Monday, February 20, 2012

Tips Melancong.

Hari ni Puan Cujen nak share tips-tips melancong dengan uolss semua. Tips ni termasuk lah macam mana nak dapat tiket murah, kat mana nak buat research, apa yang perlu dibawa, dan segala yang berkaitan dengan bajet travel. Actually aku pun takde lah pandai sangat bab-bab ni semua, just nak share pengalaman sendiri. Semenjak rajin pergi travel ni, (walaupun tak banyak tempat dan kebanyakannya dalam malaysia je) tapi banyak jugak la pengetahuan yang aku dapat. Dari tak reti nak booking tiket flight and cari tambang murah, now dah pandai  dah. Sambil pejam mata pun boleh buat. Hehehehe.

Jadi boleh la aku share-share apa yang aku tau. Sharing is caring kan? So here is the list.

TIPS MELANCONG


PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG

1. Menabung
Kalau boleh simpan la sikit duit gaji untuk bercuti. Even takde perancangan lagi, atau korang memang dah ade bajet lain tuk pergi melancong, tak salah kalau nak menabung. Sehari seringgit pun dah ok. At least masa travel nanti boleh la top up mana yang patut. Setahun sekali dapat pergi travel pun dah ok. Kira macam reward untuk diri sendiri la lepas penat bekerja.

2. Tempahan awal tiket flight.
Rajin-rajin kan lah diri untuk follow promotion mana-mana website penerbangan. Kalau kat Malaysia ni, Air Asia la yang famous. Kalau boleh subscribe newsletter diorang supaya tak terlepas waktu promo. Tapi kena bersabar la bila booking time promo sebab memang susah nak masuk website. Jenuh gak la dok menunggu kat waiting room tu. Tapi kena la sabar. Orang yang sabar selalu untung tau! Cam aku dah 2 kali dapat tiket murah. Ni tiket gi Jakarta pun murah gile aku dapat. RM75 hengget untuk 2 orang return. Dah include tax dah tu. Murah kan?

Lagi satu tips, kalau korang jenis yang mudah dapat cuti better korang book je dulu kalau dah dapat tiket murah even tarikh nak travel tu lama lagi. Kebaikannya sempat la korang kumpul duit dan buat perancangan yang teliti. Keburukannya maybe time nak travel tu korang tak available pulak. Tips aku, masa book tu just book tiket flight sahaja. Tak payah book dengan seat, luggage and insurans bagai. Sebab mende tu semua boleh add on kemudian. So agak-agak seminggu lagi nak pergi dan dah confirm, barulah amek seat, luggage and insurans tu semua. At least kalau korang tak jadi nak pergi travel, takdelah ralat sangat.duit yang dah booking tu.

Lagi satu tips berkaitan flight ni, kalau boleh book masa hari pertama promo. Contoh kata promotion date untuk booking ade 5 hari. Kalau boleh hari pertama promo tu dah get ready bersengkang mata depan pc untuk book tiket. Sebabnya harga yang betul-betul murah biasanya boleh dapat masa first day promo. Hari lain pun murah jugak kalau dalam tempoh promo, tapi tak murah macam 1st day. Yang penting jangan give up. Kena sabar dan rajin. (macam aku. hihihi)

3. Buat research tempat yang korang nak pergi tu.
Reseach ni sangat penting ye kawan-kawan, lebih-lebih lagi kalau korang melancong ke luar negara. Kalau boleh, sediakan satu buku untuk korang catat segala maklumat & tips dalam buku tu. Apa-apa sahaja maklumat dan info catatkan dalam buku tu. Beli la buku yang sederhana sazinya yang senang kita pegang atau masuk dalam beg. Dan rajin-rajinkan diri untuk baca tips-tips percutian di Trip Advisor ataupun mana-mana forum. Kalau macam aku, aku suka baca kat Forum Cari. Memang banyak sangat maklumat yang boleh dapat kat situ. Forummer kat situ pun baik-baik belaka. Tapi kenalah rajin membaca dan bertanya. Kalau malas, apa pun tak boleh!

4. Buat checklist
Dah buat research, jangan lupa buat checklist pulak. Checklist ni pun penting jugak supaya tak tercicir mana-mana benda penting yang perlu dibawa masa travel atau perkara yang perlu dibuat sebelum travel. Kalau tak pandai buat checklist, google je travel checlist. Banyak contoh boleh dapat. Pastu pandai-pandai la adjust ikut kesesuaian percutian kita.Ni contoh Travel Checklist yang aku dapat : TRAVEL CHECKLIST. Download dan simpan la untuk kesenangan korang di masa akan datang.

5. Tukar duit lebih awal.
Jangan lupa tukar duit dulu sebelum melancong kalau korang melancong ke luar negara. Rajin-rajin lah tengok currency. Agak-agak murah boleh la tukar. Kalau lagi rajin, survey-survey la money changer yang kasi rate paling murah sekali. Kalau boleh jangan la tukar duit kat negara yang kita pergi melancong tu sebab rate akan jadi lebih mahal.

6. Print map
Sila pandaikan diri korang untuk guna google map. Aku pun baru je tau guna sejak rajin baca kat forum. Bukan apa, kalau pandai guna google map senang korang nak bajet berapa jauh perjalanan korang dari satu tempat ke satu tempat. Kalau agak-agak tempat tu dekat, boleh jalan kaki, lebih baik jalan kaki je. Dah jimat duit korang dari naik cab / sewa kereta. Kalau henpon korang ade GPS pun lagi bagus. Tapi aku rasa korang kena tgk jugak map sebelum pergi tu. Supaya boleh agak perjalanan. Kalau naik cab pun, takde la org driver cab tu nak tipu korang. Bawak jalan jauh, lepas tu charge mahal. Kena lah bijak sikit kalau nak berjimat, kan?

7. Buat itinerary/jadual perjalanan 
Ini pun penting jugak. Mula-mula buat list dulu tempat mana yang korang nak pergi. Then barulah buat jadual dari hari pertama sampai hari terakhir perjalanan korang tu. Kalau boleh, jadual tu buat sekali dengan masa. Tapi kena pandai la agak masa berapa lama korang akan berada di satu-satu tempat. Bagusnya bila ade list/ itinerary ni, kita boleh jimat banyak masa dan tak tertinggal mana-mana tempat menarik yang perlu kita pergi.

8. Booking hotel lebih awal.
Biasanya kalau booking lebih awal, akan dapat rate yang lebih murah. Kalau nak lagi selamat, buat je reservation dulu. Biasanya reservation tak perlu bayar dulu. Masa check in baru buat pembayaran. Kaedah ni lebih selamat kalau korang belum betul-betul confirm percutian korang. Kalau dah confirm betul, booking terus lagi baik. Tips lain, kalau pergi berdua atau tak ramai, lebih baik cari bajet hotel. Bajet hotel ni biasanya kecik je, muat-muat untuk 2 orang.  Lagipun pergi bercuti takkan nak dok dalam hotel je kan. Tapi carilah bajet hotel yang selesa dan bersih.

9. Passport / Visa
Sila pastikan passport korang tu valid at least 6 bulan pada waktu kita travel tu. Kalau agak-agak expired tu, cepat-cepatlah renew. Kalau negara yang perlukan visa, jangan lupa apply visa at least seminggu sebelum travel.

10. Aktifkan kad kredit/kad ATM
Selain daripada sediakan wang tunai yang mencukupi untuk travel nanti, pastikan jugak korang aktifkan kad kredit/kad ATM untuk penggunaan/pengeluaran di luar negara. Manalah tau kot-kot ade emergency. Boleh jugak jadi penyelamat.

11. Aktifkan roaming untuk telefon bimbit.
Ni pun penting jugak uols. Zaman sekarang ni, kalau takde henpon memang problem. Tapi kalau ade henpon yang tak aktif pun problem jugak. Jadi jangan lupa aktifkan roaming telefon bimbit uols semua. Ataupun ada sesetengah negara, kita boleh beli je simcard prepaid diorg. Cara ni lagi jimat dan mudah rasanya.

12. Travel Insurans
Jangan lupa beli travel insurans. Sangat penting hokey sebab kita tak tau apa yang akan terjadi masa pergi melancong. Boleh beli travel insurans dari Air Asia atau mana-mana syarikat insurans. Tak mahal pun insurans ni. So, jangan kedekut sangat takmo beli insurans.


So itulah dia antara tips-tips penting yang perlu diberi perhatian sebelum pergi melancong. Tips-tips lain yang aku boleh bagi adalah seperti di bawah (kenapa ayat aku begitu skema skali)


  • Kompas - Jangan lupa bawak kompas, senang nak tau arah kedudukan kita dan senang nak cari arah untuk solat
  • Telekung - Kalau bercuti luar negara bawak la telekung sendiri. Kat tempat orang bukan macam Malaysia, ada telekung wakaf. Tah-tah masjid pun susah nak jumpa.
  • Kalkulator - Ni penting untuk korang yg bercuti sebab nak shopping. Mungkin ada sesetengah tempat yang kita tak paham bahasa mereka, ataupun jurujual yang tak pandai bahasa inggeris, jadi kalkulator la penyelamat untuk kita buat urusan tawar menawar.
  • Adaptor - Ada sesetengah negara, plug diorg tak sama ngan kita. Jadi kena standby siap-siap beli adaptor. Kang tak bercaj pulak henpon atau kamera kita tu.
  • Ubat-ubatan - Biasakan bawa ubat-ubatan basic macam panadol, vicks, plaster, ubat selsema, ubat cirit birit dan minyak cap kapak bila pergi melancong.
  • Pakaian - Bawa pakaian yang mencukupi dan perlu sahaja. Jangan penuhkan beg dengan benda-benda tak penting. Buat berat beg je. Kang tak pasal-pasal kena charge lebih. Dah la tu menyusahkan diri utk bawak berat-berat. 


Ok, cukuplah dulu tips-tips melancong by cujen the lejen. Kalau ada nak tambah, sila tambah di ruangan komen. Esok kita sambung dengan tips semasa melancong. Tapi rasanya tips semasa melancong aku akan buat lepas balik dari Jakarta nanti la. Banyak sikit yang boleh diceritakan nanti. Hehehe.

Akhir kata, selamat merancang percutian anda!






5 comments:

  1. macam banayak kali je kan ko dah pergi melancong :p

    ReplyDelete
  2. banayak pun boleh...hahahhahahah..

    tak banyak pergi travel pun tp aku banyak pengalaman melalui pembacaan ^_^

    ReplyDelete
  3. another tips....donload converter dalam henfon~ berguna nanti~

    ReplyDelete
  4. Hahaha.... Sure cik penulis ni kaki jalan kan. I like!!!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..