Friday, January 27, 2012

Jumaat - Hari Bengang Sedunia.

Pertama, aku bengang sebab SBPA ditangguhkan lagi. Isnin lepas cc aku cakap, SBPA dibatalkan. Lepas tu hari Rabu cakap ada pulak. Hari ni pulak, cakap takde. Memang hangin tau tak. Saje je memainkan perasaaan orang. Walaupun tak seberapa sen sangat la gaji SBPA aku tu, tapi kalau dah janji harus la dikotakan. Ni cakap je berapi, tapi habuk pun takdak!! Cam haremmmmmmmm!

Kedua, aku memang dah lama hilang sabar dengan HRMIS ni. Aku perasan sejak menggunakan HRMIS ni, aku mengalami tekanan emosi yang sangat dasyat. Bayangkanlah aku dah penat-penat buat SKT bos aku dalam HRMIS tu, sekali nak save, boleh pulak error!!! VAVI!!!!!! Aku sampai naik juling dok mengadap benda tu je dari pagi. Sekali bila dah sampai kemuncak nya boleh pulak error. Kalau ikut hati aku yang marah ni memang dah terbelah dua dah PC aku ni. Nasib baik sisa-sisa kesabaran masih ada dalam diri ni. Aku pun pelik la kenapa sistem2 kerajaan ni sume cam gampang?? Dulu-dulu GOE, now HRMIS. Cuba la kalau HRMIS tu laju macam Facebook, kan senang. Ni tak, buat mende yang menyusahkan pekerja. Dah la nak bagi naik gaji pun berkira!! 

Sape yang tak hangin kalau dah cenggini keadannya sepanjang masa.

Ketiga, dengar cerita elaun dwibasaha aku nak ditarikbalik. Matilah kalau semua mende nak ditarikbalik. Padanlah ramai pekerja government ni yang stress dan mental. Kalau macam ni stress nya setiap hari, mau tak lama lagi laki aku daftarkan aku kat rumah sakit jiwa.

p/s : bukan tak bersyukur, sekadar luahan perasaan je. 


6 comments:

  1. elaun dwibahasa aku yakni elaun trgkas, dh brtahun kena potong ko tau x. 85 hengget pun memasing hebohkan nk tarik, yg elaun beribu2 tu xnk plak tarik.mng bole jd sakit mental wei...85 hengget tu lepas susu ank2 aku sorng setin.

    ReplyDelete
  2. ha tau takpeeee...pastu elaun PA pun katenye nak ditarik balik....

    ReplyDelete
  3. eh elaun PA pon nak tarik balik??weh baik jumud jek jawatan setiausaha pejabat tu...turun pangkat jadi kerani biase jek! APTB!

    ReplyDelete
  4. its nice to read a useful article for beginner like me. Some of points from this article are very helpful for me as I haven’t considered them yet. I would like to say thank you for sharing this cool article. Bookmarked and sharing for friends
    BMW 650 AC Compressor

    ReplyDelete
  5. sistem sbpa ni....kerajaan macam nak bagi tapi tak ikhlas.......lepas tu banyak berahsia pulak.....nampak sangat.....

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..