Tuesday, February 14, 2012

Kecuaian Semalam.

Ok semalam aku dah buat satu kesilapan yang hampir-hampir menyebabkan misi untuk mendapatkan anak gagal sebelum waktunya. Ehehehe, cam beso sangat je kesalahannya tu kan. Actually takdelah apa sangat tapi kalau la disebabkan kesilapan kecil tu usaha aku untuk mendapatkan baby ni gagal, memang tak boleh maafkan diri sendiri. 

Alkisahnya semalam aku pergi lagi klinik LPPKN. Kali ni appointment nak tengok perkembangan telur hasil dari ubat-ubat dan in injection yang aku amek hari tu. So dipendekkan cerita semua berjalan lancar. Doc bg tarikh 15.02.2012 (Rabu) untuk proses IUI. Sebelum buat proses tu aku kena amek satu lagi injection untuk pecahkan telur. Aku pun tak pasti kenapa kena pecahkan pulak telur tu. Semalam nak tanya boleh pulak terlupa. Takpelah, ikut je la ape yang dia suruh tu. So injection tu aku kena buat malam tadi tepat kul 9. 

Ubat tu lebih kurang je macam ubat yang sebelum ni. Macam biasa ubat-ubat hormon ni tak boleh kena panas. Masa dia bagi ubat tu diorg dah siap-siap bekalkan dengan ais, nak kasi sejuk ubat tu. Then balik rumah kena cepat-cepat masukkan dalam peti ais. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Boleh la pulak aku lupa nak masukkan ubat tu dalam peti ais. Balik je dari klinik LPPKN tu, aku terus balik rumah sebab dah dekat kul 12.30. Dalam kepala aku asik ingat nak tido je. Balik rumah nak tido kejap sebelum masuk opis petang tu. Sebab dah janji ngan boss nak masuk opis petang tu. Yer la, lama kan aku cuti sebab denggi hari tu. Takkan nak cuti lagi. Dah la cuti tak berapa nak ramai. Dipendekkan cerita lagi, balik-balik rumah je terus aku bantai tido. Dapatlah lam sejam aku tido sebab mmg dah tak tahan sangat mengantuk. Tu la, malam sebelum tu aku pegi layan citer Titanic ngan laki aku sampai kul 2. Lepas tu tah hape aku meroyan, tak boleh tido pulak sebab dok terbayang-bayang citer Titanic tu dalam kepala otak aku. Boleh pulak aku sedih sebab hero mati. Tah kenapa tah. Padahal bukan tak pernah tengok pun citer tu. Damm u Titanic. Sampai ke subuh tak aku tak tido. Tu yang mengantuk semacam tu. 

Bangun je tido tengahari tu, terus siap-siap pegi kerja. Memang aku lupa langsung la pasal ubat tu. Dah la tertinggal dalam kereta kan. Tau je la dalam kereta kan panas. Dah nak balik keje tu baru teringat pasal ubat. Tapi aku boleh lengah-lengah lagi sebab tak terfikir ubat tu ada alam kereta. Then borak-borak ngan member opis aku baru teringat, tadi macam aku tak keluarkan ubat tu dalam kereta. Member aku soh pegi amek jugak, simpan dalam peti ais kat opis. Sekali masa aku pergi amek ubat tu dalam kereta, dah panas. Ubat tu panas, ais pun dah jadi cam suam-suam. Ubat tu mana boleh kena panas. Tapi aku macam tak amek port sangat pasal ubat tu. Member opis aku la beria soh check balik. Soh aku pergi farmasi tanya. Gigih aku pergi farmasi presint 8 tu kan tanya macam mana kalau ubat tu kena panas. Sekali org farmasi tu cakap, ubat ni dia ade benda hidup dalam tu, so biasanya kalau kena panas matilah benda hidup tu. So macam no point la kalau aku nak buat injection pun. Aku pun dah cuak masa tu. Tanya la kot-kot ade jual kat farmasi. Nak beli yang baru. Sekali takde jual pulak. Kena order. Yer la, tu kan ubat terkawal. Mana boleh suka-suka hati nak beli kat kedai kan.

Then gigih pergi hospital Putrajaya. Sekali hospital putrajaya pun cakap benda sama. No point kalau ubat tu dah kena panas. Tapi bila aku nak beli banyak pulak songeh hospital putrajaya tu. Kena jumpa specialist la, ape lah. Sumpah aku dah cuak masa tu. Ye la, penat-penat usaha aku sebelum ni tetiba disebabkan ubat ni kang, habis gagal semuanya. Nak pergi klinik LPPKN dah petang. Haruslah dah tutup kan. Fikir punya fikir, member aku soh pergi Az Zahrah kat bangi. Beria member aku siap tepon hospital Az Zahrah tu tanya pasal ubat. Lucky me!! Nasib baik ubat tu ade. Gigih la aku sekali lagi ngan member aku pergi Az Zahkan pulak. Tak memasal duit aku melayang 72 hengget!! Rugi betul. Tapi takpelah, dari aku pakai ubat yang takde fungsi tu kang lagi sesia. Redha je la dengan apa terjadi. Nasib baik ubat tu ade. Kalau tak lagi naya.

Nasib baik jugak la member opis aku tu ade. Kalau tak, konpomlah aku tak amek port mende-mende camnie kan. Tu la, pentingkan sangat tido tu. Padan muka aku. Dah la sepatutnya aku kena check darah lagi semalam. Ingat nak pergi petang, tapi dah kelam kabut pergi cari ubat tu, terus tak pergi check darah. Lagi satu, rupanya aku masuk keje petang tu, bos aku takde. Dia ade bengkel kat Melaka. Cet!! Kalau aku tau, baik aku pergi check darah petang tu. Tapi sebab fikirkan bos dan opis, aku gagahkan jugak pergi opis. Rupanya bos takde. Hampeh dot com betul la. 

Tu la dia kisah semalam. Kesimpulannya aku berjaya la buat injection tu tepat kul 9 malam tadi. So esok appointment untuk proses IUI pulak. Malam ni kena tido awal sebab esok kena gerak pagi-pagi. Kul 7.30 dah kena ade kat sana. Nampaknya kul 6.30 pagi la aku kena keluar rumah. Kalau tak jammed, sempat lah sampai before kul 7.30. Harap-harap jalan clear esok.


3 comments:

  1. gudluck babe! smoga usaha membuahkan hasil. Amin...

    ReplyDelete
  2. Macam-macam dugaan nak dapatkan anak kan?

    ReplyDelete
  3. oh my, cujen i pon nak p lppkn....bleh msg i tak nk tanya pasal prosedur n what so on...dart nak buat perancang keluarga..email me dartdadada@yahoo.com k...thanks..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..