Wednesday, February 1, 2012

Fabulous February ♥

Hari pertama di bulan Februari ^_^

Sepetutnya hari ni aku keluar berjimba-jimba pergi karaoke dengan adik-adik aku. Confident beli voucher kat MyDeals hari tu sebab nak pergi karaoke hari ni. Sekali nya voucher tu boleh redeem start 17 Februari. (Sila menangis sekarang). Sudahnya aku sorang-sorang kat rumah ditemani Doddy yang gila meroyan. Laki aku awal-awal dah keluar pergi memancing. Sebabnya hari tu aku yang cakap kat dia "yang, cuti hari wilayah kalau you nak pergi memancing, pergilah sebab i nak pergi karaoke" (laki aku tak minat sangat karaoke, tu malas ajak dia). Sekalinya dia yang dapat pergi memancing, aku kegersangan di rumah. :'(

Pasrah.

Takpelah duduk rumah time-time cuti ni pun ok jugak. Boleh setelkan kerja-kerja rumah. :D  Ye la tu. Padahal toto yang dok bentang dari semalam tak simpan-simpan lagi. Elok je terbentang depan tv. Hihihi.


Cepat kan dah Februari. Macam biasalah bulan Februari bulan favourite aku. Sebabnya birthday aku bulan Februari. Jumpa laki aku pun bulan Februari. Hujung bulan ni pulak nak pergi melancong. Ceh, melancong la sangat. Padahal pergi Jakarta-Bandung je. 

Tiket dah lama book, masa promo ais asia yang free seat tu. Murah uolssss. RM70 ++  untuk 2 orang pergi dan balik. Tu pun dah include tax and fuel charge. Masa tu dok saje-saje try. Sekali tengok, murah pulak. Terus aku book. Hihi. Padahal takde plan pun nak pergi. Punyalah dah lama sampai aku lupa ada beli tiket pergi Jakarta. Bulan lepas baru perasan. Tu yang kelam kabut wat research sana sini. Book hotel semua. Tujuan utama nak ke sana, haruslah nak shopping kan. Tu yang aku sengkek sikit bulan ni. Spend duit nak shopping kat sana. Orang kata murah. Ye ke?

Ah, tetiba kehilangan idea nak menaip. Aku sambung lain kali je la ye. 

Bye.

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..