Tuesday, January 3, 2012

Budaya Orang Gomen.

Sepanjang 7 tahun aku bekerja dengan gomen ni, macam-macam budaya dan peel yang aku jumpa. Tapi hari ni aku nak cerita satu budaya yang paling aku tak suka sekali. 

BUDAYA ORDER MAKAN TIME MEETING & TAPAU MENTAPAU MAKANAN MEETING/JAMUAN OPIS.

Biasanya time meeting apa yang paling orang gomen paling sibukkan ialah DAH ORDER MAKAN KE BELUM? Memandangkan aku ni PA dan kebetulan pulak bilik meeting betul-betul depan bilik aku, memang aku la yang menjadi mangsa untuk order makan even kadang-kadang aku tak tau menahu pun pasal meeting tu. Ok, fine aku memang takde masalah setakat nak order makan tu. Tapi yang kadang-kadang buat aku geram tu, dah la soh aku order makan tapi tak inform meeting apa, surat ape sume takde. Lagi satu jenis yang suka buat meeting tiba-tiba pastu nak soh order makan best-best. Banyak cantik muka kau? Dah la meeting kul 2.30, kul 2.00 baru nak soh order itu ini. Order pulak taknak kalah, kuih-kuih ni takmo okey. Paling koman pun pengat pisang ke, mee kari ke? Celah mana pulak aku nak cekau?? Ingat cafe kat bawah tu ade standby ke mende-mende camtu? Dah order secara tiba-tiba, makan je la kuih tu. Banyak songeh pulak. Satu lagi, kalau makanan lambat sampai, bukan main kecoh lagi. Siap sound aku "U order ke tak ni??" Hamboi-hamboi, dah la ko order lambat, pastu nak cepat-cepat pulak. Kebulur sangat ke? Lunch tadi tak makan??

Satu hal lagi ni jenis yang suka tapau makanan lebihan meeting tu. Kononnya nak tapau untuk anak la, suami la, housemate la, jiran tetangga la, pendek kata suka sangat nak tapau makanan tu. Ok fine aku tak kisah kalau kau nak tapau makanan lebihan tu daripada terbiar membazir kan. Tapi kadang-kadang, bukan lebihan makanan tu yang diorang tapau. Kalau lebihan, tunggu la semua orang dah makan dulu baru tapau. Atau kalau ada lebih sangat pun makanan tu, bagi la orang-orang opis ni makan. Ni tak, tapau dulu untuk diri sendiri pastu baru la nak panggil orang-orang opis ni makan. Macam masa jamuan kat opis aku hari tu, ada la sorang hamba allah ni beria aku tengok tapau macam-macam. Padahal masa tu jamuan belum habis lagi, tetamu ramai lagi tak datang. Tapi dia punya tamak, hamboi banyak gileeee tapau. Alasan, nak bagi anak makan. Anak suka sangat makan makanan ni. Alolololo, cayang anak ye kak? Kot ye pun anak ko suka makan makanan tu, pergi je la beli kat kedai. Ni tak, orang lom habis makan lagi ko dah siap-siap tapau. Ye la, kalau beli kat luar kang kena keluar duit pulak. Kalau tapau je kan FREEEEE! Tapau pulak tak nak sikit-skit, nak banyak aje. Macam boleh buat stok 2-3 hari. Kot ye pun nak berjimat agak-agak la weh! Aku yang dok betul-betul depan bilik meeting tak hadap sangat nak makan makanan masa meeting tu. Kalau orang panggil baru aku pergi. Kalau tak, memang takde lah. Padahal kalau setakat nak tapau makanan tu sampai habis pun aku boleh. Kata aku yang paling dekat sekali. Tapi atas kesedaran diri sendiri, aku abaikan je even makanan tu memang favourite aku. 

Kadang-kadang diorang ni saje je suruh order makanan lebih. Kalau meeting untuk 12 orang order untuk 15 orang. Okey fine, aku ikutkan aje. Bukan duit aku pun yang nak kena bayar semua tu. Tapi aku memang tak suka la budaya ni. Dari aku masuk kerja lagi, bab makan ni orang gomen memang sensitip tau tak. Kalau meeting tak order makan, macam satu kesalahan besar tau tak. Macam ko buat salah gelapkan duit syarikat. Padahal tak order makan jeeeeeeeer!

Ni la dia salah satu budaya orang gomen kalau abang-abang adik-adik yang tak kerja gomen nak tau. Tak semua la pejabat gomen tu macam ni. Tapi kat opis aku memang ya!

Nak buat macam mana?? Sabooooooo jer laaaaaa!



6 comments:

  1. Ya Allah!

    Ini sendiri omelan dr org gomen. Yg bener dong!

    Kitorg yg contractor nie, kalau meeting ngan dorg, dorg siap dlm email BOLD and HIGHLIGHT "En ****, Sila sediakan makanan bagi meeting ini"

    Pergh!!! Pastu its true. Kalau terlupe or terlambat order makan, macam KAU DAH SONGLAP/GELAPKAN DUIT SYARIKAT.

    Apesal weh? Makan je pon!!!! Motif utama nak meeting kan? Pelik2.. Pastu mmg betul.. meeting 4-5 org, order sampai 15 org!

    Pastu abis meeting, terus panggil kengkawan yg tak join meeting yg dr tingkat tah berapa turun makan. Alasan "Meh la turun, makanan order banyak nie.. takyah kuar lunch"

    Pergh.. Tapi betul la kata u kan.. Duit kerajaan. Bukan duit kita. Tapi budaya nie tak bagus la..

    Pelik pelik....

    ReplyDelete
  2. exactly correct dear!!!!
    sokong u 100%

    kat opis sy pun sama, asal meeting nk mkn free aje kijenyer.. yg veteran tu mulala tuding jari suh kite yg handle, nk mkn yg bkn2..
    sesetengah tanak LO, kite kena kuo $$ dlu plak kl date meeting dh hampir.. adesss

    tak masuk lg part tapau, plg geram seh.. cedok2 mknan, bekas biar gitu je atas meja..
    ishhhkk, nk pencen 60 camne lg tu.. menyusahkan org..
    pencen awal ajela, bg peluang junior plak!..

    haah, sabo jela sementara duk kira dorang nk pencen...

    ReplyDelete
  3. oh samalah, i pun PA gak..memang biasa sangat bab oder2 makan ni..kalau terlupa oder lagi laa, memang parah..Memang mula2 rasa pelik dengan budaya cam gini tapi lama2 dah get use of it.

    ReplyDelete
  4. sabar kak.....

    sy yg praktikal dgn gomen nie baru berapa bulan nie pon dh paham dgn peel dorg..hahaha

    pnh jugak sy join meeting n mmg betul, kalo xde makanan mmg xsah.. n mmg ada yg suka tapau.. HAHAHAHA

    ReplyDelete
  5. yang ni aku no komen, kat mana2 pun ada budaya tu. tapi kalau cakap aku dtg bukan nak buat kerja sangat, datang nak makaannn jeeee (especially kalau meeting kat hotel)haaa... yang tu buat aku hangin!!!!!

    ReplyDelete
  6. mmg...aku bosan giler ngan dorg ni

    kdg2 tak panggey pn aku
    tao2 nk tapau je
    mmg lah aku tak hadap
    tp berbahasa lah skit kan
    nak nyer meeting tu
    bos aku yg chair

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..