Friday, February 3, 2012

Tersadai.

Now aku tersadai kat rumah tak pergi kerja lagi. Hujan lebat gile, siap dengan petir guruh berdentum-dentum. Aku ni dah la fobia kalau hujan siap dengan pakej petir ngan guruh ni. Sudahnya aku dok diam-diam dalam rumah. Mampuih la bos aku ingat PA dia ni asik mengulo je. Malas nak kerja. Ehh. Tapi boss aku cuti hari ni. Boleh tak diam-diam tak yah bitau dia? Hikhikhik.

Actually, pagi tadi aku pergi klinik LPPKN. Ni appointment kali keberapa tah. Kena tggu period baru leh jumpa doc. So kelmarin period, then call utk appointment, dia bagi appointment hari Jumaat. Aku call buat appointment pun petang semalam. Tak sempat nak bitau boss semalam yang pagi ni  aku kena pergi klinik. Lagipun semalam boss dah sound dia nak cuti hari ni. Ikutkan bley je aku tak payah bitau dia. Tapi sebagai PA yang berdedikasi dan disayang boss, haruslah aku sms boss kan bitau aku ade appoointment pagi ni. Biasanya kalau pergi klinik LPPKN ni mmg amek masa setengah hari jugak. Ye la, kira perjalanan ke sana lagi. Tapi klinik ni memang bagi time slip pun. So tadi sampai sana kul 9 pagi, ngok ngek ngok ngek kat sana sampai kul 10.30. Diorg bagi time slip sampai kul 11. Nak balik ke Putrajaya konpom la sampai sana dekat kul 12. Hari ni kan Jumaat, rehat start kul 12.15. So aku punya bijak, maleh nak terus gi opis..petang baru masuk. Sekali petang ni ujan pulakkkkkkkkkk. Sah-sah la aku kena amek cuti pulak ni. Hadoiii, rugi la cuti akuuuuuuu! Takpelah..dah nasib :'(

Ok la citer pasal aku gi klinik tadi. Memandangkan misi bulan lepas gagal, masuk-masuk je bilik doc terus dia tanya nak wat treatment ape kali ni. Aku ngan laki aku dok blur-blur lagi. Ikutkan memang nak terus wat IUI tapi dok fikir nak pakai duit pergi Jakarta nanti. Lagipun nak berjalan sana-sini. Lasak-lasak kang tak menjadi pulak baby aku. Tapi dok ckp tarikh aku nak pergi Jakarta tu dah setel dah sume prosedur. Hmm fikir punya fikir, kitaorg terus decide wat IUI. 


Tu dia ubat aku yang aku kena telan sebelum wat IUI. Macam biasalah dia bagi clomid. Pastu kena injection sekali. Sebabnya doc kata, nak wat IUI ni, telur kena banyak. At least kena ada 3 telur baru bley wat IUI. So clomid dan ubat injection ni untuk menggalakkan pengeluaran telur la. Patutlah ramai yang wat IUI ni dapat anak kembar. Tapi aku tak dapat kembar pun takpe, sorang pun jadi lah. 

So start malam ni dah kena makan clomid tu, then esok injection pulak. Dah la kena injek sendiri. Haruslah laki aku yang jadi doc tak bertauliah esok. Hihihi. Lepas tu Jumaat depan appointment sekali lagi scan telur, kalau ok Isnin satu lagi tu dah bley wat IUI. Kena pergi pagi-pagi sebab kena amek sperm laki aku dulu. Boleh tak laki aku segan-segan nak bawak keluar sperm tu. Ala,  laki aku ni, macam tak biasa je wat mende-mende camtu masa bujang dulu. Hikhikhik. Lelaki normal, kalau masa bujang tak pernah masturbate, konpom la tak normal. Hahhahah boleh tak aku pk camtu?

Ok hujan pun dah makin reda, boleh tak aku gi keje sekarang?? Rare tak rare la kul 4 baru nak masuk keje. Takpelah, janji aku pergi dari tak pergi langsung kan? Lagipun sayang cuti. Hehehe.

Itu je catatan untuk hari ni. Wish me luck!!


5 comments:

  1. I nak tolong inject boleh? =D

    Inject kat mana babe? Bontot ke? Hahaha~

    ReplyDelete
  2. mestilah inject perut je..hihi

    ReplyDelete
  3. wah.. cepat.. rai pun cam nk kejo ni.. tak sabo gak ni..

    ReplyDelete
  4. Btw, i pun tengah nak dptkan baby. 3 times makan clomid sampai nak muntah dah! And now doc suggest IUI! im so eksited!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..