Thursday, September 29, 2011

Polyvore Dot Com.





Ni la keje aku untuk mengisi masa-masa lapang di office tatkala takde keje. Mix & match di POLYVORE.COM. Ok tak hasil mix & match aku tu? Hehehe. Korang pun boleh join. Register guna akaun FB je pastu jangan lupa follow aku ok. Search CUJEN. Nanti boleh la kita mengkomen-mengkomen hasil kerja kita. ^_^

Padini Warehouse Clearence 30.09.2011 - 01.10.2011


Ok, semua barang RM 5. Hadoi memang menguji keimanan sungguh ni. Harus aku amek cuti esok ni. Ade sape-sape nak teman tak? Jommmmmmmmm!


Wednesday, September 28, 2011

Makeup Less.

Satu benda yang aku perasan, setiap kali aku beli barang makeup macam fondation, eye liner, lipstick, eye shadow semua tu, last sekali barang yang akan aku amek ialah makeup remover. Kadang-kadang aku terfikir, penat mekap macam nak gila, last-last sekali nanti aku buang jugak mekap tu. Setiap kali nak sembahyang kena buang mekap, then mekap balik. Nak buang mekap pun bukan senang, especially tang eye liner tu. Kadang-kadang dah buang pun still ade hitam-hitam lagi kat mata aku. Lagipun rasa cam buang masa dan tentunya buang duit aku beli mekap mahal-mahal. Mahal ke setakat pakai Maybelline je? Aku kan kedekut, mestilah rasa mahal. Hihihi.

So, atas kesedaran itu jugak aku amek keputusan nak kurangkan bermekap especially time pergi kerja. Dapat menjimatkan masa dan tenaga aku di waktu pagi. Tapi takdelah aku bio kan muka aku pucat lesi giteww. Kang terperanjat pulak bos aku tengok. Mekap jugak tapi sikit je. Setakat pakai compact powder, eye liner n lip balm. Sekarang ni, ini aje barang mekap aku ;


Itu je yang aku perlukan buat masa ni. No more fondation, eye shadow bagai. Lagipun muka aku ni jenis berminyak. Kalau panas sikit nanti habis la fondation aku cair. Penat je mekap tebal-tebal konon nak nampak cantik, padahal muka dah bertompk-tompok tahi unta. 




Yang atas tu gambo aku bermekap tebal siap dengan fondation, makeup base, eye shadow bagai. Kat bawah tu gambo mekap less. Aku rasa cam tak banyak beza kecuali tang kening aku yang atas tu macam fauziah gous dalam cerita sifu dan tongga. Hihihihi.

So, kesimpulannya marilah kita menjimatkan duit dengan mengurangkan mekap di muka.


p/s : Skinfood chifon cake yang aku pakai tu memang best. buat muka lagi smooth. boleh pakai 2 cara. basahkan span dulu ataupun terus tepek je kat mua. aku biasanya pakai terus je. koser la nak basahkan bagai. sesuai tuk orang yang takmo mekap tebal-tebal tapi nak nampak flawless gitu. harga rm 69.90.

Tuesday, September 27, 2011

Lake Garden, Taiping.

Terjumpa gambar-gambar ni masa kemas-kemas folder tadi. Hampir lupa pulak aku ada pergi ke Lake Garden, Taiping raya lepas. Betul la cakap DART, tempat ni cantik sangat. Nyaman dan tenang. Aku tau pun dari blog Dart tapi tak jumpa pulak jambatan batu bata tu. Tak tau celah mana jambatan tu. Lagipun pergi dah petang, lepas balik dari kenduri kawen, dengan penat lagi memang takde mood nak berjalan sangat. Tapi tempat ni serius sangat cantik. Jom layan gambar aku yang tak seberapa ni. ^_^










Friday, September 23, 2011

Malaysia Next Top Female Blogger 2011 [Top 30]

Hye, uolsss! Selamat Hari Jumaat. Semua okey harini? Mestilah ok kan sebab dah nak hujung minggu. Sabtu ahad leh rehat. Tapi iolss minggu ni tak boleh nak rehat sangat. kena jadi urusetia Larian Jogathon di pagi hari ahad. Sebelum kul 7 nak kena ada kat opis dah. Mampukah iols nak bangun pagi ni?? Ish!

Ok la yang tu hari sabtu malam baru fikir. Ni iols nak heboh-heboh kat kome sume yang iols dah terpilih jadi TOP 30 dalam pertandingan Malaysia Next Top Female Blogger 2011 anjuran designer femes, SANDRA AZWAN tu. 



Bangga hokeh jadi TOP 30 antara ratus-ratus peserta tu. Ko ade? Hehehe. Tu la dari awal soh masuk tak nak, kan dah rugi. Tapi takpe, next year boleh try. Sebab Sandra Azwan cakap, dia nak buat contest ni tiap-tiap tahun. Iols pun kalau tak berjaya tahun ni nak cuba lagi tahun depan. Muka tak malu kaedahnya. Hihihi. Hadiahnya lumayan kot, mestilah iols nak join kan.

Korang yang tak tau apa hadiahnya, meh iols recap balik ;

Main Prize: Sandra Azwan ‘Baby Doll Dress’ worth RM850.00, T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ DOME, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.

1st Prize: Sandra Azwan ‘Front Zipper Top’ worth RM550.00, T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ DOME, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.

2nd Prize: T-Shirt illustration by Sandra Azwan, A special date with me @ Coffee Bean, Pavilion Kuala Lumpur & an exclusive fashion illustration by Sandra Azwan.  

Ha lumayan tak? Sila rasa menyesal sekarang sebab tak join. Nasib baik iols dah join awal-awal. Tapi setakat ni iols tengok saingan iols agak mantop jugak la. Tetiba rasa rendah diri. Eh tapi Sandra baru update part 1 untuk top 30 tu. So baru 10 orang dalam list tu. Kot-kot la korang tengok nama iols takde, kata iols perasan pulak. Koser tau. Iols dah dimaklumkan awal-awal melalui emel.

Ok ckup dulu setakat ni. Iols nak pergi memantapkan diri untuk peringkat yang seterusnya. Nak buat rambut, facial, manicure, pedicure, spa dan sebagainya. Over kau, jah! Hihihihi.

Ada harapan nak menang tak?

♥♥ Pleated Skirt tu. Iols beli kat MISSLILY SHOP

Monday, September 19, 2011

Quick Update On Monday ^_^

1. Majlis Open House rumah aku berjalan lancar walaupun pagi tu agak kelam kabut sikit. Maklumlah first time buat open house, tambah pulak tu semua hidangan aku masa sendiri. Er, dengan bantuan mak aku dan makcik aku la. Hehehe. Mula-mula tu cam risau je takde orang nak datang open house rumah aku, tapi alhamdililah ramai gak yang sudi datang. Tapi yang sedihnya aku langsung tak sempat nak amek gambar masa open house tu sebab sibuk melayan tetamu. Ceh, padahal tak sempat nak charge bateri kamera & memori kad hilang. Heh!

Ni je gambar yang ada. Kesian laki bini dah macam bibik.
Kul 1 pagi basuh pinggan depan rumah.

2. Bella aku dah beranak lagi. 5 ekor kau anak dia. Kan aku dah cakap Bella tu subur. Yang kesiannya Bella beranak sorang-sorang je sebab aku kerja. Balik kerja tengok dah ada 4 ekor anak dia. Dapat tengok sekor je la. 2 ekor kaler ikut Doddy, 2 ekor kaler ikut Bella, sekor lagi kaler putih. Jantan betina tak tau lagi. Gambar tak sempat nak amek, esok lusa la aku update pasal anak-anak Bella.

Iklan : Have A Friend That Can Sing? Show Them This ..

3. Aku rasa aku kena limitkan penggunaan Facebook  masa kat opis. Pagi tadi tiba-tiba bos aku tanya, "You bukak Facebook kat opis boleh ke? Bukan office dah blocked Facebook ke?" Dang!!! Rupanya bos dok perati aku selama ni. Takutnya!! Ok, now online guna henpon je ok.

4.  Dua minggu lagi Anniversary aku yang pertama. Gila cepat weh masa berlalu! Tak sangka betul dah nak setahun kitaorang kawen. Hehehe. Ada idea tak nak wat ape untuk Anniversary? Rasa macam nak gi honeymoon la. Since kawen tak pernah lagi honeymoon. Selalu pergi dengan kawan-kawan so consider bukan honeymoon la kan. Ada idea tempat yang best-best dan penting murah. Kalau ade please drop a comment k.

Ok, cukup dulu untuk hari Isnin. Esok-esok aku update lagi. Tu pun kalau ade idea. :)



Wednesday, September 14, 2011

Cantik.

Kadang-kadang aku tertanya, apa perasaan jadi wanita cantik ek.
Maksud  aku yang betul-betul cantik. Yang kalau ko tanya 10 orang, 9.9 akan cakap dia cantik.
Cantik yang kalau orang terpandang, rasa nak toleh 2-3 kali, atau pandang tak nak lepas-lepas dah.

Orang cantik ni tau tak yang dia tu cantik. Bila pandang diri sendiri dalam cermin, rasa tak kecantikan diri sendiri? Bangga tak?

Bestnya la kan jadi perempuan cantik ni.
Buat muka buruk macam mana pun orang cakap comel.
Pakai gonjeng mana pun orang kata wow, fashionita!
Terus jadi ikutan apa yang dia pakai tu.

Cuba kalau orang tak berapa nak cantik yang buat macam tu, haruslah kena hina tujuh keturunan.

Salah seorang perempuan cantik di dunia.

Mengikut pengamatan aku, perempuan cantik ni, i mean yang betul-betul cantik, biasanya merendah diri.
Kira kecantikan dia tu seiring dengan sifat peribadi dia.

Yang jadi masalah perempuan tak berapa nak cantik tapi perasan diri lawa sangat.
Kalau orang tegur sikit, dah perasan orang nak mengorat dia. Kalau lelaki pandang, tuduh lelaki tu gila sex.
Kalau perempuan pandang, cakap perempuan tu cemburu. Siap nak sound lagi, apa pandang-pandang?

Kadang-kadang simpati dengan orang yang macam ni. Tahap keyakinan mereka terlalu tinggi.

Tapi kot ye pun awak tu cantik atau awak rasa awak cantik, tak perlu la nak ego sangat.
Buat orang menyampah ade la. Lagipun kecantikan tu tak kekal lama. Nanti hilang jua dimamah usia.

Kan?

JOM MENANG DUIT RAYA DENGAN KOTEX.

Friday, September 9, 2011

Entah.

Banyak kali nak update blog. Maksud aku update blog macam dulu-dulu. Selalu dan banyak benda nak dicerita.

Tapi sejak kawen, eh mungkin sejak ade teman hidup, aku macam dah takde benda nak cerita. Kehidupan makin tenang dan MENDATAR. 

Hidup aku sekarang, pergi kerja, balik kerja, tengok tv kejap, kemas-kemas rumah, masak, makan, tido. Esoknya ulang benda yang sama. Kadang-kadang keluar pergi tengok wayang. 

Aku malas nak update pasal raya sebab sama je dengan semua orang. Pakai baju raya, salam-salam, mintak mahap then amek gambar skema bersama ahli keluarga. Cliche!

Aku bercadang nak buat open house tahun ni tapi tengok la bajet cemana. Lagipun cam malas je nak kemas lepas open house tu. Kalau mintak tetamu aku yg datang tu basuh pinggan sendiri boleh tak? Hihihi. Eh tapi sekarang bukan orang buat open house pakai pinggan mangkuk pakai buang tu ke? Hmm tengok la nanti.

Tapi kalau aku tak buat open house pun datang je la raya rumah aku. Nanti aku buatkan air ribena. Kelass kau, Jen!

Wednesday, September 7, 2011

Damm You, PETKNODE!

Aku tau ramai yang dah tau pasal Petknode ni. Kisah kucing-kucing yang ditinggalkan di pusat jagaan haiwan bernama PETKNODE dan tak diberi makan dan minum selama lebih seminggu sampai ada yang mati! 

Kisah lanjut bolah baca di sini : BLOG SERIUS, SUSUKOCAK, & KTAC.

Aku tak tau kenapa ada manusia yang sangat kejam dan tak berhati perut buat kucing-kucing tu semua macam tu. Konon penjagaan rapi 24/7 tapi harammmmmmmm! Orang tinggalkan kucing kat situ bukan free, bayar ok! Duit amek, tapi servis macam lahanat. Yang lagi terkilan tu katanya pemilik PTEKNODE tu orang melayu. Agama apa tak tau la. Islam la kot. Tapi perangai cam musibat. Tergamak korang biarkan kucing-kucing tu semua tanpa makanan dan minuman pastu korang sedap-sedap bercuti beraya makan sedap-sedap. Jahanam betul la.

Tengok la gambar-gambar kat bawah ni. Kenapa lah kejam sangat manusia sekarang ni.

Sampai kurus kering kucing ni dibuatnya. Kucing terbiar pun tak macam ni. :(


Nampak tak anak-anak kucing tu semua dah mati keras.
Korang tak rasa hati korang macam kena garu dengan garfu ?

Ni gambar yang buat aku meraung!
Ibu dan anak saling berdakapan. Tak dapat aku bayangkan macam mana saat kematian diorang.
Tengok la si ibu mati dalam keadaan mata terbuka.
Korang tak nampak ke kesengsaraan yang diorang tanggung tu?
Memang babi la Petknode ni!


:'(

Ada banyak lagi gambar korang boleh tengok page KTAJ & EKIEN ASHIKIN.

*****************************

Tak dapat aku bayangkan kalau kucing-kucing aku diorang buat macam ni. Terbayang aku muka Doddy, Bella, Baby, Chibby & Merong mengiau-ngiau kelaparan. Diorang tu dah la dapat layanan first class kat rumah. Makanan tak pernah kurang. Sentiasa full. Aku sendiri pun sanggup berlapar semata-mana nak belikan makanan untuk diorang.

Sebab tu la aku sanggup tinggal je kucing aku kat rumah kalau pergi mana-mana. Tak berani nak hantar kat boarding servis. Memang aku tak pernah percayakan pet service ni semua. Pernah sekali aku hantar Doddy wat grooming. Kononnya kalau pet centre buat, lagi kemas & cantik la kot. Sekali aku tengok, ganasssssss gile dia buat. Dia sikat bulu Doddy yang kusut tu kuat-kuat. Aku pun tak pernah wat camtu! Sejak tu memang aku tak percayakan pet centre.

Kalau pergi mana-mana, memang aku tinggal je kucing aku kat rumah. Sekarang ni rumah dah besar sikit. Ada 4 bilik, so satu bilik tu memang aku khas kan untuk diorang je. Macam raya hari tu, aku tinggalkan diorang 4 hari. Tapi sebelum tu memang aku letak makanan banyak-banyak, air sampai 3-4 bekas. Tak masuk lagi dengan auto food feeder tu. Sebelum gerak tu bagi diorang makan wet food dulu kasi kenyang. Pasir tempat diaorang berak pun letak banyak-banyak. Tingkap & kipas aku biarkan je terbukak kasi angin segar masuk. Pintu bilik aku tutup. Bukan nak kurung diorang, tapi tak nak bagi diorang keluar ikut tingkap/pintu lain. Takut hilang atau kena curi. Alhamdulilah, aku balik hari keempat tu kucing aku semua sihat walafiat, segar bugar lagi. Cuma bau dalam bilik tu la tengik sikit. Kata tinggalkan 4 hari kan. Tahi mestilah banyak kan. 

Tapi apalah sangat tahi kucing tu kalau nak bandingkan dengan kasih sayang kita dengan kucing tu. Diorang tak tau ke kucing-kucing boleh mendoakan kita, murahkan rezeki kita. Ni aku nak citer sikit pengalaman aku. Mungkin mende ni kebetulan je tapi takpelah aku cerita je la.

Aku ingat lagi ada satu malam tu tengah aku frust sebab mintak kuarters rumah teres tak dapat-dapat, Bella tetiba datang kat aku. Meleset-leset kat kaki. Bella ni memang manja sikit. Suka meleset-leset & suka sangat kalau orang belai-belai dia. Sambil aku belai-belai & usap-usap Bella tu aku cakap la kat dia camni "ko ni Bella keje nak meleset je la. cuba ko doakan aku supaya cepat dapat kuarters rumah teres ni. boleh la aku bagi korang semua satu bilik. tak la kena kurung dalam sangkar lagi. korang selesa, aku pun selesa." Lebih kurang macam tu la dialog aku dengan Bella macam tu. Tapi aku tak serius pun. Saje cakap-cakap kosong dengan anak bulu aku tu.

Kuasa tuhan, kebetulan seminggu lepas tu orang BPH call aku cakap pertukaran kuarters aku dah lulus. Dah boleh amek surat tawaran & kunci. Padahal sebelum tu aku call berpuluh-puluh kali diorang cakap takleh dapat. Alasan, aku dok apartment tak cukup 3 tahun la, kuarters teres dah penuh la, aku mohon lambat la dan macam-macam alasan lagi. Tapi rezeki tuhan nak bagi, dapat lah jugak aku kuartes tu sebelum bulan puasa. Tahun ni merasa la beraya rumah baru. Dan aku anggap ini rezeki anak-anak bulu aku. Sebagai janji, satu bilik memang khas untuk diorang je. Kalau pergi kerja aku kurung je semua lam bilik tu. Tak boleh biarkan diorang berkeliaran dalam rumah. Ye la, aku kena jugak menjaga kebersihan rumah. Kalau sekor takpelah jugak, ini 5 ekor nok!

Alhamdulilah setakat ni, anak-anak bulu aku tu tak pernah lagi kelaparan. Sentiasa ada rezeki untuk diorang. Ni gambar latest diorang.

Doddy si hitam manis legam. Hihihi

Bella the pregnant cat.
Bella dah mengandung lagi uolss. Subur nok.

Merong si jantung hati! Kesayangan aku nie. :)

Chibby yang lorat. Garang ni weh. Takleh bawak gurau, habis dicekaunya.

Baby yang ligat. Susah gile nak tangkap apatah lagi nak amek gambar dia.

Sekali sekala dapat lepas kat luar mmg seronok betul diorang.
Jenuh la aku laki bini nak kejar diorang balik.
Sampai semmmmmpppuuuutttt dibuatnya.

Ni la buah hati pengarang jantung aku buat masa ni. Fabby & Zorro dah bagi orang. Tak larat nak bela ramai-ramai. 5 ekor ni pun ikutkan banyak jugak tapi sayang sangat kat diorang. Kalau diorang takde, rasa cam kehilangan je. Tu yang aku gagah jugak bela diorang. Ni pulak Bella dah pregnant lagi. Tunggu masa je nak beranak. Ada sesiapa nak anak Bella? Boleh cop dari sekarang. Hehehehe.

Tak dapat dibayangkan kalau diorang sume diseksa macam kucing-kucing kat Petknode tu. Kesian kucing-kucing kat situ. RIP untuk semua kucing-kucing yang dah mati tu semua. Semoga orang yang bertanggungjawab tu diberi balasan yang setimpal dari Allah. 

Damm you, Petknode!