Sunday, February 12, 2012

Denggi Lagi.


Apa lah nasib aku kan, asik kena denggi je. Baru je bulan 10 hari tu kena denggi sampai masuk-masuk wad. Now kena lagi. Banyak nyamuk agaknya kat rumah aku ni. Tapi yang aku heran tu, asal aku sorang je yang kena? Laki aku elok pulak tak kena. Ke kulit dia tebal sangat sampai nyamuk takleh nak gigit. Tapi kalau dah aku ngan dia dua-dua demam, sape pulak nak jaga. Untunglah dia tak demam. boleh jaga aku. Dia lah masak, dia la mengemas, dia la yang basuh kain. Aku? Terbaring je depan tv. Tak sihat kan. Nak buat apa pun takde mood. Hikhik. Untunglah kau cujen dapat laki tak kisah sangat. Cer dapat laki yang typical sume mende bini nak buat. Masak aku dibuatnya. Tapi kalau lelaki macam tu, haruslah aku tak kawen ngan dia kan. Tuhan tu dah tau dah. Dia bagi kita pasangan yang sesuai ngan kita. Hwehehehehe.

Citer pasal denggi aku kali ni, alhamdulilah takdelah teruk sangat macam hari tu. Aku start demam, sabtu lepas. Lepas je laki aku buat injection kat perut aku tu, terus aku demam. So aku syak maybe sebab ubat tu kot yang buat aku demam. Tapi rasa macam denggi sebab rasa cam sakit-sakit sendi. So aku makan je la panadol. Tapi tak kebah-kebah jugak demam aku sampai hari selasa. So aku memang dah syak dah ni konpom denggi. So pergi klinik check darah, memang suspect denggi la sebab platlet aku turun 129. Normal 150. Kalau bawah 150 tu memang suspect denggi. Balik tu terus soh laki aku masak sup ketam. Nasib baik la selera makan aku tak hilang macam hari tu. Kalau tak, ape pun tak boleh nak masuk. Ni kira licin jugak la sup ketam aku tu habiskan. Dengan harapan platlet darah naik la sebab orang cakap sup ketam ni boleh naikkan platlet darah. Wallahualam. Tak pasti ni fakta ke auta. Tapi aku google banyak yang cakap camtu. Why not cuba kan. Tapi platlet darah aku tak naik pun.


Tengok la tu, makin turun. Hari ni punya test je yang naik. Tapi still below 150. So esok kena pergi lagi amek darah, kalau dah ok alhamdulilah tak payah pergi klinik lagi. Aku pun dah tak larat hari-hari amek darah. Dah la hari tu aku ngah dalam proses nak buat IUI kan. Kena injek ubat kat perut lagi. Siang kena cucuk kat tangan, malam kena cucuk kat perut. Letih mak tau. Time-time cenggi lah nak demam kan. Maybe tuhan nak ampunkan dosa-dosa aku kot sebelum dapat anak. Manalah tau lepas ni misi aku berjaya pulak kan. Doa-doa kan lah ye. Hari rabu ni insyallah aku buat IUI tu. So kena tunggu lepas balik dari Jakarta la nanti baru tau berjaya ke tak misi aku kali ni. Kalau berjaya, alhamdulilah. Kalau tak, redha je la. Maybe belum rezeki. 

Orang lain cuti hari tu sampai hari Selasa je, aku pulak sambung cuti seminggu. Dapat MC kerajaan tau. Bukan senang nak dapat. Tapi, kalau cuti lama-lama pun badan tak sihat, tak guna jugak. Harap-harap lepas ni kesihatan aku akan bertambah baik. Takmolah demam-demam lagi. Seksa tau.




3 comments:

  1. semoga cepat sembuh sepenuhnya k?...

    ReplyDelete
  2. Eh rabu eh.. Tp rai nmpk kamo berdua kat lppkn. Hehe..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..