Friday, February 17, 2012

Jumaat Yang Sibuk.


Takdelah sibuk mana sebenarnya. Banyak surat je untuk direkod sebab semalam langsung takde rekod surat dan langsung takde buat kerja. Hihihi.


Hari ni aku nak update guna nombor.

1. Sejak buat IUI semalam, perut aku rasa sakit. Takdelah sakit bebeno, cuma rasa cam tegang je. Normal ke ek?

2. Masalah SEMUT mula menghantui aku kat opis ni. Aku pun tak tau dari mana datangnya semut-semut itu semua. Semut kecik-kecik pulak tu. Makin hari makin banyak pulak. Pantang aku tinggalkan makanan, habis kena hurung semut. Rasa cam pelik la pulak kat opis ni banyak semut. Kena buat aktiviti pembersihan ni tapi cam malas. Panggil cleaner je boleh tak?

3. Hari ni dah 17hb. Minggu depan birthday aku. Nak wat wishlist la. Pastu suruh laki baca, boleh?

4. Hujung bulan ni nak pergi Jakarta-Bandung. Yeyeh!

5. Aku sekarang semakin malas memasak. Hari-hari laki aku yang masak. Hmmm start esok kena rajin semula. Bukan kah kewajipan isteri menjaga makan minum suami?

6. Bulan ni aku sangat miskin. Ni semua gara-gara gaji awal bulan lepas. Nak tunggu 23hb ni sangatlah seksa! But still boleh survive. Alhamdulilah, rezeki orang dah kawen. Sentiasa je ada.


Ok cukup sampai di sini dulu. Sebenarnya aku sedang merekod surat, tapi curi-curi update blog. Sungguh berdosa rasa diri ini. I should stop now.

Salam Jumaat, moga hari kalian indah-indah sahaja.

1 comment:

  1. Alhamdulillah dikurniakan suami yg sangat baik.. memahami ;D

    Allah tu Maha Adil kn?

    Ini u belum mengandung dia dah rajin memasak, kemas rumah, jaga kucing.

    Kalau tengah pregnant nanti?? Haaa.. mcm menatang minyak yg penuh I tell youuuuu! Best sgt pregnant sbb dpt super duper extra attention from beloved husband! =D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..