Saturday, February 4, 2012

Doddy The Invisible Cat.

Hari ni telah berlaku satu kejadian pelik. 

Semenjak dua menjak ni, aku memang kurung Doddy dalam sangkar sebab dia asik bergaduh je dengan Chibby. So tadi macam biasalah, sebelum keluar rumah aku dah siap-siap kurung Doddy dalam sangkar. Memang aku pasti sangat aku dah lock sangkar tu.

Alih-alih tadi bila balik, aku tengok Doddy dah ade kat luarrrrrrrrrrr!!!! Luar sangkar!! Nasib baik aku tak pengsan sebab terkejut. Tak guna punya Doddy.

Aku pun check la sangkar tu, memang aku lock pun. Mustahil sangat kalau Doddy si gemok tu nak keluar. Tak masuk akal langsung. Sampai sekarang aku pelik macam mana dia boleh keluar.


Ni dia rupa sangkar Doddy tu. Memang aku konpom sangat aku dah lock sangkar ni. Tapi aku lock yang atas je. Yang bawah tu tak. Tapi takkan lah dia boleh keluar dari situ. Dia dah la gemok. Mana muat!

Hmmm, tetiba aku rasa Doddy ni sesuatu lah! Dah la setiap kali aku kurung dia dalam sangkar, dia pandang  aku dengan penuh dendam. Memang sesuatu!


4 comments:

  1. Eh mana kucen tu?? Eh kat tapi tu ghupenya..betul2 invisible lah..hihi

    ReplyDelete
  2. dia dh pandai lettew bukak sendiri...hari2 perhatikan kamo kunci n bukak sangkar...hikhik

    ReplyDelete
  3. kalau awak lock 1 ada kemungkinan dia boleh keluar, dia tolak pagar tu sekuat hati..macam kucing kat rumah ku jugak. Lain kali lock dua2, nak lebih selamat, sendalkan dgn kayu..ngeh2

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..