Thursday, February 16, 2012

TTC : Selesai sudah proses IUI.

Sekarang semua entry berkaitan proses nak dapatkan anak, aku letak bawah label TTC : Trying To Conceive. Senang aku nak pantau. 

Alhamdulilah, proses IUI (Intra Uterine Insemination) aku dah selesai pagi semalam. Dalam kul 10 pagi camtu. Mula-mula aku terkejut sebab nurse cakap Dr Komathy yang nak buat proses IUI tu accident. Tapi dia ok, cuma masuk lambat sikit. Dalam hati aku dah mula dah rasa tak best, rase cam banyak nye dugaan nak buat semua ni. Tapi bila Dr. sampai, lega sikit hati aku.

Actually, proses IUI tu sekejap je. Tak sakit pun. Aku punya la berdebar sebab takut sakit. Siap tanya memacam kat nurse. Masa baring tu berdebar-debar sangat. Tapi tak lama pastu alih-alih Dr. cakap dah selesai. Tapi lepas tu kena baring dalam setengah jam. Lepas setengah jam, dah boleh balik. Yang penting dapat MC. Dr. suruh rehat. Heheheeh. Laki aku pun dapat MC jugak. Dr. cakap sama-sama bekerja keras, jadi sama-sama dapat MC. ^_^

So sekarang ni aku cuma tunggu. Tarikh period aku, 1hb. Jadi kalau 1hb Mac ni aku tak datang period, then tunggu dalam seminggu lagi. Dr. bagi tarikh 8hb Mac untuk buat UPT. Tapi rasanya belum sampai 8hb tu aku dah buat test sendiri kat rumah. Hehehhe. Tak sabo. Doa-doa kan lah usaha kami kali ni membuahkan hasil. Berharap sangat ni.

Semalam dok baca blog orang lain yang sama-sama TTC macam aku jugak. Ada yang pertama kali buat dah berjaya. Tapi ada jugak yang sampai 4-5 kali buat tapi gagal. Apapun aku berserah je pada Allah. Usaha semua dah buat. Yang penting kena sekarang doa. I'm waiting for MIRACLE to happen.

Tengah dok baca blog-blog orang semalam, terjumpa video ni. 3D Animation How IUI Works:

4 comments:

  1. akhirnyer... harap2 jadik.. next me lak.. wakakakakakkaka...

    ReplyDelete
  2. Good Luck Cujen!! ;)

    Insya'allah.. Kunfayakun =) Have faith in Allah..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah cujen.
    aku doakan untuk korang k!
    semoga mendapat baby yang cute mute cam ko jugak. :)

    ReplyDelete
  4. askm kak cujen.
    sy ni silent reader akak..hehehe
    selalu baca akak nyer blog sbb comel sgt..
    sy start baca komen akak masa akak nk jual bekas hantaran tu sbb masa tu sy ngah cari sewa atau jual bekas hantaran
    sbb akak sgt spontan dan giler2.
    sy skang on herbalife program tuk loose weigt.
    hari tu post akak ckp pasal nk loose weight, just nk share ngan akak pasal ptogram ni.
    ada jugak setengah user yang guna program ni alhamdulillah dapat rezeki mengandung.
    herbalife ni bukan ubat, cuma usaha kita la.
    kalau akak nak tau lebih lanjut akak call sy. 0196140457
    insyaallah sy sedia terangkan pada akak.
    ni blog saya-http://lifejourneytodealwith.blogspot.com/
    akak ni COMEL sgt..hehehe
    take care kak.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..