Saturday, January 14, 2012

Rawatan Kesuburan di Klinik LPPKN.

Mungkin ada sesetengah reader aku dah tau yang aku dengan laki  aku sekarang sedang melakukan rawatan kesuburan di Klinik LPPKN, Kuala Lumpur.

Since aku ada masa lapang ni, aku nak share la sikit pengalaman aku buat treatment kat sana.

Aku start wat treatment kat sana bulan 6 tahun lepas. Ada yang cakap masa tu kenapa cepat sangat wat fertility treatment? Ye la masa tu aku baru je 8 bulan kawen. Tapi aku fikir nak tunggu sampai bila kan? Takkan la dah 5-6 tahun baru nak gi check. Lagipun kalau tak check tak tau la apa masalah kita kan? Bila dah tau apa masalah apa, baru lah boleh cari alternatif untuk rawatan kan.


Tapi kenapa LPPKN?

Asalnya aku memang tak tau langsung pun pasal klinik ni. Then kebetulan ada member aku yang kerja hospital dia cakap soh pergi try buat kat sini. Sebab katanya kat klinik ni ade khas untuk fertility treatment. Nak tunggu klinik kerajaan lambat sikit la nak tggu turn appointment tu. Mula-mula aku ingat nak pergi Az Zahrah atau An Nur je tapi ade sesetengah orang bagi bad feedback. Lagipun hospital swasta ni agak mahal sikit. Klinik LPPKN ni still kena bayar jugak tapi aku agak bayarannya murah sket kot dari hospital swasta tu. Nanti aku citer sekali berapa total bayaran aku aku kena start dari awal treatment aku buat. Sape-sape yang pernah buat kat private hops boleh lah buat perbandingan. 

Untuk buat rawatan kat sini, korang perlu sabar dan komited. Sebab kat sini diorang buat step by step. Satu persatu dan amek masa jugak la. Kalau dia suruh call buat appointment tu kena call. Ikut arahan yang diorang bagi. Nak buat fertility treatment ni bukan macam rawatan lain. Kena ikut waktu period. Kalau dia suruh call hari pertama period tu, jangan buat-buat lupa pulak. Sebab kalau terlepas dari waktu yang tetapkan tu, nanti korang kena buat semula appointment. Satu hal la pulak nak kena start balik kan. Lagipun kena ingat, bukan kita je yang nak buat rawatan kat situ. Ramai lagi. So kalau appointment penuh jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yer.


Ok let's start the story.

Awal bulan 6 hari tu aku start wat appointment. Call je untuk appointment. Then dia bagi satu tarikh tu kena pergi la. Aku dapat tarikh 28.06.2011. Pertama kali datang ni nanti diorang akan amek sperm suami dulu. So masa call tu nurse tu dah pesan siap-siap, jangan keluarkan air mani 2-3 hari sebelum tarikh appointment tu. Gigih la aku ngan laki aku menahan diri dari melakukan seks selama 3 hari. Hikhikhik. 3 hari je pon. Saja gedik.

So untuk 1st appointment tu diorg just amek sperm laki aku, then ada la sesi interview sket. Just soalan biasa-biasa je. Tanya sejarah penyakit keluarga, merokok ke tak, amek alcolhol ke tak etc.. Untuk ini aku dikenakan bayaran sebanyak RM90 hengget. RM40 untuk pendaftaran, dan balance RM50 untuk sperm laki aku tu. Lepas tu dah boleh balik rumah.

Next step is, aku kena call untuk appointment masa hari pertama period. Means aku kena call LPPKN masa hari aku first period. Then diorang akan bagi satu tarikh untuk 2nd appointment which is normally diorg akan bagi appointment tu pada hari 2-5 period. 2nd appointment ni adalah untuk amek darah. 

Tapi aku buat 2nd step ni lambat sebab aku malas nak pi LPPKN tu. So patutnya period bulan 7 tu aku kena buat 2nd appointment. Tapi malas punya pasal period bulan 12 baru aku call balik. Hihihi. But now aku mmg komited nak teruskan rawatan. 2nd appointment ni just utk amek darah je. Laki bini diorg akan amek sample darah. Lepas tu hari ke 28 period tu, aku kena pergi balik untuk amek darah kali kedua. Darah aku je, laki aku tak payah dah. Rasanya amek sample darah ni utk tengok cycle period kita. Untuk ini aku kena bayaran sebanyak RM115. FSH LH = RM54, ABO = RM5, STD x 2 kali =RM56. Jangan tanya aku apa istilah-istilah tu semua sbb aku pun tak paham. Yang aku tau tu semua berkaitan darah kot. 

Oh lupa pulak nak bagitau, lepas je 2nd appointment yang hari kedua period tu, seminggu lepas tu pas period kering korg kena buat apointment untuk HSG xray lak. HSG xray ni buat kat klinik yg diorg dah bagi, bukan kat LPPKN tu sebab kat situ xde wat xray. Kos untuk HSG xray ni RM 200.

Untuk memudahkan pemahaman korang, aku buat list macam ni; Ini untuk 2nd appointment yer.

1. Hari first period calll LPPKN untuk 2nd appointment. Call jugak klinik yg diorg bg tu untuk HSG xray. Dua-dua ni kena call hari first period. 

2. Appointment untuk amek darah tu biasanya diorg akan bagi pada hari kedua-kelima period. Kena pergi! 

3. HSG xray tu biasanya diorg akan buat pada hari ke 10 dari tarikh first period. Tunggu period kering dulu. 

4. Datang semula ke LPPKN pada hari ke 28 untuk amek darah sekali lagi. Isteri je. Suami x payah.

Ok setel 2nd appointment. Now untuk 3rd appointment pulak. Macam biasalah kena tggu next period baru leh wat 3rd appointment. Hari first period tu dah kena call LPPKN. Aku dapat appointment hari ketiga period. Masa ni la baru jumpa doc. Actually, masa pendaftaran kali pertama diorg dah bagi siap-siap dah nama doc akan service korang. Tapi 3rd appointment baru jumpa doc. 1st ngan 2nd appointment tu just untuk knilikal je dulu. Amek sample-sample yang sepatutnya. Senang la nanti jumpa doc. Dia akan terangkan semua hasil-hasil ujian korg tu.

So untuk aku dengan laki aku doc cakap dua-dua normal. Takde apa-apa masalah. Maybe sperm laki aku tu malas nak berenang kot. Sampai sekerat jalan je, tak sempat nak jumpa telur aku. Hikhikhik. Tu yang lambat agaknya. So masa ni doc bagi option kat aku. Nak wat IUI ke atau nak makan clomid dulu. Aku pilih nak telan clomid dulu la. Doc pun bagi la clomid tu. Actually aku dah pernah try makan clomid ni tapi makan tak ikut syor doktor, ikut suka hati aku je. Hasilnya tak dapat baby pun, tapi badan aku yang naik!

Untuk kali ni aku makan ikut syor doc. Kena telan 2 biji sekaligus. Rupanya clomid ni kena makan waktu malam dan kena makan pada waktu yang sama setiap hari. Katalah hari pertama ko makan jam 9 malam. Untuk hari kedua sampai kelima pun kena makan kul 9 jugak. Clomid ni kena makan start hari kedua period. 5 hari je. Untuk 3rd appointment ni aku kena bayaran RM46 hengget je. Bayar untuk clomid tu je. 

Seminggu lepas tu kena datang semula ke LPPKN untuk check perkembangan telur. Biasanya untuk 4th appointment ni diorg akan bagitau siap-siap tarikhnya  masa 3rd appointment tu. Tarikh yang aku kena tu adalah hari ini. Hari ni, Jumaat. So tadi aku pergi la check perkembangan telur aku tu. Wat ultrasound. Doc cakap ade la beberapa biji telur tapi belum matang lagi untuk dipecahkan. So aku kena datang hari Isnin nanti untuk pecahkan telur. Tapi disebabkab hari Isnin nanti aku dah plan ngan member aku nak ke Kelantan, tak dapat la aku pergi untuk step itu. Tapi...doc bagi option lain. Hehehehhe. Nasib baik tau. Kalau tak, rugi je aku makan clomid tu.

So doc bekalkan aku ubat untuk pecahkan telur tu. Aku just kena bawak ubat tu ngan surat dari dia ke mana-mana klinik untuk injection sahaja. Pecahkan telur ni kena wat injection ye adik-adik. Injection kat perut. Doc soh aku buat injection ni hari Ahad kul 12 tengahari. So esok malam tu, hari Isnin kul 12 malam aku kena on la ngan laki aku. Tapi tadi nurse tu pesan, "kul 12 ni dah siap-siap nak shoot tau, bukan baru nak foreplay" hihihihi. Sabo je la kan. Satu hal pulak aku kena timing betul-betul. Dah la flight aku dari Kelantan tu kul 10.30 malam. Sampai sini dalam kul 11 lebih. Sempat ke nak sampai rumah?? Haruslah aku laki bini kena park kereta tepi jalan, ON dalam kereta je kalau tak sempat sampai rumah. Hikhikhik. Takpelah berkorban untuk dapatkan baby. Jangan flight aku delay sudah!

Oh lupa pulak untuk 4th appointment ni aku kena bayaran RM80. Untuk ubat injection tu tadi. 

Total bayaran yang aku kena setakat ini;

1st appointment = RM 90
2nd appointment = RM115
3rd appointment = RM46
4th appointment = RM80
HSG xray = RM 200

Total = RM 531.

Aku rasa murah la sikit dari pergi hospital swasta. Setakat ni layanan yang aku terima pun alhamdulilah, sangat baik. 

Now aku cuma kena tunggu hari Ahad ni untuk pecahkan telur. Pastu kena ON SEKS. Hikhikhik. Then kalau sampai 10/2/2012 period aku tak datang, kena pergi LPPKN lagi untuk check air kencing. Kalau mengandung, alhamdulilah. Kalau tak, aku akan try buat IUI pulak. 

Doa-doa kan lah misi aku kali ni akan berjaya. Amin!



p/s: tadi aku ada baca kat blog siapa tah, diorg cakap untuk gov staff nanti boleh claim balik bayaran-bayaran tu semua. tapi kena tunggu sampai wat IUI dulu. entahlah aku pun tak sure. kalau boleh claim, alhamdulilah. kalau tak boleh claim pun xpelah. kira pengorbanan untuk dpaatkan baby. nanti aku claim balik kat anak aku je. hikhikhik ;)

22 comments:

  1. Usaha tangga kejayaan. Semoga usaha ini diperkenankan Allah swt untuk dapat cahayamata yang comel, bijak dan soleh/solehah. Amin ...

    ReplyDelete
  2. usaha jangan tak usaha okeh..semoga berjaya..

    ReplyDelete
  3. klau agak2 nk on dlm kete, bawak surat doc sekali..kang tak pasal2 kena tangkap plak dlm kete..muehehe..gud luck too..

    ReplyDelete
  4. wish u luck bebeh..
    aah lar rawatan kesuburan mmg leh claim :)

    ReplyDelete
  5. susahnya nak dapat baby kan, apesallah yang tak nak tu sekali on je dapat pastu buang!hmmm...good luck!

    ReplyDelete
  6. insyallah
    ku doakan ada lah rezeki utk mu kali ni babe....

    ReplyDelete
  7. Insyaallah su..mudah2an dgn usaha ko ni tuhan akn memberi rezeki dhn limpahnya.aku doakn tuk korang berdua. LPPKN kt putrajaya ade x?aku ingt planning nk pakai implan.Skng aku pakai injek depo yg cucuk 3 bulan sekali. tp kesan bdn cam dh naik,selera mkn,kembang sana sini,period mmg tak dtg la.Agak2 brape ek?klu swasta mmg mahal gileer la.

    ReplyDelete
  8. ien - kat lppkn putrajaya boleh buat untuk implan tu..tp tak sure berapa..aku rasa murah je... rawatan kesuburan je kena buat kat lppkn kl..

    ReplyDelete
  9. salam cujen..
    salam perkenalan..
    just nak tanye..
    waktu menunggu lame x?
    mean ms nak tggu jumpe doc. n wat sume ujian2 darah n sperm tu?
    hrp dpt share..tq

    ReplyDelete
  10. salam nurizzah,
    pengalaman saya sepanjang menjalani rawatan kesuburan ni..waktu menunggu tu takde la lama sangat.. kejap jek...
    biasanya sebelum tengahari sume dah setel..tp pastikan dtg awal...before jam 8 pagi...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...bila bca post cujen ni...xcited lak nak tau resultnyer...cmne, lps date 10/2/2012...dh ada khabar gembira x? kalau ada, tahniah...

    ReplyDelete
  12. sukalah baca.. sbb sy n suami pun masih keliru tempat yg sesuai utk buat rawatan.. tq..

    ReplyDelete
  13. terima kasih berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  14. saya pun sedang buat rawatan ini di hospital kerajaan tp sampai skrg do just cek isteri saja suami belum..myb sbb sya mengalami haid yg xteratur..tp rasanya blh ke kami ke klinik lppkn ini...

    ReplyDelete
  15. Informasi terapi kesuburan bagi yang sering keguguran dan lama tidak punya keturunan, silahkan dipelajari di : http://www.biospray-hgh.com/kesaksian.html
    atau klik nama kontak kami " hgh terapi "

    ReplyDelete
  16. memang best bila baca experince sape2 yang dah melalui rawatan LPPKN ni..
    mmg terbaik...dan sy salah seorang yg mendapatkan rwtn di LPPKN..

    jemput ke blog sy..im newbie lg..hehe
    www.ainkaswa.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Hi..blh email sy tak..sy nk tanya somthing psl ni
    efy_yatie@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  18. Tq so much,,, sy nak try wat rwtn ni inshaallah...doakan sy jga y,hehehe

    ReplyDelete
  19. Tq so much,,, sy nak try wat rwtn ni inshaallah...doakan sy jga y,hehehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..