafe je. So kesimpulannya juadah sahur memang aku tak pernah buat. Masak untuk berbuka je. Tu pun simple-simple je. Kadang malas, aku beli je. Hihihi. Memang isteri mithali!

Setakat hari ni belum pernah lagi berbuka puasa kat luar. Makan kat rumah je. Sejak dah kawen ni rase malas je nak keluar rumah. Better makan dirumah walaupun lauk satu sardin je yang ada. Takpun berbuka rumah mak aku atau diorang datang yang berbuka kat rumah aku. Yang penting berbuka puasa di rumah. Tapi minggu depan rasa nak jugak la berbuka puasa kat luar. Sekali sekala kena tukar selera kan?

So kesimpulannya ramadhan tahun ni biasa-biasa je. Takde apa pun yang menarik sangat. Raya pun nanti aku sambut sederhana je kot. Bajet dah lari sebab kena pindah rumah. Kali ke 5 aku pindah dalam masa 7 tahun.  Itu nanti aku cerita di next entry la yer.

Tahun ni beraya umah mak mertua kat Selayang je. Camne ek rasa beraya umah mak mertua? Hehehehe.


Monday, August 8, 2011

Bonuslink Reward.

Aku memang jarang amek port hal-hal reward ni. Selalunya kalau orang promoto soh amek kad itu ini aku amek je selagi ianya FREE. Hehehe. Macam kad bonuslink ni, dah lama aku join kumpul point tapi tak pernah redeem pun. Tapi hari tu disebabkan kebosanan aku pun check la emel aku satu-satu. Owh rupanya bonuslink selalu hantar emel bagitau soh redeem sebab point yang tak redeem akan expired. Tak silap aku 6 bulan dari tarikh collect point tu. Cet!! Manalah aku tau kan.

Sekali check banyak gila ah point aku dah expired. Hampeh dot com betul la. Tanpa berlengah aku pon redeem la balance-balance point yang ade tu. Dapat lah redeem voucher makanan. 


Nando's voucher RM 20 x 2. Jadilah kan. Sape nak bagi. Yang bestnye bonuslink ni, aku redeem pagi ni, esok petang dah sampai voucher tu. Cepat gilerrrrrr! Ni yang wat aku semangat nak collect points ni. Hehehehe. 

Korang yg ade bonuslink tu jangan lupa redeem ni. Nanti expired rugi tau.

Thursday, August 4, 2011

Trip To Universal Studio Singapore [Part 2]

Ok, hari ni nak sambung citer pergi USS hari tu. Lepas hujan selebat-lebatnya tengahari tu kitaorang terus gerak ke Waterworld Show. Show ni memang best!!! Kalau pergi USS wajib tengok show ni. Memang the real show dengan kesan bunyi yang sungguh best! Pelakon-pelakonnya pun mantap-mantap. Ni bukan tayangan gambar ye adik-adik tapi ni memang live show. Dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Hihihi. Tapi harus diingatkan ye kalau bawak baby atau budak kecik takyah la masuk tengok show ni. Kalau nak masuk pun duduk belakang-belakang la sebab bunyi show ni kuat sangat. Dengan bunyi tembak-tembak, bunyi bom, memang bising la siap de asap2, bau belereng lagi . Pastu siap ade real kapalterbang landing pe sume. Then sape yang dok depan seat kaler biru dan hijau, bersedia lah anda untuk basah. Seat biru dan hijau memang dah tulis dah mesti basah punya. Tapi seat biru tu memang dia akan bagi ko basah sebasah2 nya la. Kalau nak merasa kena tembak air, dok la kat seat biru tu. Kalau dok seat hijau, kena splash2 je. Dok atas, memang tak basah. :-). Kitaorang dok kat seat hijau je. Tu pun standby pakai poncho yang dibeli masa hujan tadi. Ade rahmat jugak hujan lebat tadi.. Hehehe. Ok, jom layan gambar.

Tu dia set untuk live show Waterworld ni. Gempak kan?

Kitaorang duduk kat seat hijau. Splash Zone. Dah siap-siap pakai poncho.

Si jahat di dah mula simbah air. 

Sebelum show start, diorang dah mula basahkan penonton. Sape yang dok depan tu memang basah lencun dibuatnya. Takde belas kasihan. Memang dia bagi habis-habisan. Dah nama pun wet zone kan. So dok depan kenalah bersedia. Nasib baik kami dok splash zone je. Kena tempias-tempias. Hehe.

Ok get ready, show dah nak start.


Tu dia kapal perang diorang datang.

Aksi melompat, memanjat, bergayut, terbaring, tergolek semua ada.

Memang layan la show ni sampai tak sempat nak amek gambar. Semua dok terpegun tengok aksi-aksi pelakon tu semua. Badan diorang mantap-mantap weh!

Hero & Heroin. Tengok lengan heroin dia tu. Kalah lengan laki aku!
(eh, kulit aku sama la ngan mat saleh tu. hihihi)

Dengan pelakon-pelakon lain. Terbaik!!


Dah puas layan live show Waterworld ni, terus gerak ke The Lost World.



Malangnya nak masuk ke Lost World tu kena tunggu sejam. Gila lama. Bayangkan pergi hari Jumaat pun ramai orang, inikan pula pergi weekend. So kepada sesiapa yang plan nak pergi tu, jangan la pergi waktu hujung minggu atau cuti am. Memang kena beratur la jawabnya. Unless la kalau ko sanggup nak beli express pass yang berharga 30 SGD sorang. Aku kan kedekut, jadi aku tak beli la express pass tu. Jadinya kitaorang decide pergi tempat lain dulu. Next stop is Ancient Egypt atau The Mummy. 


Tolonglah! Tolonglah culik kan lelaki sasa tu untuk aku.
Badan dia, peh!!! Mabeles.



Ok yang ni memang aku sexcited sangat-sangat. Sebabnya sebelum pergi aku dah wat research dulu. Banyak kata mesti pergi naik roller coster The Mummy tu. Jadinya, awal-awal aku dah set kan. Apa pun jadi aku mesti masuk jugak situ. Mula-mula budak-budak sume cam tak nak masuk ke kat dalam The Mummy tu. Ye la nampak dari luar cam biasa-biasa je. Rupanya adventure sebenarnya ada kat dalam weh! 

Tu dia! Revenge Of The Mummy.

Pintu nak masuk ke Revenge Of The Mummy

Nak masuk dalam tu, memang jauh la kena jalan. Dah la gelap. Konon macam dalam pyramid la. Gelap, pastu siap ade keranda the mummy tu sume. Memang agak seram la. Aku rasa dekat 5 minit jugak la berjalan masuk dalam tu. Mengah jugak la berjalan. Tapi kemengahan tu hilang bila sampai tempat tu. Nampak je roller coster terus sexcited kecut perut. Hahaha. Aku memang penakut pun. Sebenarnya aku tak tau pun gitu rupa Revenge Of The Mummy ni. Aku tak tau pun de rollercoster sebenarnya. Tapi sebab orang cakap best, aku pun nak gak la merasa. Sekali hambek ko, roller coster berkelajuan tinggi nok!! Nak patah balik? Lupakan je la. Jauh tu nak jalan. Nak tak nak sume yang masuk tu kena lah naik. Hahahaha. 

Tapi terus terang kabo, roller coster ni MEMANG BEST GILER!!!! Part yang roller coster tu mengundur, memang terbaik! Turun dari roller coster muka masing-masing cam celaka. Hahahaha.

Hahaha. Ni la rupa memasing masa atas rollercoster tu.

Ada muka cam nak nangis, nak terberak, nak terberanak sume ada. Gambar ni beli kat situ jugak lepas turun dari rollercoster tu. Harga SGD 18. Mula-mula cam tak nak amek gambar ni sebab buruk gila kot. Tapi amek jugak  buat kenangan. Best sangat rollercoster ni sampai kitaorang naik 2 kali. Gambar kali kedua mestilah cun. Siap boleh buat peace. Hahaha. (tapi tak upload la sebab tak scan lagi)

Dah puas bersukaria kat Ancient Egypt, kitaorang terus ke Sci Fi City. Kat sini memang best sebab masuk-masuk je USS tu ko akan nampak rollercoster hebat Sci Fi City ni dulu. Tapi kitaorang simpan the best for last. Kononnya la.




Ha tu la dia rupa rollercoaster tu. Scary hokey! Rollercoster ni berkembar dan akan jalan serentak macam bersilang-silang gitu. Yang kaler biru nama nya Cyclon, yang merah tu Human. Kalau tengok secara kasar, nampak macam Cyclon tu lagi scary sebab berpusing2, tapi hakikatnya Human tu lagi mengerikan walaupun takde berpusing2 macam Cylon tapi dia punya safety agak tak memberangsangkan. Bayangkan dia lock sampai kat bahagian perut je. Mestilah aku tak nak mempertaruhkan nyawa kan! Kalau terpelanting tu boleh sampai Malaysia tau. Huh ngeri!

Aku amek masa dekat sejam dok bawak tengok orang naik dulu. Siap kira bape minit rollercoster tu berjalan. Mestilah tak sampai seminit! Tapi ko bayangkan dalam seminit tu macam2 boleh jadi. Mula lah aku terbayangkan final destination. Silap-silap nanti jumpa kaki jeeee. Huhuhu. Tidakkkkk. Kalau nak mati pun biarlah di Malaysia.

Laki aku awal-awal dah naik dah rollercoster ni. Naik yang kaler merah tu. Aku kat bawah ni dok tunggu je la dia nak sambut kalau2 dia terpelanting nanti. Hihihi.

Tapi kalau dah gi sane nak tak naik, rugi la kan. Akhirnya berjaya jugak diorang hasut aku naik rollercoster tu. Masa tu aku dah pasrah dah. Ape nak nak jadi, jadi la. Kaki pun dah longlai masa melangkah nak naik rollercoster tu. Masa dah duduk kat rollercoster tu lagi la jantung aku macam nak pecah,. Takut weh. Rollercoster tu takde slow2...Start2 je terus laju. Bapakkk ahh! Memang scary la bagi aku yang penakut ni kan. Tapi serius best! Datang USS kena naik menatang ni. Kalau berani boleh naik dua-dua. Kalau penakut cam aku naik satu je. Hehehe.

Muka orang-orang yang berani naik rollercoster ni. Hehehe.

Itu la antara benda-benda menarik yang ada kat USS ni. Jurassic Park tu aku tak dapat nak citerkan sebab kitaorang tak sempat masuk pun. Bayangkan la setiap kali nak masuk kena tunggu sejam. Last-last terus tak pergi. 

Dah habis main rollercoster tu sume kitaorang habiskan masa tengok show je. Korang kena alert show apa yang ada dan kul berapa. Kalau terlepas nanti rugi. Kitaorang pun banyak terlepas. Tapi takpelah, first time pergi kan. Lenkali pergi dah tau mana nak dituju. 

Aku sambung dengan cerita bergambar je la. Malas nak taip banyak-banyak. Bulan pose ni lemau semacam je. 

Dah penat menjerit atas rollercoster haruslah beli air kan.

Air ni harganya SGD 12. Boleg refill. Pastu bekas nye tu bley simpan wat kenangan.

Rehat jap sambil tengok street dance.




Eh eh. Cemana Kak Linda leh ade kat sini nie. Hehehe.

Laki aku dengan laki Kak Linda. Korang pun cuba nak jd bestfriend ke? Hihi

Bersantai di New York. ^_^

Kata kat New York. Boleh la bercumbuan di khalayak ramai.
Barulah amarica!

Yellow cab.

Ok la cukup la tu. Kalau nak upload semua gambar kang, overload pulak blog aku ni. Dah puas berjalan-jalan, aktiviti wajib ialah shopping! Beli souveneir je la. Tu pun aku beli souveneir tuk simpanan aku je. Tak beli untuk orang. Maklumlah bajet nak ke USS ni dah lari banyak sebab aku kena pindah rumah. Nak tak nak terpaksa cut la perbelanjaan ke sana. Huk huk huk sedih tau. Nak beli mug USS yg harga SGD 17 tu pun aku fikir 3-4 kali. Tapi beli jugak la wat kenangan. 

Kalau boleh semua barang dalam ni nak dibeli


USS ni bukak sampai kul 10 malam. Kul 9 malam ade fireworks. Kalau rajin leh la tunggu. Tapi kalau keluar nak masuk balik pun boleh. Nanti dia akan cop kat tangan korang. Kitaorang tak tunggu pun. Kuar jalan-jalan kat area situ. Pegi Hard Rock and try masuk casino. Dah macam Las Vegas ko. Hihihi. Tapi tak main judi pun. Dosa tau! Kul 10.30 shuttle bas kitaorang pun sampai. Masa untuk pulang!



Sekian saja laporan saya untuk kali ini ^_^.



p/s: ada orang tanya aku berapa kos aku pergi ke Singapore ni. ok lah aku share kat sini kos yang aku habis pergi USS ni.

Bilik hotel + tiket bas ke Singapore = RM 168. (kalau bahagi dua maknanya sorang RM84 )

Tiket USS = RM 170 sorang.

Minyak + tol dari KL - JB = RM 200. (kitaorang satu kereta 5 orang. so 200/5 = RM40)

Makan-makan di JB untuk 2 hari = RM 50 sorang

Tukar duit Singapore = RM 400 (RM 400 ni dapatlah lam SGD 160. cukuplah untuk aku berdua siap makan & beli souveneir kat situ. itupun ade lebih. lagipun dalam USS tu takde guna duit sangat. spend duit untuk makan dan souveneir la. kalau rasa nak beli souveneir banyak, tukar la banyak-bantak duit Singapore.)

So total habis pergi USS ni untuk aku berdua ngan laki aku ialah = RM 1088. Kalau bahagi dua, kira sorang RM 544. Ok la kan. Yang mahal tu tiket USS tu. Lagipun duit Singapore memang mahal sket la dari duit kita. Korang kalau nak berjimat bley la wat cam aku ni. Itupun kalau korang nak pergi USS je. Kalau nak jalan-jalan kat Singapore sekali, better cari hotel kat Singapore terus. Ataupun sehari tido JB, sehari tido Singapore. Macam aku ni memang pergi Singapore semata-mana nak pergi USS je. Nak pergi USS ni memang amek masa sehari suntuk. Kalau ko plan nak jalan-jalan kat Singapore tu memang tak sempat la. Kena pergi esoknya pulak. So rancang la percutian anda. 

*member aku Kak Linda amek pakej Air Asia Go, untuk 4 orang dewasa sorang baby RM 4814. Pakej dia tu termasuk tiket flight dari KL - Singapore, Hotel 4 bintang (2 bilik, 2 malam termasuk breakfast), return transport from airport to hotel, tiket USS tuk 4 orang, pass tour Singapore untuk satu hari dan pass to Safari Night. Kiranya sorang dalam RM 1200. Tapi masa dia beli tu tiket flight tengah murah. 14 hengget je pergi singapore. So korang boleh plan la nak macam mana. Macam aku punya RM 1000 untuk dua orang tapi pergi USS je. Macam Kak Linda punya package RM 2400 untuk dua orang tapi boleh round Singapore pe sume. Tapi tu tak termasuk perbelanjaan makan2 dan souveneir. Dengo citer Kak Linda habis sepuluh ribu eh kak? (orang kaya). Hihihi.

Ok, habis!